Monday, December 13, 2010

873 ~Kabar dari opis..


Kena tengok betol2..
nampak gambar lelaki ditepi gambar laptop akak?
Itulah Uncle Chan...
Isteri akak panggil puan chan..
husband akak panggil uncle....



Ini pulak gambar kak Jamilah
Masa dia sedang sihat lagi..




Baru dpt kabar Makcik Jamilah baru dipotong tangannya kerana kencing manis. Asalnya jarinya mengalami luka yang payah sembuh. Dengarnya keputusan untuk dipotong terpaksa dilakukan apabila tangannya dah jadi menggelembung bagai kena air panas. Padanlah dah lama tak dengar suara hilaian tawanya....

Muiz pulak bila nampak akak dan teman diaysis ada sama berbual, dia pun turut datang berbual. Walaupun pertuturannya hanya hujung2 sukukata... mcam-macam cerita jugaklah bertukar2... boleh tahan jugak anak sedara akak sorang ni....

Kami pesakit dialysis memang dah mesra antara satu sama lain dengan rakan-rakan yang sama shift. Jumaat baru ni adalah kecemasan yang berlaku. Tapi sebabkan masing2 'bluuurrrr'.. kecemasan itu jd jenaka pulak bila diceritakan pagi tadi.

Suami Puan Chan memang akan tertidur jika sedang dialysis. Puan Chan akan pergi duduk-duduk di kantin bersama Puan Loo yang menanti suaminya... Nak jadi crita hari jumaat lepas, entah macamana jarum dialysis uncle chan tercabut. Habislah darah keluar melimpah di kerusi.

Akak yg terpandangkan darah tersebut, nampak macam air kopi tumpah. Pandang meja, tak da nampak mcm uncle minum air kopi... tengok mesin takda pulak diletakkan ubat tambah darah 'venofer' yg berwarna hitam. Tak masuk pulak kat kepala, yg melimpah banyak bawah kerusi itu adalah darah. (bahaya betul.. akal lambat hantar maklumat)

Mujur staff dialysis nampak kejadian itu. terus terkam berhentikan mesin.. Akak nampak muka uncle dah pucat. Staff tanya, dia kata dah tak nampak apa2. Bila kita dah hilang byk darah (ada dlm 280gm.. darah yg hilang..) kita mmg akan jadi blank.. pitam. Cemas jugak kejadian masa tika itu.

Hari ini bila akak bual2 semula dengan uncle, akak mintak maaf kerana lansung tak sedar darahnya dah tumpah sampai banyak begitu. Uncle pulak rasa kenapa tiba2 tempat dialysis kami jd gelap? Adakah black-out?... Bila cerita hari ni, masing2 bolehlah ketawa... Uncle pun dah digantikan darah semula sebanyak 2 bag...


6 comments:

  1. hoih~nasib baik ada darah spare~

    ReplyDelete
  2. Ekceli kan Akak, dlm hidup kita ada bnyk benda yg bila kita kenang2kan balik mmg akan buat kita ketawa, pdhal pd masa kejadian tu kita punyalah menggelabah viawak..

    ReplyDelete
  3. mencemaskan..
    harap tak berlaku lagi mcm tu kan kak..

    ReplyDelete
  4. bujal..
    sebab tu elok buat dialysis kat hospital besar/kerajaan.. apa2 jadi senang dibantu....

    ReplyDelete
  5. Ja...
    betoiiii...
    masa kita hadapi.. kita memang panik..
    beri masa satu dua hari, kita dah boleh gelak... begitulah putaran kehidupan kita...
    walau dimanapun....

    ReplyDelete
  6. Sya...
    memang perkara macam tu sekali-sekali berlaku. Tapi bila ianya berlaku.... cukup mencemaskan. Akak sepanjang 2 tahun dialysis, dah lihat macam-macam.... banyak yang menakutkan....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata