Alhamdulillah... malam ini tertunailah sudah rancangan kami adik beradik hendak menonton nyanyian Maher Zain secara 'live'....
Kami ( Akak, SIL dan Biras ) telah terlepas menonton sewaktu kunjungan Maher Zain yang pertama 2 bulan lalu.... jadinya SIL begitu mengambil tahu bilakah kedatangan Maher Zain yang seterusnya. Sebaik SIL mendapat tarikh dan tempat membeli tiket, kami diajak untuk turut serta. Asalnya kami hanya bertiga 'Mak Dara Terdiva' nak menonton Maher Zain tapinya Biras pula menukar rancangan dengan menempah satu meja untuk kami semua... ( Akak, Suami, SIL, Biras, BIL, Anak saudara dan anak saudara Biras )...
Berjanji untuk bertemu di Lobby Hotel tepat pukul 7 malam. Solat Maghrib dahulu dan pukul 800 malam masuk ke dalam Dewan.
Akak sempat pula bertemu dengan junior yang turut menjadi committee member sewaktu Reunion kami Ogos lalu. Lama jugak tak jumpa... Adrena namanya....
Bergambar sewaktu menanti persembahan Maher Zain.
Suami beritahu anak-anak sewaktu kami keluar tadi iaitu akak nak menonton nyanyian dari adik akak... kerana akak Rahmah Zain.. dan Maher Zain...
Tapi.... anak akak pulak katanya akak nak menonton menantu akak menyanyi sebab nama isteri Maher Zain ialah Aisyah... nama anak bongsu akak.... Macam-macam kan...
SIL akak Dr Aida dan anaknya Ayman....
Biras akak Dr Hartati dan anaknya Hamzah dan anak saudaranya..
Adik beradik kami....
Hidangan kami untuk malam ini...
Suami turut terhibur dengan lagu pertama nyanyian Maher Zain iaitu Kiya Karo...
Itulah orang yang pertama sewaktu akak perdengarkan lagu 'For The Rest Of My Life'.. rasa lagu tu biasa jer.. tapi sekarang.... enjoy dia mendengarnya..... turut menyanyi tadi waktu Maher Zain ajak menyanyi sama-sama......
Bersama adiknya, BIL akak.. Dr Asri...
The one and Only.... Maher Zain....
Lagu pertamanya - Kiya Karo..
Hafiz, anak saudara akak yang berusia 2 tahun amat meminati lagu2 Maher Zain...
terpaku sungguh bila dia melihat dan mendengarkan nyanyian Maher Zain...
Kelihatan ramai peminat Maher Zain terdiri dari makcik-makcik....(termasuklah yours truly...)
Persembahan dari Maher Zain memanglah berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.... tapi terus terang cakaplah... jikalah Maher Zain menyanyi hingga subuh pun... pasti kami sanggup menanti...
Masuk jer dalam kereta terus sambung lagu Maher Zain.. Terasa bagai akak dan suami membawa pulang Maher Zain ke Bangi....
( Angau sudah jadinya... sama macam Sabariah menggilai Kassim Selamat...)
Salam KAK.
ReplyDeleteSaya teringat, ketika seorang mekanik komputer/technichian datang ke tempat kerja saya nak repair sesuatu, saya sedang on radio lagu Maher Zain ketika tu, dia bleh berenti buat kerja, siap nyanyi lagu tu lak... ewahhhh
penangan Maher Zain.. Suatu fenomena kan?
maher zain and rahmah zin....dua orang yang istimewa pada saya...ceyyyyywahhhhhhhhh!!!!!!
ReplyDeletesesiapa nak belanja saya makan malam bersama raihan (bukan nak makan sama², nak makan sambil dengar lagu mereka), saya terima dengan hati terbuka :)
ReplyDeleteazie...
ReplyDeletefenomena Maher Zain mmg menakjubkan... anak sedara akak umur blm 2 tahun pun dah pandai minat lagu2 maher zain... Aisyah pun jgn cakap.. masuk kereta, minta pasang lagu maher zain...
sesuatu yg baik untuk anak2 kita nyanyikan...
Fa...
ReplyDeletethank you.... thank you...
lap you .... muuuaaaahhhh...
KOG,
ReplyDeletekalau ada nanti, kita pergi sama2 ok...?
ooh bestnya! lain kali insyaAllah kami nak 'karo' sama :)
ReplyDeletein laws akak semua doktor ye?
insyaAllah anak2 akak pun sama langkah :)
madora....
ReplyDeletemmg best...
teringat kat u smlm... kalau you join pun best...
takpa.. next time kita pi sama2...
in laws akak semua doktor.. even biras pun doktor... akak cuma bini doktor jer....
Insya'Allah, mudah2an adalah anak2 kami yg minat nak jd doktor...
maher zain ada di rumah akak?
ReplyDeletesekarang jugak sya ke sana ;p
sya....
ReplyDeletemaher zain tak dak...
rahmah zain ada....
hahahahahaha.....
saya suka anuar zain dan rahmah zain!!
ReplyDeletedoktor....
ReplyDeleteNgeh..ngeh...ngeh....
malangnya rahmah zain bukan fenyanyi fofular....
kalau tak boleh gak akak beri tiket percuma sempenan dinner show akak.... ahakahakahak...
wahhhhhhh..sronoknya!!!! (^_^)
ReplyDelete- tompang rasa hepi jelah..hehe
Salam DM
ReplyDeleteRahmah Zain/Maher Zain... jgn2 ada bau2 bacang tak hinggakan kalau boleh nak bwk balik Bangi.... apa pun enjoy...
Ai...
ReplyDeletememanglah seronok sebab yang pertamanya berkumpul adik beradik dan keduanya dihiburkan oleh Maher Zain....
Thank you tumpang hepiiii...
(cakap-cakap juga... bila nak mai Bangi ni????)
Kak Zah...
ReplyDeletekebetulan yang sangat baik...
nama ayah serupa...
(kalaulah boleh dibawak balik Bangi... saya bawak terus pergi Seremban... kita berhibur sama-sama...)
Akak
ReplyDeleteTssk.. tssk ..
I dah sepelaung aje dari tempat MaherZain menyanyi tapi tulah, jodoh takde. Bukan jodoh bertemu Mr Zain, tapi bertemu Mdm Zin :-)
kak som...
ReplyDeletesungguhlah....
jodoh kita bertiga nak bertemu memang belum tertulis lagi...
macam kejar bayang-bayang, kekdahnya....
dengan ja pun macam tu.... dah dekat nak jumpa... tak dapat juga jumpa....
semuanya kerja Allah snw...
Insyaallah kak, bln 1 sok byk hari free. bleh pow akak blanje mkn sedap2. ...lalalala
ReplyDeleteAi...
ReplyDeleteOK... akak tunggu....
*terdiam dlm kedengkian
ReplyDeleteja...
ReplyDeletehahahaha... akak telah berjaya...
(selalunya u mmg byk jawapan... walaupun bukan utuk soalan...)