Wednesday, December 08, 2010

867 ~ Nasi Lemak buah bidara.....


Seperti yang dijanjikan.. inilah gambar Hafiz...




Muiz sempat berposing...
ada cerita menarik mengenai Muiz..
dah banyak kali dia bertanyakan anak akak kenapa tak datang lagi..
rupa-rupanya dia tak pandai bersembunyi lagi...
padanlah siang-siang dia dah memanggil akak 'makcik'...
walhal bibik seri tu dia panggil kakak...
Hah! lawak sungguh Muiz ni...
kami usik dia dengan satu cleaner lady yang dah berumur..
terus dia kata dia dah kahwin...
hahahahahahahha... pandai Muiz meng'akal'kan kami
terbahak-bahak kami ketawa melihat telatahnya...



Selesai dialysis, akak terus ke Taman Tun Dr Ismail menemui kak Ani. Memang dah lama tak jumpa kak Ani. Dua kali raya akak tak sempat nak jumpa beliau... hanyalah hari ni akak berpeluang jumpa sebelum semua temujanji ditangguh-tangguh....



Akak dijamu Nasi Ayam di KLGCC..
Roti Boom dan roti canai juga.. kuah kari dhalnya memang sedapppp...










Akak bertolak pulang dari Taman Tun pukul 600 petang. Jalanraya tersangatlah sesak. Menyampaikan dari Taman Tun ke rumah mengambil masa 2 1/2 jam. Kaki kanan akak dah cramp. Memang tak boleh lagi akak bawak kereta sekarang sebab kaki dah tak tahan. Mujurlah bila masa akak rasa terlalu sakit, akak urut-urut agar tidak kejang sangat. Memang sakit tak tertahan... terbayang kalau ada boss memang akak tak payah bawak kereta kalau tiba-tiba sakit macam tu....

Ikutkan hati memang tak larat nak bawak kereta lagi... sakitnya tak terkata. Bahagian atas betis yang tiba-tiba 'cramp'.... jika jalannya tidak terhenti-henti boleh tahan juga.. tapi bila terpaksa guna kaki kanan untuk tekan minyak dan kemudian kena tekan brek.. terasa sangat sakitnya. Jalan tersangatlah sesak.. Insafnya melihatkan mereka yang terpaksa berulang alik pulang dan pergi ketempat kerja hari-hari dan terpaksa menghadapi kesesakan yang teruk itu.



10 comments:

  1. Kesiannya, tapi menginsafkan.
    Sekurang-kurang itu lebih baik dari mereka yang turun naik bas, tukar ganti bas, 2,3 jam dlm bas yg dingin beku... lapar.

    Rencah hidup.

    ReplyDelete
  2. haha~nasib baik ofis dekat dengan rumah~kesesakan tiada~

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Kesesakan jalan raya dah biasa bagi mereka (yanh tinggal di KL) mereka tak mengeluh. Tapi kalau orang outstation macam akak ni, tentu sakit jiwa bila tersangkut dalam traffic jam.

    ReplyDelete
  4. azie...
    macam-macamkan kalau dipikir-pikirkan...
    itulah kehidupan...

    ReplyDelete
  5. bujal x,
    opis akak jauh dari rumah.. tapi akak cuma kerja 3x seminggu... pergi opis - jammed.. balik selesa... kira oklah jugak tu..

    ReplyDelete
  6. kak hajh nora..
    saya pun yg sekali-sekali meredah jammed pun boleh menangis/meraung kalau kena macam semalam...

    ReplyDelete
  7. Salam DM

    Jgn drive jauh2 lagilah... merbahaya kalau tiba2 kaki cramp.

    Kesian ye si Muiz... muda2 lagi dah kena dilisis.. pandai dia nak bermanja dgn DM!

    ReplyDelete
  8. Kak Zah...
    memang terasa dah tak mau bawak kereta lagi dah... masih terasa sakitnya....
    Muiz tak dialysis... Hafiz yang dialysis. Muiz anak istimewa(Down Syndrome) menemankan jirannya Pakcik Salleh dialysis....
    Muiz memang bijak melabur awal....hhihihihihiiii

    ReplyDelete
  9. kalau akak nk tau, mcm tu lah ai bila bawak kete dlm jem. kaki krem! azab sungguh....huhu

    ReplyDelete
  10. Ai...
    mungkin kerana penyakit kita ni 'buah pinggang' yg buat kita mudah cramp... sakit kan.?? Tak terkata sakitnya.....
    Ai mmg kena jaga kesihatan lebih baik sekarang.... take care...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata