Wednesday, December 08, 2010

866 ~ Tahun Bawu - masih opis lama


Pagi ni akak memandu sendiri ke opis. Hajatnya lepas dialysis nak jumpa kak Ani di TTDI.. (Taman Tun Dr Ismail).. dah agak lama tak jumpa.. raya baru ni kami hanya dapat ber 3G saja... tak boleh jadi ni... mesti jumpa tak kira apa...

Qeeb dan Aisyah semalam turut berhijrah di bilik baru. Seharian kami mengemas bilik TV menjadi bilik mereka...Qeeb dan kakak dah perlu ruang mereka sendiri. Aisyah diajak bersama kerana Qeeb sunyi bila berseorangan... Maka dengan hati yang berat, kami merelakan 'penghijrahan' roommate kami iaitu Aisyah.. Dah 5 tahun dia bersama menyewa dibilik kami dan kini dia dah dewasa... keputusan.. walaupun berat... kami terpaksa akur... " Aisyah kan dah besar... Aisyah suka katil shendiwi...". Pergilah anak ku.... ibu iringi dengan doa yg tulus dan kudus......

Nak ceritanya, Qeeb tak boleh nak bangun pagi menemankan akak ke opis dan dialysis kerana keselesaan di bilik baru... tak sanggup dia nak bangun pagi dan ikut keopis...

Tetap bertemankan 2M... MLTR(Michael Learn to Rock) dan Messi.. berdesuplah akak ke opis... MLTR mengantikan Maher Zain sebab kami keluarkan Maher Zain untuk pasang di bilik... Aisyah cukup suka lagu2 Maher Zain.

Di opis sekarang akak ada 2 anak saudara...( sebab depa panggil akak..-makcik ...)satu namanya Muiz.. satu namanya Hafiz (nanti akak upload gambarnya). Hafiz berusia 21 tahun dan dah dialysis sejak 5 tahun lalu... Awalnya dulu akak cuma perhatikan saja Hafiz.. cuma akhir2 ni kami berbual... Kesian kan.. budak masih muda.. tapi setiap kejadian ada hikmahnya....

ALLAH MAHA MENGETAHUI...

10 comments:

  1. siann kanns..

    salamm maal hijrah akak too ittewww..

    ReplyDelete
  2. setuju...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...sentiasa redha dengan ketentuanNYA.

    Pergilah anak ku...ibu iringi dengan doa yg tulus dan kudus...hehehe...dengan penuh restu melepaskan si anak dara itu...:)

    ReplyDelete
  3. Penyewa sudah berhijrah ye kak hehe...bilik saya masih ada penyewa lg ni utk bbrp thn huhu

    ReplyDelete
  4. en me...
    Salam Maal Hijrah dan Happy Birthday....

    ReplyDelete
  5. Syina...
    tiap2 jam ibu Aisyah jengok Aisyah... rindunyer....

    ReplyDelete
  6. mimi...
    kami dah takda penyewa baru...
    sunyinyer...

    ReplyDelete
  7. sebenarnya Ibu dan Abah kata..
    'YES YES YES!!!!!'

    ReplyDelete
  8. doktor...
    hahahahahahhaha....
    sebenarnya itulah kata hati di dalam ibu dan abah dia....

    ReplyDelete
  9. Bila lihat anak orang yang ditimpa kesakitan, kita lupa yg kita patut lebih bersyukur anak kita sihat walafiat...

    ReplyDelete
  10. azie...
    sememangnya...
    (faberet word tok chik...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata