Tuesday, November 09, 2010

Sharifah Aini - Mawar Putih Buat Mama



Lagu ini khas buat emak tercinta.
Kasih sayang emak memang tak dapat orang tandingi...
30 tahun orang tak boleh dengar lagu ni sebab sehari lepas emak meninggal orang dengar lagu ni, orang jadi sebak.. dan meraung rindu kan emak..
baru hari ini berani semula dengar lagu ini....

Mak...
Kasihsayang mak memang paling agung...

Al-Fatihah
Allahyarhamah Hajjah Qibtiah Hj Sidiq.

Kisah ni kisah lama... akak buka blog lama dan baca semula... saja nak kongsi dengan you all.....

Kenangan semasa kecil-kecil 3.

Inilah rupanya kerusi kesayangan
emak akak yang akak tarik
kebelakang.

Kali ini akak nak bercerita
tentang perangai terbaik akak
semasa masih belum berakal.

Ketika akak kecil-kecil, setiap hari akak akan meminta
wang belanja dari emak. Kalau minta kali pertama
untuk hari tersebut, tentulah berjaya. Setelah
mendapat habuan, akak dan kawan-kawan
yang lain akan kekedai Pak Cik Rostam
di Jalan Watson.

Di kedai tersebut terdapat bermacam-macam
makanan yang kita tak jumpa lagi sekarang.
Umpamanya, jeruk asam kelubi,
jeruk kering berbagai-bagai buah.
Ada satu antaranya kami
panggil jeruk taik lembu. Warnanya
serupa macam taik lembu kering.
Tapi, punyalah sedap...
Masam-masam manis.

Kalau buka peti sejuk
kedai Pak Cik Rostam,
ada terdapat jelly yang berwarna merah
dan dibekukan dalam cawan plastik.
Cukup sedap buat kami kalau
dimakan waktu tengahari.
Ada juga coklat wafer yang
berbungkus kertas timah berwarna merah.
Cukup sedap.

Oleh kerana di kedai Pak Cik Rostam
menjual berbagai-bagai makanan yang
menjadi kegemaran akak, duit yang
akak dapat pada waktu pagi tentunya
telah habis dibelanjakan.

Untuk memuaskan tekak, akak
tentunya terpaksa meminta sekali lagi.
(Kadang tu, kalau berjaya kali kedua...
ada pula kali ketiga). Yang akak
nak ceritakan sini ialah peristiwa
upacara meminta duit dari emak.

Selalunya pada waktu tengahari,
mak akan duduk-duduk di bahagian
bawah rumah sambil memerhatikan
keluar rumah. Mak mempunyai kerusi
kegemaran iaitu kerusi rotan.

Akak akan cuba memujuk mak
berkali-kali dalam usaha mendapatkan
duit. Kalau dah lama sangat tak dapat-
dapat jugak, tapi masih kuat hati tu merasakan
akan dapat, akan pun mulakanlah dengan
menarik kerusi mak (tempat mak sandar)
dengan menariknya kebelakang. Lepas tu
akan akak timang-timang kerusi tersebut
seakan-akan kerusi tersebut akan jatuh.
Mak akak selalunya nak ketawa ataupun
memberi amaran jangan buat begitu.

Entah macamana nak jadi malang,
ada satu kali tu, dalam timbang-timbang kerusi tersebut.....
kerusi tersebutpun jatuh kelantai.
Akak tak berjaya nak menangkapnya
sebelum kerusi tersebut mencecah lantai simen....Huhhhh..
apalagi mak pun bingkas bangun dan hendak memukul akak.
Sebaik tersedar dari kekejutan yang amat sangat
(tak sangkalah kan, kerusi tu jatuh dengan emaknya sekali....nahas akak) melurulah akak keluar berlari tak cukup tanah.
Memang besar langkah lompatan akak dari
tempat kejadian ke halaman rumah kami.
Mak pun dengan mulut yang bising mengugut
akan memukul akak kalau akak balik nanti.

Tapi selalunya akak balik dah nak maghrib..
.terus masuk bilik air mandi.
Lepas mandi dah pakai bedak wangi-wangi
tunggu mak habis solat, peluk mak. Mak pun terlupa......

10 comments:

  1. Baru tadi baca kisah yg hampir sama di blog EN_ME, terkenang ibunya.

    Dan ada blogger yg sebut dia dengar jer lagu Sharifah Aini yg ini, dia pun meraung sama... huhuhuu...

    ReplyDelete
  2. Akak
    Lagu Sh Aini nih salah satu lagu fevret. Lagi satu lagu Datuk Shake 'Ummi'.

    Best juga you imbed kisah lama kat sini. Dapat gak refresh memori I. Taulah I mana you dapat nama untuk anak kedua you tu. Dan.. sebut pasal jelly, kebetulan blog I ada gambar jelly tapi jeli kuning :-)

    ReplyDelete
  3. Alahai...x dpt nk bayangkan kalau mak takde :( biar la Ai yg pergi dulu. x sanggup rasanya..

    lagu tu, isk..menyengat jiwa sungguh..huhu touchingnya..

    ReplyDelete
  4. Azie...
    siapalah agaknya 'orang' yh meraung tu yer??? Ish...ish..ishh

    ReplyDelete
  5. Kak som..
    i pun suka lagu ummi dari dato shake tu..
    dua-dua lagu boleh bagi i teriaqqq....
    kebanyakan nama anak2 i dari nenek2 mereka jer...

    ReplyDelete
  6. Ai...
    masa akak kecik, akak pun membayangkan yang serupa bila memikirkan kalaulah emak akak meninggal nanti... tapi kan.. kita akan laluinya juga....

    ReplyDelete
  7. mak saya suka btl lagu kakpah ni

    ReplyDelete
  8. mimi...
    arwah mak akak paling suka lagu 'bunga tanjong'... siap pergi beli kaset lg....

    ReplyDelete
  9. Citer Mak Akak tu bunyi mcm simple je, tp sebenarnya mendalam maksud isinya..

    ReplyDelete
  10. Ja...
    mari kita huraikan...
    i pun dah lupa....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata