Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). |
|
kebetulan semalam baru dengar ceramah bab ni. mesti faham bab ujian ni. sebab nak lulus mesti ada kesabaran dan kesyukuran..kata ustaz semalam.
ReplyDeleteinsyaAllah kita semua lulus :)
madora... jika boleh dikongsi ceramah ustaz tu, kan bagus... ohya.. 18hb Disember nanti mungkin kami akan menyopping di marina bay, singapore sebab 19hb kami akan berada dalam universal studio... jom jumpa....
ReplyDeleteUntuk pengetahuan AKAK, saya sekarang sibuk uruskan cetakan CD terjemahan Al-Quran dan doa-doa tertentu utk client sebanyak 15,000 unit.
ReplyDeleteRasa seronok dapat terlibat dalam projek ni.
Azieazah...
ReplyDeleteAlhamdulillah... memang seronok bila mulut dan hati kita sentiasa membaca al-Quran... memang terasa tenang dan bahagia sekali.....
Ayat ini adalah untuk akak memahami mengapa diuji dengan ujian sebegini... segala jawapn setiap persoalan dalam hidup kita memang ada dalam al-Quran.