Saturday, November 20, 2010

843 ~ Jumpa lagi geng lama dan dapat kawan baru...


Semalam akak 'mencuci' macam biasa dengan menumpang ditempat biasa...
jumpa semula kawan lama... Quek Sew Kian... (sibaju merah)
dan jumpa kawan yang sama-sama dialysis di Serdang tapi sama-sama tumpang di hospital melaka.. Dayang... (sibaju unggu)
dan beramah mesra dengan satu cikgu lelaki yang sudah 17 tahun menjalani rawatan dialysis. Sekarang umurnya 40 tahun.. waktu dia mula kena dialysis usianya 23 tahun. Manakala Dayang mula dialysis sewaktu usianya 16 tahun. Sekarang usia dayang 22 tahun...




Akak pernah ambil gambar Quek semasa akak menumpang dialysis hari raya lalu tapi menggunakan kamera henfon yang tersangatlah canggihnya itu tapi hampa.. gambarnya macam hilang diangin lalu... sebaik kita snap tapi hilang... tiada dalam memory.. Moshkil kan...



Gambar ini diambil oleh Cikgu Azlan... cikgu yang baru akak kenal...
Haaa... yang sedang jalan bertudun hitam tu, itulah Dayang..
gambar cikgu Azlan, akak segan pulak nak snap....
namanya pun baru kenal....
teman tapi belumlah begitu mesra....
( Ja, u sure dah membayangkan macam-macam kan.... akak tau sangat.....)
Cantik tak akak dengan baju baru warna unggu??????.....



Selesai dialysis, seperti biasa perut akak akan jadi tersangatlah lapar... kami singgah di sebuah restoren berdekatan dengan Telok Mas yang sangatlah terkenal dengan 'roti terbang'nya. Akak lihat malam sebelumnya gerai ini sungguh sesak dengan pelanggan... Akak dah bayangkan sure istimewa 'roti terbang'nya... Makanya... akak pun mengajaklah 'my partners in crime' cum my teman sebilik ke restoren ini....

Keratan suratkabar yang ditampal didinding restoren...
( Bukan akak baca pun...)



The Roti the Canai the terbang One...
Sedapppppp.... nipis dan garing...
(pssst kak som.. kalau you makan sure you tak goreng semula... memang dah sedap...)



Hah ! Tiba-tiba mamat ni buat aksi...
Ja.... cukup... jangan dok membayangkan....



Makin rancak dia bergoyang bila dia sedar akak keluarkan kamera...



Akhirnya... memang akak puas hati dengan roti canai terbang ini...
WARUNG HIKMAH, Telok Mas...
psst kak hajah Nora.. bolehlah cuba sekali-sekali....



10 comments:

  1. Roti Terbang? Perhhhh tergoda saya nak try.
    Dah lama sungguh saya tak makan roti canai.

    Kuah apa yg best kat situ? Kari Kambing kah?

    ohh baju UNGU aka PURPLE! tergoda saya.

    ReplyDelete
  2. Akak
    I cuma re-goreng roti canai bila tapau jer. Kalau makan fresh from the stove cik mamak yg goreng, I pastikan dia ikut piawaian I, heheh.. sket punya demanding (tapi kita dgn sofan santun taw).

    ReplyDelete
  3. Tersiksa jiwa raga I baca n3 ni, sbb Akak asyik berpesan kat I jgn dok bayangkan apa2.. ekekekeee..

    Akak, 'teman tapi belumlah begitu mesra' tu tak selit2 bagi fon number dia ke, Akak? Xde? Akak ni tak cukup cekaplah!! Isshhh!! I baik taww.. bukan nak buat apa2 dgn number dia, cuma nak lantik dia jadi agen pekasam ikan sepat I je.. ;-)

    Akak, pakai kaler apa pun comey, Akak!!

    ReplyDelete
  4. Azie..
    akak punyalah blur.. padahal depa ada jual macam-macam kuah.. ada rendang pun... akak tak tahu.. bila dah makan baru nampak kan papan tanda harga... sabar kan jer....
    tapi roti canai dia memang sedap walaupun hanya dengan kuah free...

    ReplyDelete
  5. kak som...
    ekceli kan.. i pun jenis yang goweng semula roti canai yang i tapau bawak balik. Masa i baca u tulis dalam en3 u, i nak ketawa sebab i pun cenggitu....

    ReplyDelete
  6. Ja...
    melamfau you ni ya...
    i yang u dah kenai lama u tak lantik pun jadi ejen ikan pekasam u... ini owang yg i bawu kenai, u pulak nak buat ajen... sampai hati you. U tak kesian ker kat i yang nak cari velanja untuk 4 orang anak dara i????? HA????

    ReplyDelete
  7. cantik nampak roti canai tu. best makan sambil dihiburkan dengan aksi canai terbang :)

    ReplyDelete
  8. madora...
    bila nak datang melaka menikmati roti terbang??..

    ReplyDelete
  9. Akak, adalah dimaklumkan bahawa sikit pun i tak kesian..

    Sekian, terima kasih..

    ReplyDelete
  10. ja...
    kesianlah... kesianlah....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata