Wednesday, November 17, 2010

839 ~ Dah sampai kampong...



Alhamdulillah.. selesai saja dialysis.. kami pulang sebentar kerumah.. menjamu selera dengan hidangan Nasi Kebuli hasil masakan dari SN Diana dan SN Ros yang menjamu rakan sekerja yang sama-sama bertugas dihari raya. Nasi kebuli.. hidangan dari Terengganu... baru pertama kali akak merasa dan mendengar namanya.. memang sedap.. dimakan dengan Gulai Ikan Tongkol dan acar mentah. Memang sedap. Terima kaseh SN Diana dan SN Ros.

Kami bertolak keluar rumah dalam pukul 100 tenghari. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Pukul 230petang kami tiba di rumah abah. Alhamdulillah...

Ini adalah gambar-gambar yang akak dah janjikan dengan Fa dan Ja....


Inilah 'perantau' yg beraya dengan kenkawan di opis...



Kelihatan another perantau iaitu Pn Bibik dan MA Tuan Hj Mulok.



Inilah pasangan yang akak cukup suka 'memandang' dengan penuh kasihsayang Puan Rawizah akan melayan suaminya. Sempat bergelak ketawa dan bergurau senda...



MA Hj Mulok sedang melakukan kerja-kerja rutin...
kelihatan Puan Loo yang berbaju kurung...
sangat cantik..



SN kesayangan SN Ros...
Lembut orangnya... sesuai dengan kerjayanya...



Gambar dekat Puan Loo dan baju kurungnya...



Gambar Puan Loo lagi...
( Siapa yg sebenarnya beraya ni?..)



Nabila... anak gadis berusia 13 tahun datang mendapatkan rawatan.
sebaik ternampak wajahnya, akak dah sebak. Insaf diri ini... jikalah anak anak akak yang diuji sebegini?.. Ya Allah... biarlah hanya akak sahaja yang menanggungnya. Selamatkan anak-anakku dari diuji penyakit ini...



Sebak kan...??
Tabah sungguh anak ini dengan keluarganya menghadapi dugaan ini.



Fa...
inilah selipar raya akak...
kasut..?? nanti pula akak upload gambarnya...
(masih dalam kotak)



8 comments:

  1. the kasut raya very the suitable la dgn baju akak yang sweet itew...

    kasih ibu memang macam tu, tak rela anak diduga biarlah ibu yang menanggungnya... :`(

    akak, fa nak syor satu benda. Ikea ada keluar produk baru untuk akak letak leptok. Boleh guna untuk letak atas riba. Very the comfortable and safe....nanti gi Ikea ye!

    ReplyDelete
  2. Nak tumpang rostrum sat..

    Fa, u ni keji tawww.. dah alang2 pi ikea tu, ringan2kanlah tangan tu belikan meja lektok tu kat kami sowang satu ke, dua ke.. utk I u beli sepuluh pun ok gak.. I tak kecik ati..


    Akak, tak tahan sebak tgok pic Nabila tu.. I ni bila anak demam pun I dah jadi tak keruan, mcmanalah agaknya kalau anak dpt penyakit mcm tu?

    ReplyDelete
  3. Fa...
    selipar raya tu memang sangat the sesuai the dengan the baju the kurung.... masa the raya the baru ni... akak cuma pakai the sandal buruk... akak nak pandang kaki pun tak tergamak masa raya aidil fitri baru ni... tapi.. raya haji ni... akak boleh tersenyum..
    Fa..
    akak memang ada alas untuk laptop tapi saja tak bawak... beg akak tu dah berat dengan segala macam tok nadok....

    ReplyDelete
  4. Ja...
    memang tersangat sebak bila melihatkan anak kecil menderita penyakit sama dengan akak. Akak rasa akak boleh redha kalau akak yg kena.. tapi budak? yang masih jauh dan panjang perjalanan hidupnya... Masa pandang ibunya, akak kelu tak boleh nak cakap apa-apa... rasa nak pelok mak dia.. tapi kita baru 1st time jumpa... tapi akak cukup sebak tgkkan budak tu dan juga ibunya...

    ReplyDelete
  5. Dasat juga sambutan raya wpun bersiaran dari ofis..hehehe

    Amboi kasut raya. Mesti tayang nanti tauuu..:)
    Kita pun nak request gambor jugakkk..

    ReplyDelete
  6. azie...
    kami-kami (akak, teman dialysis dan staff ) yang mendasatkan sambutan raya di opis...
    kalau azie pun nak nengok..... azie kena datang bangi... hehehehehe....

    ReplyDelete
  7. comelnya Puan Loo berbaju kurung!!
    .
    .
    Kak!!!
    pssst...
    dah alang2 gi Ikea tu kan kakkkk.......
    belikanlah kopi kat kawan Akak tu!!!!
    alaaaaaaa...
    yang sejes Akak gi Ikea tuuuuu...
    lepas tu.. poskan kat dia.....
    kan kan kan kan CikFa...
    :)

    ReplyDelete
  8. doktor...
    selalunya kan...
    org boleh bagi cadangan yg sungguh bernas..
    tpkan..
    nak sampai ke IKEA tu, memikirkan sesat baratnya mencari parking.... biarlah akak mintak org muar belikan 434 yg tersohor tu... amacam?

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata