Monday, November 29, 2010

854 ~ RCT atau cabut jer....


Sebelum nak cerita lebih lanjut/panjang.... akak ringkaskan jer...
Habis dialysis... terus pergi Saba Restaurant di Cyberjaya. Rasanya sejak cuti sekolah, inilah pertama kalinya kami pergi makan tak terkejar-kejar sebab nak kena ambil anak sekolah. Rasanya dah lama juga kami tak kemari.

Selepas diambil order, kami diberikan kad ni....
ada alamat Saba di Jalan Jelatek. Nanti lainkali boleh pekena yang kat sana....




Sampingan 'order'.. ambil Saba salad... Fresh.... rangup.. sebelum nasi sampai, separuh jugaklah kami ratah....



Pilihan air yang menepati citarasa bila dah makan nasi beriyani... tolak dengan air barbican perasa rasberry... Perrrrggggghhhh....



Pilihan akak.. Chicken Khabshah....



Pilihan boss.... Lamb Khabsah...
lamb..lamb..lamb saja....
(dengan nada suara yang selow-se-selownya....)



Habis makan, berlari pulang ke hospital semula. Akak ada appointment dengan dental surgeon untuk nengok-nengokkan geraham akak yang dah terasa sakitnya. Lubang takda sebab dah ditampal tapi sakitnya sangatlah tak terhingga. Malam tadi suami ada berikan 'pain killer' untuk membolehkan akak bertahan selama 24jam. Itu yang dapat pergi makan hingga cyberjaya....

Sebelum tu tumpang solat di opis boss. Akak sengaja ambil gambar kedudukan sejadah sebab selalu lupa. Sebelum akak tanya suami arah kiblat, akak dah letak sejadah arah ke kiri.... mujur dalam hati ada rasa cuak. Tunggu sampai suami datang dan mengesahkan, baru akak solat.



Selesai solat akak ke Klinik ini....
Bincang dengan doktor opsyen yang ada. RCT - Root Canal Treatment atau cabut.... RCT pulak kena ulang datang dan kena korek gigi tu dan tetaplah sakit. Akhirnya akak setuju untuk dicabut. Olehkerana akak setiapkali dialysis menggunakan 'heparin' makanya gigi akak tak boleh dicabut pada hari dialysis. Akak harus berhenti mengambil 'heparin' dan 'aspirin' sehari sebelum dicabut gigi. Rancangannya hari Khamis ini akak akan cabut gigi jadinya Rabu ini ada Heparin free. Dah buat alarm di handphone untuk mengingatkan staff dialysis bahawa hari Rabu tak guna heparin......



11 comments:

  1. Akak jgn nangesh2 bila depa cabut gigi tu, tau? Nanti I upah es-kewim Drumstick.. Akak nak vanilla flavour ke cokelat? ke stobewi?

    ReplyDelete
  2. Akak
    Kalau you nangis, I babab kang. Tulah dah kata jangan kunyah tulang kambing, degil ek? kakakaa.. Niway, selamat 'berkorban'... (cabut gigi tak sakit.. sumpah! *sambil kelip2kan mata*

    I baru sempat komen kat entry En. Jamil :-)

    ReplyDelete
  3. akak ni buat kita rindu kat saba la... ni akak kena tag kat blog kita, sila maju ke sana, jangan malu² buat ye, hehe :)

    ReplyDelete
  4. Ja...
    tulung sediakan aiskewin stobewwy.....

    ReplyDelete
  5. kak som..
    bukan takat tulang kambing... tulang unta pun i kunyah2.... itulah fasal...

    ReplyDelete
  6. KOG...
    akak akan cuba jawap tag...
    byk tu soklan cepumas.....

    ReplyDelete
  7. Klinik Pembedahan Mulut..elok agaknya untuk si mulut laser :-0, sori,jangan marah!

    ReplyDelete
  8. kak hajah nora...
    bunyinya memang menggerunkan jer....
    setuju.. memang untuk yg mulut laser...

    ReplyDelete
  9. good luck kak.....dengar cerita macam ngeri....ngeri lagi kalau duduk kat kerusi dentist tu!

    ReplyDelete
  10. uncle...
    thank you uncle.... mmg ngeri....

    ReplyDelete
  11. It is through the use of this medium that they wish to make in roads in the communications market.
    Some Local News papers/journals/ tabloids/Magazines focus on regional happenings
    and target local audiences/ readers. Newspaper production
    is known to be the most lucrative and respected industry in the modern age.
    Some say it would have, because there is an ongoing collaboration between the two groups in attacks on Israel.
    This also means that you trust those who have already
    used the products and know how they are used.

    Check out my website ... click here

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata