Nyum-nyum... Nom..nom... burpppp....
memang puashati sangat...
tak boleh nak disorok-sorokkan...
Semuanya berpunca daripada 9 Zulhijjah,,,
akak pergi pasar awal pagi...
sempat beli barang-barang untuk dibuat rendang..
tapi bila lihatkan terlalu ramai orang yang beratur untuk membeli santan perah.. akak ambil jalan pintas dengan membeli yang sudah siap di bungkus di kedai runcit berdekatan dengan rumah....
girangnya dalam hati bila lihatkan banyak lagi santan yang masih tergolek dalam bekas plastik .. akak ambil 8 bungkus. Sebungkus dijual dengan harga RM1.50.. hajatnya hendak membuat rendang ayam kampong yang sangat berlemak.
balik rumah, dah siap semua bahan, akak pun masukkanlah kesemuanya dalam kuali. Masa menunggu didih santan tu, kelihatannya amat berlainan sekali. Akak sedapkan hati juga... mungkin belum masanya nak jadi kering dan berlemak. Yang akak nampak ialah, agak lama dianya menjadi seakan berair dan lambat hendak menjadi pekat kuahnya.
Olehkerana akak pun puasa masa masak tu, tidaklah dapat akak merasa lemak dan manisnya rendang tersebut. Nampak 'texture' rendang bila dah kering santan pun agak lain... nampak ganjil sikit. Tapi olehsebab ada bau yang harum semerbak... akak sejukkan hati dengan berharap agar rasanya tidaklah berlainan dari yang sepatutnya...
Malangnya... sebaik azan maghrib berbunyi... rendang yang akak rasa.... Ya Rabbi... ta terkata sedihnya. Tak berasa lemak seperti yang sepatutnya... rasa 'flat' sangat... tapi dalam diam akak tak kata apa-apapun dan suami juga tidak berbunyi apa-apa pun. Dalam hati, punyalah sedih.. hanya Allah yang tahu.
Nak menjadikan lukanya berdarah... bila baca cerita kawan-kawan yang rendang mereka tersangatlah sedap. Macam luka di perahkan limau rasa pedihnya.... Tapi akak masih tak boleh nak bincang dengan suami mengenai rasa rendang tersebut.. sehinggalah pada hari akak pulang ke kampong. Akak pergi sendiri ke Pasar di Merlimau... beli sendiri santan yang diperah.... ayam pun akak beli 2 ekor ayam kampong.... dan Alhamdulillah....... syukur sangat....
Tak tergambar betapa bahagianya rasa...
Hasil masakan dari santan yang sebenarnya....
kalau you all nak rasa kesedapannya.... marilah datang ke kampong...
Berbeza sungguh rupanya sewaktu mendidih kalau dibandingkan masa 9 zulhijjah...
Nampak macamana pekatnya santan tersebut berbanding yang hari tu, tersangatlah cair...
Inilah rupanya kalau rendang yang menjadi...
Kuahnya ini kalau dicicah dengan roti bakar pun.... aduh sedap.....
Agaknya, santan frozen kot kedai tuh jual...atau yg dah dicampur air..dah tak pati.
ReplyDeleteKesian Rahmah..dah lah puasa..habis tak makan rendang tuh??
apa yang tak kena dengan santan tu kak? patutlah takdak orang kot....macam ni punya meniaga pun ada. Semalam saya pi beli roti, check punya check semuanya dah expired. Bagitahu kat tokay kedai, dia jawab, ...ya ka?"
ReplyDeletesaya pun pernah terkena dgn santan yg dibeli dipasar tani.Entah bahan pengawet apa la yang dia guna.Tak tergamak nak terus masak.
ReplyDeleteSekali tu sebelanga rendang kena reject.
Boleh buat perumpamaan baru : Santan busuk rosak rendang sebelanga...aduhai.
hajah,
ReplyDeleteakak selalu tunggu, bila rendang dah kering, ditransfer ke bekas lain. Tinggal serdaknya saje dalam kuali. Akak akan gaul rata nasi putih dalam lebihan serdak rendang.Sedap dimakan panas. Lebih-lebih lagi kalau rendang minang.
dari macam tu lagi selamat beli santan paket/kotak je kan, at least hasilnya standard
ReplyDeletekak nani...
ReplyDeletesantan yg takda pati dan dicampur air....
rendang tu masih boleh dimakan oleh anak2 tapi saya yang rasa tak boleh nak telan...
uncle..
ReplyDeletesantan ni bukan santan namanya... cair.. macam campur tepong...
peniaga yg nak cepat kaya memang tergamak buat macam tu...
cikgu..
ReplyDeletesetujulah cikgu..
rosak rendang kerana santannya....
tapi rendang saya masih tetap dimakan oleh anak-anak..
kak hajah nora..
ReplyDeletememang sedap tu.. dan kalau ada sambal belacan mmg terangat....
KOG...
ReplyDeletejika pakai santan peket.. dah sah-sah rasanya.. yg ini tak tentu rasa....