Wednesday, November 24, 2010

847 ~ Sayang Bandar Baru Bangi....



Akak ni sejaklah kawin pindah randah ajerlah kerjanya...
baru rasa selesa tinggal di Kampong Pernu.... dah kena pindah... tapi okay jugak pindahnya ke Kuala Lumpur. Kami tinggal di Taman Keramat Permai. Okaylah... tinggal di sana selama 4 tahun.... dapat kabar.., suami nak kena pindah kerja ke Hospital Melaka.

Maka berpindahlah kami ke Melaka pada tahun 1998. Kami tinggal di Melaka selama 2 tahun kemudian suami dihantar berpindah ke Pulau Pinang. Jadinya berangkut sekali lagi kami ke Pulau Pinang.

Agak dah selesa jugaklah tinggal di Pulau Pinang selama lebihkurang 5 tahun.... dapat tawaran kerja di Hospital Serdang. Pindahlah kami dengan gumbiranya ke Hospital Serdang kerana disinilah semua ayah ibu, adik beradik dan saudara mara berkumpul.... Kami awalnya tinggal di Quarters yang disediakan dan kemudiannya berpindah kerumah sendiri. Di sinilah akhirnya (jika Allah izinkan..) kami menetap.... Alhamdulillah.

Anak-anak asyik bertukar kawan baik dan sekolah. Akak juga kena menyesuaikan diri dengan kenkawan yang baru. Alhamdulillah... dikesemua tempat yang akak tinggal akak mempunyai ramai kawan yang rapat termasuklah emak angkat. Disini akak mula mempunyai kumpulan kawan yang akak senangi. Alhamdulillah.....

Dan jika akak teringin nak makan apa-apa... kalau rajin bertanya, kita akan mendapatnya.


Jus ini hasil dari promosi kak som (Somuffin).. nak cuba jugak...


Sedang masak rendang ayam... kelapa/santan yang ori....



Hendak dimakan dengan ini..... Yang inilah yang sebenarnya yang akak cari-cari. Alhamdulillah di Bangunan Warta di BBBangi. Haasil borak-borak dengan teman, dia pernah mencuba beli di sebuah gerai yang memang berniaga ketupat palas... Alhamdulillah....

Akak dah sayangkan BBBangi.



18 comments:

  1. saya pun mcm suka bbb, tapi tak pernah lagi jenjalan area sana. kalu dpt makan rendang ayam tu, marvellous! ;D

    ReplyDelete
  2. rahmah
    tak lama lagi ada MAHA...u pergi tak..dekat serdang kan....

    ReplyDelete
  3. mamason pun ada adik kat BBB sec.4.kalau kesana teringat asam pedas melaka masa param.Sedap sampai terkenang kenang.

    ReplyDelete
  4. Salam Mah,

    Walaupun kita anak jati Johor, puas merasa duduk Port Dickson dan sayang nak tinggalkan lautnya nan membiru namun setalah menjejakkan kaki di BBBangi ni..hati sudah terpikat maka di sini tempat hijrahku dan rasanya tak mau berhijrah ke mana-mana lagi..cukup di sini, insyallah.

    ReplyDelete
  5. suke gak area Bangi tu..majoriti Melayu..makanan pun sedap-sedap..

    ReplyDelete
  6. kat warta bangi memang tiap2 ari pun ada jual ketupat palas tu. tetiba rindu sama warta bangi hehehe..

    ReplyDelete
  7. Maksu...
    bila-bila nak datang keBangi.... bagitaulah....
    Bangi memang best...

    ReplyDelete
  8. kak ezza...
    Insya'Allah.. memang macamana pun akan kesana juga sebab suami saya suka sangat nak tengok macam-macam pameran.. saya jugak suka nak beli anak pokok... Kita jumpa di sana, jom.

    ReplyDelete
  9. Cikgu...
    nanti bagitaulah kat mana jual asam pedas yang sedap tu... memang banyak jual asam pedas, tapi belum kena yang sesedap cikgu cakap tu. Saya tinggal di seksyen 5, bila2 sampai ke BBB... bagitaulah....

    ReplyDelete
  10. Yati...
    betul... setuju....
    Kitalah penduduk BBB...

    ReplyDelete
  11. Syina..
    sebab kawasan majoriti melayulah buatkan ramai penduduk yang sayang pada bangi ni. Kedai makan pun banyak dan semua kemudahan pun ada... Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  12. Eija...
    jom datang Bangi...
    kita makan-makan di Warta BBBangi....
    Jom...

    ReplyDelete
  13. Akak
    Jus tu ok ke?? Minum chilled atau dgn ice, I suka :-)

    ReplyDelete
  14. kak som...
    minum dengan ais... besttttt.....
    Oooooopppssss..... air saper yg lebih nanti???

    ReplyDelete
  15. azie...
    memang... akak mula jumpa pun sebut WOW!....

    ReplyDelete
  16. banyak dah dengar cerita pasal BBB tapi tak pernahnya sampai lagi...nanti lah bila2 senang nak pergi lunch lah kat sana!

    ReplyDelete
  17. Uncle,
    masa akak tinggal di Taman Keramat Permai,tahun 1994-1998 bila kena pergi Bangi... hadoi.. rasa jauh sangat...rasanya macam takder apa pun...
    tapi...bila dah menetap disini.... memang 'happening'...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata