Thursday, November 04, 2010

826 ~ Anak dagang dirantau orang


Sewaktu kami bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini... akak sempat mengambil gambar rumah yang pertama kami sewa sebaik kami berpindah di sana.

Sebaik mendapat khabar suami akan bertukar kerja di Hospital Pulau Pinang, kami suami isteri, menaiki bas dari Melaka menuju ke Pulau Pinang untuk mencari rumah sewa. Kawan baik suami memang dah ada di Pulau Pinang menjadi 'pemandu' untuk kami yang ingin mencari rumah sewa. Jangkamasa yang kami dapat hanyalah seminggu sahaja.

Maka bermalamlah kami dalam bas... naik bas malam dan tiba di Pulau Pinang paginya. Terus dijemput oleh kawan suami dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kemudian kerumahnya untuk mandi dan berehat.

Tengaharinya kami menghubungi 'real estet agent' untuk mencari rumah sewa yang sesuai dengan budget kami. Adalah satu dua rumah yang ditunjukkan. Kedua-duanya kami tak berkenan. Sehinggalah hampir waktu petang, kami ditunjukkan rumah yang ini. Kami terus setuju kerana rumahnya besar dan selesa.

Persetujuan dicapai, kami akan berpindah masuk pada hari Ahad.. Hari kami tiba di Pulau Pinang adalah hari Khamis..

Setelah menduduki rumah ini selama setahun, akak terasa macam nak cari kawasan rumah yang berjiran dengan orang melayu. Sebabnya kawasan rumah ini terdiri dari bangsa cina dan india. Dengan bunyi salakan anjing dan tak dengar azan... hati kita pun tak tenteram.

Pandangan dari tepi...



Pandangan dari hadapan..



Dengan bantuan kawan yang mempunyai saudara di kawasan Gelugor..(memang dikenali dengan kawasan Melayu) kami berjaya mendapat sebuah rumah Semi D yangmana berjiran dengan keluarga melayu dan berdekatan dengan masjid. Bila azan memang jelas kedengaran dari rumah kami. Alhamdulillah... seronoknya.... dirumah ini kami tinggal selama 4 tahun..



Kawasan Jelutong/Bukit Dambar pula masih terdapat rumah-rumah kampong. Penduduknya kebanyakkannya orang melayu. Mereka cukup rajin bercucuk tanam...
Dapatlah akak mengambil gambar pokok sirih junjung yang dah meninggi...



Pokok semambu...
dengarnya elok untuk orang/anak-anak yang kena demam campak...


Pokok sirih junjung...
dengarnya sirih ada dua jenis
sirih india dan sirih melayu...
apapun yang pasti
daunnya penting untuk buat 'Sirih Junjung' dalam upacara peminangan...
kalau klik gambar ini bagi besar
boleh nampak pokok pisang, kelapa...


Daun pandan yang hidup rimbun...
subur sungguh dan menjadi-jadi...
kalau you all klik gambar bagi besar
boleh nampak pokok inai...



Gambar pokok-pokok ni akak dapat dari hasil tembakan di rumah kak odah yang akak pergi baru-baru ini untuk baca yasin bersama maktok... Rindu sungguh dengan suasana kampong....

6 comments:

  1. oh saya pun rindu sayang kampong, tapi takde, tengok gambar2 akak suka sangat. insyaAllah dapat rasa juga 1 hari nanti. rimbunan daun pandan pun cantik! :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya menjejaki semula tempat kita pernah mencipta kenangan...

    ReplyDelete
  3. madora...
    Alhamdulillah... ada jugak peminat hasil 'tembakan' akak ni.... nanti akak share lagi khas untuk you....

    ReplyDelete
  4. Azie...
    memang seronok.... tak terkata....

    ReplyDelete
  5. Salam. Rasanya penah pi 1st umah akk di penang. masa tu ain masih duduk dalam pram hehe. Banyak jugalah tempat yg akk bawak sy round2 penang. TQVM ya :)

    wan

    ReplyDelete
  6. salam wan...
    yup.. akak pun masih ingat lg....
    you're most welcome dear... :-)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata