Kisah semalam...
Balik dari opis, suami nak pergi solat jumaat. Tengok butang baju melayu bergumpal-gumpal... (rantai penyambung butang dah tersangkut satu sama lain...) Pakaikan baju yang lain dengan butang yang lain...
Akak pun mencobalah meleraikan sikit demi sikit butang dan rantai penyambung...
Mula-mula akak duduk, kemudian akak baring... punyalah usaha dan gigih nak meleraikan. Kadang-kadang akak suka buat kerja meleraikan rantai ni.. kadang-kadang baran jugak... tapi bila dah makin berumur ni..(makin dah tak berapa nak muda..) akak rajin duduk menyelesaikan rantai yang terlerai... Suami dah bagi 'lampu hijau' suruh putuskan ajer gumpalan rantai tersebut...
Boleh nampak dua rantai dah bergumpal...bersimpul...
butang hijau dan butang biru...
Hampir dekat sejam jugaklah akak mencuba meleraikan... Lainkali akak nak set time... berapa lama yang akak ambil untuk meleraikan kedua-dua butang ni.... Seronok jugak bila melihatkan hasilnya....
Nak tahu.??...
sebaik akak berjaya meleraikan rantai butang baju melayu ni.. akak tertidur... punyalah penat....
Hari ini...
Bangun pagi untuk suboh terus tak boleh tidur semula... sebab dah rutin selalu terus bangun dan mandi untuk ke opis... mungkin itu pasallah tak reti nak tidur-tidur semula....
Teringat ada kertas soalan yang perlu akak jawap... jawap dengan jujurnya...
inilah jawapan yang boleh akak beri...
Alhamdulillah....
Mungkin juga ada pesakit yang diberi kertas soalan ini memberi jawapan nombor 1....
Kesian kat mereka...
Alhamdulillah.....
Akak ada kesemua itu......
Terima kaseh pada 'YOU'.....
Bila dah berumur...mata dah kurang jelas, bergumpal lah kau kat situ, tak kuasa nak leraikan..he he he
ReplyDeleteAkak
ReplyDelete. diharap you dah sihat
. soklan tu untuk apa dan siapa? (maaf kalau terlepas pandang kot you dah beritau sebabnya)
. jom kita buat contest, nak tak? Contest leraikan butang baju, hehehe... Very challenging kan??
salam kak nani....
ReplyDeletesaya pulak berbeza pulak.. makin berumur, makin sabar... kalau masa muda sikit dulu, tak mananya saya sabar nak meleraikan simpulan rantai tu... Mata memang tak nampak sangat dah.. tapi tetaplah lakukan...trill jugak..
kak som...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. baru lepas buka puasa... pekena nasi goreng panas pedas dan air kopi o pekat kurang manis secawan... rasa sihat betul...
soklan tu untuk pesakit dialysis... diberikan oleh pelajar sarjana yang membuat 'tesis' mengenai pesakit dan sokongan perasaan yg diberikan kepada anggota keluarga yg kena rawatan dialysis...
Jom.. kita duduk di Sari Ratu sambil membetulkan 'simpulan' rantai butang baju melayu...
Hehehehe tak pasal-pasal ada kerja extra lak kena buat...
ReplyDeleteuish kalu lah macam "Abg Jamil" yang sibuk cari butan baju Melayu, lagi lah jenoh nak mencari sana sini padahal depan batang hidung saja...
azie...
ReplyDeletekalau 'abang jamil' yang berkehendakkan sangat butang baju melayu yang dah tersimpol tu... akak bagi yang tersimpol tu... tak kose akak nak tolong 'abang jamil' meleraikannya... biar dia tak berbutang baju melayu...
potong je Kak...rantai2 tu!!
ReplyDeletedoktor...
ReplyDeletetak trill lah kalau potong rantai tu...
meleraikan yang tersimpul.. memang trill....
balik kerja nanti you cuba buat....
(mau habis dicakar2nya rantai2 tu...)