Tuesday, November 30, 2010

855 ~ Menjawap TAG KOG



Pagi tadi akak di 'tag' oleh KOG. Dah hari ini akak bercuti dari opis.. makanya akak ambil masa sedikit sahaja (riak) demi memenuhi permintaan soklan cepumas KOG....

25 random things/facts/habits or goal about YOU....



Terkelip-kelip akak memikirkan apa nak buat dan macammana nak buat.. akhirnya akak tiru aja KOG.... senang..... cari gambar... buat ulasan... 25 tu....

1. Akak paling suka makan rendang ayam.... tiap-tiap hari pun takpa....
2. Nasi Lemak kukus kg baru adalah nasi lemak pilihan pertama.... berbaloi beb... biarlah kolestrol bertambah tapi mesti dengan nasi lemak kg. baru....
3. Mee Goreng.. mee hailam... memang faberet...
4. Quesadillas - Chillis - KLCC atau Midvalley
5. Spagetthi Oglio Olio- Delicious
6. Ketupat Palas - Warta Bangi.
7. Yee Mee - Singgah Selalu, Danga Bay..
8. Chicken Kabsha - Saba Restaurant saja...
9. Air campur soda - Raspberry apa ke nama dia.. kat Tuscany...
10. Air Barbican - Saba dan mana-mana pasar tani dah ada jual...
11. Ais jenis sagat - ABC - Snow apa ke nama.....
12. Baca buku John Grisham -
13. Baca Al-Quran
14. Pergi menembak bunga dengan DSLR
15. Pergi luar negeri bawak anak-anak bergumbira...
16. desserts yang masam-masam..
17. jumpa orang yg lebih tua.. macam Nek Busu
18. Jumpa Tokcik di Penang
19. Jumpa Maktok di Penang
20. Pergi Pasar Tani.. atau apapun pasar di dalam dan luar negeri... suka tengok hasil mahsul depa yang takda di pasar kita...
21. Beli barang dapur yang penting sekali mesti ada ialah Ikan Bilis....
22. Suka Ais sagat ni yang masam-masam ada di Alamanda..
23. Suka makan mee rebus di Kg Baru..
24. Suka makan roti canai...
25. Suka jumpa nurse-nurse yang pernah membantu merawat di Nephro dan CCU... baik di Serdang ataupun di IJN....

KOG suruh lanjutkan tag... tapikan tak tahu nak tag sapa.... 25 orng pulak tu....

1. KOG
2. Dr Singa
3. Ja - Ianya Bermula disini
4. Kak som - Alkisah
5. Azie - Azieazah
6. Ai -Aizahkaman
7. Ida - idalara
8. Fa Atip - maaf lambat letak.... mahap banyak-banyak.......

Ok dah kot.....

Monday, November 29, 2010

854 ~ RCT atau cabut jer....


Sebelum nak cerita lebih lanjut/panjang.... akak ringkaskan jer...
Habis dialysis... terus pergi Saba Restaurant di Cyberjaya. Rasanya sejak cuti sekolah, inilah pertama kalinya kami pergi makan tak terkejar-kejar sebab nak kena ambil anak sekolah. Rasanya dah lama juga kami tak kemari.

Selepas diambil order, kami diberikan kad ni....
ada alamat Saba di Jalan Jelatek. Nanti lainkali boleh pekena yang kat sana....




Sampingan 'order'.. ambil Saba salad... Fresh.... rangup.. sebelum nasi sampai, separuh jugaklah kami ratah....



Pilihan air yang menepati citarasa bila dah makan nasi beriyani... tolak dengan air barbican perasa rasberry... Perrrrggggghhhh....



Pilihan akak.. Chicken Khabshah....



Pilihan boss.... Lamb Khabsah...
lamb..lamb..lamb saja....
(dengan nada suara yang selow-se-selownya....)



Habis makan, berlari pulang ke hospital semula. Akak ada appointment dengan dental surgeon untuk nengok-nengokkan geraham akak yang dah terasa sakitnya. Lubang takda sebab dah ditampal tapi sakitnya sangatlah tak terhingga. Malam tadi suami ada berikan 'pain killer' untuk membolehkan akak bertahan selama 24jam. Itu yang dapat pergi makan hingga cyberjaya....

Sebelum tu tumpang solat di opis boss. Akak sengaja ambil gambar kedudukan sejadah sebab selalu lupa. Sebelum akak tanya suami arah kiblat, akak dah letak sejadah arah ke kiri.... mujur dalam hati ada rasa cuak. Tunggu sampai suami datang dan mengesahkan, baru akak solat.



Selesai solat akak ke Klinik ini....
Bincang dengan doktor opsyen yang ada. RCT - Root Canal Treatment atau cabut.... RCT pulak kena ulang datang dan kena korek gigi tu dan tetaplah sakit. Akhirnya akak setuju untuk dicabut. Olehkerana akak setiapkali dialysis menggunakan 'heparin' makanya gigi akak tak boleh dicabut pada hari dialysis. Akak harus berhenti mengambil 'heparin' dan 'aspirin' sehari sebelum dicabut gigi. Rancangannya hari Khamis ini akak akan cabut gigi jadinya Rabu ini ada Heparin free. Dah buat alarm di handphone untuk mengingatkan staff dialysis bahawa hari Rabu tak guna heparin......



853 ~ Alahai Encik Jamil.....


Semalam.. awal pagi suami akak sudah ke conference yang bermula sejak jumaat lalu... suami ada berpesan ingin menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya sama-sama belajar di MRSM dahulu.

Bila akak terjaga tengah malam semalam, suami belum pulang lagi.... Lihat jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Mushkil jugak dibuatnya.... Akak pun taliponlah suami.

Akak : Assalamualaikum.. Encik Jamil... nak tumpang tanya, En Jamil yang kawin ker atau kawan Encik Jamil yang kawin....???

Suami : Hahaha.... abang dah dekat nak sampai rumah.

Setibanya dirumah, akak pun menyoal siasat apa yang patut. Rupanya wedding receptionnya dibuat pada pukul 800 malam. Habis conference pukul 500ptg..... Lepas isyak baru suami pergi ke wedding reception kawannya. tak dapat balik awal sebab hujan turun agak lebat.....

Hisssshhhhhh..... memang mushkil. Mujurlah kesemua butang baju melayunya dalam simpanan akak... Baju melayu dan samping pun tak berusik......

Sunday, November 28, 2010

852 ~ Surah Al-Baqarah Ayat 214



Juzuk : 1Surah : AL-BAQARAHNo. Surah : 2Ayat : 214
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Ayat
Surah
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).




Friday, November 26, 2010

851 ~ Penghargaan buat yang mendoakan....


Setinggi penghargaan buat yang telah mendoakan dan mengucapkan tahniah sempena ulangtahun perkahwinan akak yang ke 18 tahun.

Jutaan Terima Kaseh buat:-

Cikgu Mokjadeandell
Adekniza
Kak Nani
Fa
Kak Hajah Nora
Ai
Dinda Ja
Kak Zah
Azieazah
madora
drsinga
kak som
rozana


Sempena makan malam kami memilih makanan italian di Restoren Tuscany di J.W. Marriot...




Kami di hiburkan dengan pemuzik dari Filiphino dan Indonesia... Lagu permintaan khas dari kami ialah 'anak' dibawakan dengan baik sekali sebijik suara Freddie Aguilar....



Starter... makan roti dengan butter...



Suami memang akan memilih surf and turf...



Akak sedang menyukai spaghetti oglio olio....



Minuman suami...
Zing-O-Apple


Pilihan akak...
Shirley Temple



Sekarang guna 'kayu golf' untuk mengacau jus..







Akak memilih yang ini...
Panna cotta served with rasberry sauce....



Suami memilih yang ini... banana ice cream..



Memang sedappppp....



850 ~ Alhamdulillah.. dah 18 tahun jadi isteri....













Alhamdulillah ....hari ini telah genap 18 tahun akak bergelar isteri. Dalam pada rasa macam dah 'tak kawinker aku ni?.....' pada usia 27 tahun... tapi Allah itu Maha Penyayang.. diberikannya seorang suami yang sungguh ...................... ( tak terkata dengan perkataan...).

Akak pernah diuji hingga dah terasa hujung nyawa tapi suamilah yang menguatkan semangat menyokong akak hingga sihat semula...

Alhamdulillah......


lagu hanyalah satu nyanyian nora memang ditujukan khas buat suami.....




Thursday, November 25, 2010

849 ~ Sayang BBBangi 2


Jumpa Twist Potato di Pasar Tani Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
Dah jumpa, dah rasa....
KOG...
rasanya kalau makan panas-panas lagi sedap..
bila makan kat rumah... dah kena bungkus dalam plastik... kentang tu dah jadi 'soggy'...
rasa ada tapi kureng uuuummmmmppppp....

Tapi akak ni adalah makcik femalu...
takkanlah akak tergamak makan sambil berdiri dan berjalan-jalan dok gigit sikit-sikit....
makanya makcik bawak balik rumah...
nak menyampaikan kerumah.. ini kentang putar sudah 'soggy'.....

Tapi takpa...
tujuan entry ni nak bagitau....
Akak sayang BBBangi...
Macam-macam ada....
Semalam dah jumpa jus Rani...
hari ni Potato Twist....
Esok????.....
(kena rajinlah merayap...)


848 ~ Bapaku Pulang Dari .......



Ternyanyi-nyanyi dalam hati...

Bapaku pulang dari Korea..
bapaku belikan mutiara....

Hah! janganlah percaya....
bukan dia pergi Korea...
tapi sebab nak kan rhyme....
dari lagu bapaku pulang dari Kota..
akak saja tukar bapaku pulang dari Korea....
lepas tu nak kasi rhyme lagi...
lepas Korea...
hanya boleh letak mutiara....
tak bolah lak nak letak cekelat ke... handbag ker..... Parfium ker.... itu semua tak rhyme....

Lagu yang paling best ialah...

Bapaku pulang dari Korea
bapaku belikan mutiara....

no more
bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta....

dah tak sesuai...
sebab.... sebabnya
orang jual kereta sekarang dah berlambak
kat Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang... kat Tun Sri Lanang, Gajah Berang, Melaka...
( boleh ingat sebab.. kami beli kereta kat situ....hehehehehe)

Okay... habis..berhenti dari merapik....

Semalam, kami menjemput MoTHouse di KLIA. Akak ni memang jenis selalu lupa...(bukan alzheimer.. macam..lebihkurang).. dengan yakinnya terus masuk parking kat Blok B... Dalam hati pun pikir.. padanlah banyak ruang kosong sebab selalunya payah nak cari parking.

Siap ambil gambar lagi... gambar nilah jadi penolong dari tak jumpa kereta....



Harap maklum... yang berbaju biru itu bukan bapak budak-budak ni...
kebetulan kami seiring dan sejalan menuju ke balai ketibaan...



Sambil menunggu... sambil mengambil gambar...
biasalah.... blogger....



Akhirnya dengan salah tempat tunggu.... flight tertunda.... jumpa jugaklah kami dengan itu mamat yang sudah jadi suami pada 26 November 1992.... Anak-anak cukuplah seronok sebab itu mamat kalau keluar negeri memang akan belikan anak-anak sesuatu.....



Dengan yakinnya kami mengambil lift menuju ke parking....
Amik Kau....!!!! dah sesat barat...
Kami seperti biasa menuju ke Blok yang kami selalu letak kereta bila mamat tu yang drive...
Mamat tu selalu parking di Blok C...
Ini minah andeh sudah parking dekat blok B...
Andeh pikir... assumed... bawah tingkat C mestilah B...
Andeh memang yakin....
akhirnya mamat tu sudah ambil itu kamera dan tengok gambar...
mamat tu kata....
ini kat blok B..
kita dah salah blok.....

Maka dengan langkah yang terfaksa....(memang dah fenat...) kenalah pergi cari Blok B...
naik atas semula ke bahagian ketibaan... then mengingatkan kat mana kami naik tadi....
dah perasan rupanya kami dihujung bangunan sekali....
mamat tu kata.... lain kali kalau kami ke KLIA lagi.. dia akan suruh akak yang bawak kereta dan cari parking.. biar akak familiar dengan parking dan terminal....

Aisyah dah tak larat jalan....



Wednesday, November 24, 2010

847 ~ Sayang Bandar Baru Bangi....



Akak ni sejaklah kawin pindah randah ajerlah kerjanya...
baru rasa selesa tinggal di Kampong Pernu.... dah kena pindah... tapi okay jugak pindahnya ke Kuala Lumpur. Kami tinggal di Taman Keramat Permai. Okaylah... tinggal di sana selama 4 tahun.... dapat kabar.., suami nak kena pindah kerja ke Hospital Melaka.

Maka berpindahlah kami ke Melaka pada tahun 1998. Kami tinggal di Melaka selama 2 tahun kemudian suami dihantar berpindah ke Pulau Pinang. Jadinya berangkut sekali lagi kami ke Pulau Pinang.

Agak dah selesa jugaklah tinggal di Pulau Pinang selama lebihkurang 5 tahun.... dapat tawaran kerja di Hospital Serdang. Pindahlah kami dengan gumbiranya ke Hospital Serdang kerana disinilah semua ayah ibu, adik beradik dan saudara mara berkumpul.... Kami awalnya tinggal di Quarters yang disediakan dan kemudiannya berpindah kerumah sendiri. Di sinilah akhirnya (jika Allah izinkan..) kami menetap.... Alhamdulillah.

Anak-anak asyik bertukar kawan baik dan sekolah. Akak juga kena menyesuaikan diri dengan kenkawan yang baru. Alhamdulillah... dikesemua tempat yang akak tinggal akak mempunyai ramai kawan yang rapat termasuklah emak angkat. Disini akak mula mempunyai kumpulan kawan yang akak senangi. Alhamdulillah.....

Dan jika akak teringin nak makan apa-apa... kalau rajin bertanya, kita akan mendapatnya.


Jus ini hasil dari promosi kak som (Somuffin).. nak cuba jugak...


Sedang masak rendang ayam... kelapa/santan yang ori....



Hendak dimakan dengan ini..... Yang inilah yang sebenarnya yang akak cari-cari. Alhamdulillah di Bangunan Warta di BBBangi. Haasil borak-borak dengan teman, dia pernah mencuba beli di sebuah gerai yang memang berniaga ketupat palas... Alhamdulillah....

Akak dah sayangkan BBBangi.



Monday, November 22, 2010

846 ~ teman di opis...


Pagi tadi hujan lebat jugak... akak keluar rumah lewat sikit... jalan dah mula sesak... kalau tepat pukul 7pagi, kira lengang jugak... masuk jer 720pg.... dah mula sesak di tol sg ramal.

bertemankan qeeb, akak ke opis... kiranya okay jugak sebab qeeblah yg mengejutkan akak pukul 630pagi. Akak dah jaga pukul 500pg, tapi tidur semula.... mujurlah dia kejut... kalau tak sure terbabas subuh.....

Selesa sungguh bila qeeb menemankan... tapi.... charged yang dikenakan mmg boleh menaikkan BP mak dia. Semua jumlah jadi bundar kepada puluh yg terdekat.... bayangkan 3 keping curry puff jd 10hinggit. Satu lg 10hinggit kena mengesot keluar dari purse bila nak beli paper kosmo....

Ibu dia dulu, masa kecik dulu... nak dapat 10sen pun AZAB... kena timang kerusi mak dia dulu... itupun tak gerenti dapat lagi..... kena kejar lagi adalah.....

Apapun... itulah anak ibu dia.....


Sunday, November 21, 2010

845 ~ SMS on Pasang Roadtax.


Masih ingatkah lagi SMS on Senget?
sekarang bisness kami dah berkembang kepada SMS on Roadtax...

Hanya perlukan ini sahaja...




Dan dah siap....
SMS on 1300 - pasang- road -tax


844 ~ Sambutan Qurban...


Semalam, kami sekeluarga telah mengadakan ibadah Qurban. Seekor lembu telah dikorbankan.
Awal pagi, kebanyakan ahli keluarga telah berada di tempat penyembelihan untuk menyaksikan majlis Qurban. Kemudian, daging korban yang sudah di lapah di hantar kerumah. Di rumah telah bersedia kaum kerabat dan jiran yang datang untuk membantu melapah dan mengagihkan daging tersebut.

Kelihatan jantung lembu ...



Bahagian organ dalaman yang sudah di asing-asingkan...



Mak Uda dan Bik sedang membersihkan usus lembu.



Kak Noi bertanggung jawap memasak Daging masak Asam...
Memang yang paling sedappp...
Sifu....
Kak Noi sekarang telah menjadi sifu masak memasak selepas pelapis yang sebelumnya sudah ' fengcen '...



Sepupu yang serasi...



Ramai yang membantu.. sangat meriah... kebanyakannya adalah orang kampong yang berdekatan dan sanak saudara...



Redup suasana bekerja di bawah rimbunan pokok...



Boss.... hanya diberikan tugas menimbang daging kerana tidak begitu sihat sejak malam tadi...



Opah dan Atuk..


Jamuan dah bermula....


Kesedapan hingga menghirup pinggan...



Jika masak menggunakan dapur kayu, yang paling tak tahan ialah asapnya.....
POdih mato....



Sifu sedang berbincang dengan anak murid yang ingin belajar resepi....
perbincangan dilakukan dengan berhati-hati sekali \biar pecah di perut... jangan pecah dimulut..kekdahnya....



Pakcik ni memang candi orangnya... suka bila di ambil gambarnya....



Pakar bedah tulang sedang melakukan kerjanya...



Masih leka menjamu selera...
akak makan nasi bertambah-tambah...
kesedapan.....
Daging Masak Asam Melaka dengan daging baru memang lain rasanya...



Pakar Bedah Tulang sedang mengerjakan urat keting...


Alhamdulillah...
dengarnya pada tahun hadapan abah akan membuat Qurban Unta.....