Thursday, January 31, 2013

507 ~ Kehidupan kami berubah sepenuhnya....





Genap 2 tahun bibik mebantu akak di rumah, 28hb Januari adalah hari terakhir beliau berkhidmat. Beliau telah membantu akak dengan cemerlang walaupun ada sedikit sedu dalam menunaikan tugasannya tapi mana ada yang sempurna... Kerosakan peralatan letrik, kerosakan baju kesayangan dengan clorox dan campuran warna dan pecah pinggan mangkuk cawan kesayangan kiranya biasalah tu.... tapi khidmat yang telah beliau curahkan memang banyak sekali membantu kami sekeluarga...

Kisah beliau menjadi bibik adalah kerana kesusahan hidup yang beliau hadapi. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Menumpang tinggal di tanah yang dipajak dan di bayar secara tahunan dengan jumlah yang sedikit, tanpa pendapatan yang tetap membuatkan bibik berazam datang ke Malaysia mencari rezeki. Lanjutan dari kakaknya pernah bekerja di Malaysia dan mendapat rezeki yang lumayan, beliau memujuk suaminya membenarkan beliau bekerja di Malaysia... Lama juga nak mendapatkan persetujuan suaminya. Setelah di berikan kebenaran untuk bekerja selama 2 tahun SAHAJA.. keizinan yang diperolehinya di gunakan sebaik-baiknya.

Dari awal beliau bertugas di rumah kami.. memang beliau bernekad untuk mencari rezeki yang halal demi merubah nasib keluarga... Suaminya hanyalah seorang nelayan yang menumpang bot kawan-kawannya dan upah yang di dapatinya tidaklah seberapa. Anak-anak bujangnya juga mengikut jejak suaminya bekerja di bot milik orang lain. Rezeki yang diterima bergantung pada upah yang diterima. Bibik berazam ingin mengumpul duit untuk membeli sebuah bot enjin untuk suami dan anak-anaknya ke laut. Rezeki yang di dapati akan lebih dari sekarang.

Oleh itu, sejak dari mula bekerja, bibik tidak pernah membelanjakan sesen pun wang gajinya mahupun menghantar pulang walau sedikit. Dia nekad, wang yang terkumpul adalah untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah dan membeli bot enjin.( Tidak pandai minta untuk dibelikan handphone seperti pembantu2 akak yang lain. Baru kerja sebulan dah minta dibelikan handphone... Tiapkali kita nak keluar rumah, dia akan pesan pula nak dibelikan kredit.)

Sebaik bibik yang ini telah tiada... kami anak beranak bernekad tidak mahu lagi menggunakan khidmat pembantu rumah. Rasanya cukuplah selama dekat 20tahun kami menggunakan khidmat pembantu rumah yangmana kami tolerate dengan berbagai-bagai kerenah mereka. Ada yang begini.. ada yang begitu... tapi sebabkan anak masih kecil2 kami sabarkan sahaja. Terima sahaja orang asing duduk sekali dengan kami... Tapi bila anak2 dah semakin besar dan banyak membantu, akak terasa sudah memadai setakat ini kami menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing.

Anak-anak dah tahu tugas masing-masing. Zahrah bertanggungjawap darisegi membantu memasak dan  menjaga kebajikan adiknya. Qeeb waktu tidak bersekolah akan membantu menguruskan pakaian dan kebersihan rumah. Ain memang khas menjaga kucing... Kiranya waktu ini akak nampak kelebihan mempunyai ramai anak perempuan. Waktu kami masih mempunyai bibik, mereka seolah2 tak tahu apa.. tapi terkejut juga akak  selepas bibik pulang, Zahrah dah mengemop seluruh rumah sebaik lepas solat subuh. Ain pun selepas solat subuh terus mengurskan kandang kucing dan membersihkan hal2 mengenai kucing... Qeeb pula mengambil tugas membasuh pakaian, menjemur, melipat dan masukkan dalam almari2 kami semua.

Memang terasa tugas dan tanggungjawap kami semua menjadi bertambah tapi nampaknya kami lebih gembira tanpa perlu menghadapi kerenah dan bergantung hidup dengan pembantu rumah.

##### 
Tapi ada satu perkara yang akak amat pening memikirkannya bila bibik dah pulang..
Siapa yang nak petik mangga kami yang berekar2 tu sebab hanya bibik sahaja yang pandai menggunakan alat pengait ciptaannya sendiri... Aduh... kena buka iklan jawatan pemetik manggalah cenggini...


Semuga semangat kami akan terus utuh dan bersedia menghadapi segala tugas dengan baiknya. In Syaa ALLAH....



16 comments:

  1. bila takde pembantu rumah boleh lah masing masing tunjukkan bakat terpendam kan? :D

    ReplyDelete
  2. Salam Rahmah,

    Sedih akak baca kesusahan kehidupan bibik.
    Alhamdulillah, anak2 dah ada pembahagian tugas masing2.

    Ironing sapa buat? hik3x
    Moga anak2 Rahmah terus membantu..

    ReplyDelete
  3. Salam Rahmah,
    Cerita pembantu rumah cukup berbagai... ragam dan kerenah.boleh buat novel setebal Gone with the Wind...Rasa liberated bila tak perlu lagi bergantung kpd mereka.

    ReplyDelete
  4. AKAK tumpang kejap nak say HI to Mamason :-)

    Soalan cepumas: Siapa akan jaga kucing2 bila you makan angin keluar daerah?

    ReplyDelete
  5. Yg pergi akan pergi, yg tinggal perlu sesuaikan diri.. Yakin boleh kak..hehe.. Bagusnya anak2 akak..dah pandai berdiri. Mesti Lega maknya.. :)

    ReplyDelete
  6. Itulah hikmahnya Kak...anak-anak kita akan lebih berdikari dan bertanggungjawab. Berilah peluang dan ruang untuk mereka mengendali rumah dengan cara mereka sendiri, kak.

    Itu pun latihan juga.

    ReplyDelete
  7. penat tau kakkkkk!!!

    basuh kasut sekolah guna mesin basuh tau!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Akak,

    Dah lama benar tak menjengok ke mari, harap semua berjalan lancar tanpa bibik, mudah-mudah akan lebih terasa keakraban dalam keluarga.
    Saya tak pernah ada bibik sejak dari mula berkahwin sampailah saya dan pencen....memang kalau boleh nak jugak rasa, tapi sebab tak mampu, terpaksalah sama-sama urusankan rumah dan anak-anak. Alhamdulillah semua beres.

    ReplyDelete
  9. Rahmah...kental betul semangat bibik ...sanggup berjauhan dari suami dan anak anak demi masa depan mereka...

    Anak anak akak terasa macam cinderella saja kalau di suruh buat kerja rumah...tu yang selalu kena piat telinga tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. Itulah untungnya ramai gegirl kan !!
    Insyaallah,akak & ank2 get use to it ..

    ReplyDelete
  11. Bila dah biasa berbibik; tanpa diaa seperti susah dalam segalanya.

    IM tak pernah terfikir pun nak ada bibik walaupun ibu_suri ada juga meminta...

    ReplyDelete
  12. Hi mama Aishah,
    Dekat sedozen juga orang yang pernah berkhidmat utk jaga anak semasa mereka membesar.Banyak kerenah tapi syukur kerana mereka sudi beri khidmat.
    Tentu sicilik dah pandai tolong mamanya.She reminds me of my no.4 when small.

    ReplyDelete
  13. Makchaq tak pernah ada bibik, hanya dengar ja la orang bercerita susah senang ada bibik..

    ReplyDelete
  14. assalam makcik..bertuah punya anakdara reramai ni...sebenarnya diorang tu bukan x tau buat kerja cuma bila ada bibik,biasalah kan?hehehe...semoga diorang terus istiqomah n jadi anak yang sentiasa menyejukkan hati..:-)

    * rindu nak komen..terbz dengan talaqi..rindu aisyah makcik tu...hehehhe

    ReplyDelete
  15. Akak,
    Lama tak bersiaran..rindu nak baca cerita akak.

    ReplyDelete
  16. Akak,
    Lama tak bersiaran..rindu nak baca cerita akak.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata