Monday, January 21, 2013

503 ~ Teringatlah pulak...


Teringat waktu sekolah dahulu...
Sekitar tahun awal 80 an..

Akak memasuki Persatuan Bulan Sabit Merah dan dilantik menjadi Pengerusi  Persatuan Bulan Sabit Merah...(Dah lupa nama yang diberikan... tapi diberikan pangkat iaitu berpangkat Sarjan..)

Bila dah bercampur dengan sekolah lain, makanya akak dah mula mempunyai teman dari sekolah yang berlainan. Kami bertukar nombor talipon tapi malangnya rumah akak tiada perkhidmatan talian talipon. Waktu tahun 80an, untuk mendapatkan line baru.. memang mengambil masa... walaupun ada jiran yang berkerja dengan syarikat Telekom dan membantu menguruskan 'masuk line' baru di kawasan rumah akak, ia tetaplah mengambil masa yang agak lama. Untuk berhubung dengan teman baru, akak sering ke pondok talipon.

Pondok talipon yang terdekat dengan rumah akak, kira-kira tiga blok dari rumah akak. Puas jugalah jika berjalan kaki. Pernah akak hendak menanyakan sesuatu dengan teman, akak mengajak Arwah Mak akak menemankan akak ke pondok talipon... Jalanlah kami dua beranak malam-malam..

Kenangan menggunakan perkhidmatan awam ini memang berbagai. Yang tak boleh tahan bila ada pasangan kekaseh yang bergayut lama tanpa memperdulikan orang lain yang menanti... Dahlah di tempat awam.. agak2lah... (Mentang2 masa tu masih sekolah menengah... mak pun ikut... Inesen lah...)

Kena tunggu lama... Ada yang benar2 memerlukan nak menggunakan talian talipon siap marah2.. tapi yang bergayut tu seakan tak boleh nak lepaskan buahhatinya di sebelah sana... Siap ada yang marah dan bahasakan... " Bawak baliklah Phone tu... cakap kat bilik.." Mamat/Minah yang bergayut tu boleh buat muka... 'Ada aku kesah????'

Memang waktu itu suasana sangat panas... Mau jadi perang jika tak sabar...

Tak sangkalah pulak sekarang setiap orang ada handphone memasing.. budak kecik pun dah ada... hahahahahaha Akak memang tak pernah terpikir kemungkinan akan ada kemudahan sebegini untuk berhubung. 

Sekarang jika tak boleh hubung hp, kita guna FB, FB Mesej, Skype, Viber, WhatsApp... tak akan pernah terputus....

Ayat yang selalu akak guna...

' Been There... Done That....'

ALHAMDULILLAH.

12 comments:

  1. Kenangan telefon awam kat kampung dedulu. Telefon tu ada no dan boleh terima call. Kalau ada sakit demam, hidup mati telefon tulah jadi pengantara. Pondok telefon tu depan rumah tok ayah so bila telefon bunyi semua pakat belari berebut nak angkat. Pondok telefon kaler oren bentuk bulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina..
      betul..
      ada setengah2 tempat, boleh guna untuk dihubungi semula..
      Ada yang nombornya dah tak nampak..

      Delete
  2. sungguh nostalgia...

    saya pun penah guna telefon awam. saya ingat lagi, taruk 10sen boleh cakap 3 minit. heheh.

    tapi paling bengang kalau taruk taruk duit sekali talipon tak boleh pakai! hmpfff!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB..
      hahahaha
      tension gak..
      kena bawak shiling bebanyak..(jika banyak nak citer...)
      pastu kena diri.. takleh baring2 macam kat umah sendiri...

      Delete
  3. kenangan yang indah....
    dulu2 pun dil penah guna telefon awam ni..masa umur 7/8 tahun kot...ingat lagi mase tu,dil kecik je..gagangnya tinggi,sudahnya abg dil jadi mangsa jadi bangku...hahahhaha...kenangan2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil..
      amboi..
      umur kecik lagi dah pandai main phone...

      Delete
  4. saya pun selalu gak berwassap ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CA..
      satu lg cara nak berhubung kan???

      Delete
  5. akak cerita teringatlah sy juga :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishy77..
      mana-mana yg merasa pakai phone ni, lebihkurang jer citernya kot...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata