Tuesday, January 15, 2013

499 ~ Bezanya jika Vit RRRR datang....



Kisah hari ini ialah kisah Orang Rajin..

Orang yang rajin akan berhenti di gerai jual Petai, turun kereta... then beli Petai.
Bila balik rumah dia akan mengikis kulit petai tersebut dengan segigih-gigihnya.. Biar pun tangannya melekit2 kena getah dari kikisan kulit petai... dia teruslah ber'tabah' tanpa jemu. sehingga habislah 4 papan petai... ( 4 papan jer pun.... bukan sampai seikat besar tu...)





Then,
Orang yang Rajin tersebut akan menggoreng ikan bilis seekor-demi seekor ..
juga tak lupa petai yang sudah dikikis dan di hiris...
( tak keluar lak gambar petai yg dah di kikis dan digoreng selepas dihiris... - saja panjang penerangannya seolah-olah satu kerja yg maha besar...)
Then petai dan campuran tersebut pun disambal keringkanlah...




Berbalik pula pada sebahagian dari petai yang dikikis tersebut, telah digunakan untuk dimasakkan dengan masak lemak cili api ikan sembilang dengan petai...

Perggghhhhh....
Inilah resepi arwah mak akak masa hayat beliau dulu.. Beliau masak dalam periuk tanah pulak tu..
Baunya... semerbak.. Rasanya Lazat...




Sambal petai dan ikan bilis..



Makan dengan nasi panas-panas...
kuah biar lebih...
ALHAMDULILLAH...
Syukur rezeki yang dikurniaNya petang ini..






26 comments:

  1. Akak,
    Mabelesss..kalu makan ni tak sah tak tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju..
      Mmg sgt mabeles..
      Sebab ada selera..
      Jika tak de selera...
      Tasteless...:(

      Delete
  2. kalau betul la ikan bilis tu digoreng sekor demi sekor, kompem sampai la ni la orang R tu tak dapat hapdet gelog dia ni. Kuikuikui!

    ReplyDelete
  3. Nyummm...nyummm..sodap tu kak aduh...nak!!!! (",)

    ReplyDelete
  4. Sampai nya hati ko Mah menayang gambo ni...laparrrr laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ezza...
      Maaf lah kak ezza
      Lauk mcm ni mmg membuka selera dan kegemran org kita....

      Delete
  5. Replies
    1. CA..
      Mmg sedappp CA
      Menjilat pinggan akak smlm...

      Delete
  6. Bertakung air liur duk membayangkan kesedapan lauk2 tu sume kak...adoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AI..
      Datin Biah kalau masak, lg terangkattttt

      Delete
    2. datin biah skang kt melaka...huhuhu

      Delete
    3. Hantar telegram..
      cakap anak nak makan sambal petai..
      berdesupppp datin biah balik..

      Delete
  7. Replies
    1. Salam kak nani...
      Yessssss...
      Selero kiter...

      Delete
  8. Saya rasa belum cukup rajin tu Kak. hahaha Patutnya, petai tu dibelah dua, kopek kulit putih dia baru tahap rajin teratas. Sila cuba sekali lagi. kahkahkahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie..
      Takat kopek keluar isi... Pejam mata jer boleh buat..
      Yg kikis ni yg plg azab nak buat....

      Delete
    2. Petai kikis dimakan dikunyah dengan kulit2nya, sedappp ohhhhh..

      Delete
    3. Betul kak nani...
      petai kikis memang sedap..
      getahnya dah takder...
      kena pula petai muda...

      Delete
  9. Waahhh...petai..terliurnya..seb baik x ngidam..kalo x..naya ar bigbos kena cari petai..dah ar kt doha ni payah nak jumpa..ada 1 kdai je..tp mahal la ya amat..sekilo qr63....huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadhs kayel..
      lama sungguh tak dengar kabar..
      last dengar u di Trengganu...

      Delete
    2. Hehe..kak..dah pindah doha..tp trengganu tetap d hati..

      Delete
    3. selamat merantau di negara orang..
      jauh perjalanan ..luas pengalaman....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata