Wednesday, January 23, 2013

505 ~ Makan dalam bilik jer....





Balik dari dialysis tengahari tadi.. memang teramat penat...
Lepas ambil Qeeb, terus berhenti depan 7 Eleven beli air Sarsi... Then makan dengan Curry puff yang akak suka tu... nak makan nasi macam tak lalu...

Nostalgia sungguh...

Masa kecik2 dulu akak memang akan simpan F&N Sarsi yang emak beli 2 pak untuk dihidangkan pada orang datang... kebanyakan air Sarsi akak punya... kekadang air Ice  Cream Soda pun akak punya.. Orange pun akak punya... Kesudahannya.. bagi hidang kat orang dah tinggal sikit jer...

Sebaik sedut air Sarsi dalam mulut.... terasa macam suasana raya waktu kecik dahulu... Kenangan hari raya.. Juadah raya... semua dapat di rasai... Besttt....
Rasa yang sama sejak dahulu jika di minum lagi sekarang akan kembalikan kenangan....




Balik rumah berehat sebentar dan Qeeb masak yang ini.. Memang mudah... Masukkan dalam Microwave jer.... memang dah sedia seandainya anak-anak lapar... mudah jer nak dipanaskan...
Bawak naik jugak.. makan dalam bilik...



Pastu suami pun balik...
Bawak balik Limau Mandarin...
Makan dalam bilik gak...






## Masa berbunga dulu bukan main lebat...
jika tempah lori.. mau lori kontena yang besar tu..
tapi kena tiup angin..
jadi tinggal sebijik dua..
( Malas nak tengok dah...)



Dah tinggal togel...
Nasib2..
Lori dah tempah...





6 comments:

  1. Sya suka bau air sarsi lenbut wangi
    hrmmm...akk ni buat sya nak cari air sarsi je besok!!(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya..
      Betul...
      Baunyer... Hmmmmmmmm

      Delete
  2. Salam hajah,
    Makan dalam bilik ye. Satu masa dulu, pengantin (Melaka) makan dalam bilik. Pasal air botol pula, di Melaka ada air botol 'Long Chan' yang dipopularkan semula. Rasanya tak se' gassy' macam air botol yang lain. Bila ke Melaka cubalah air botol 'Long Chan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Long chan mmg kegemaran kami adik beradik n anak beranak..
      Yg plg laris perasa ice cream soda..

      Delete
  3. Best jugak sekali sekala makan dalam bilik. Macam mem besor! hehehe memang mem besor pun, kan?

    Saya tak minat sangat Sarsi. Agaknya jemu. Masa kecik popular air Sarsapilaa (betoi ker ejaan nih) yang dalam botoi kecik hitam macam botol kicap tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dlm bilik mmg best..
      Habis makan.. Jeit jer minta anak ambil pinggan antar bawah...
      Akak mmg peminat sarsi no satu...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata