Friday, January 11, 2013

495 ~ Bezanya ketara...






Selalunya seperti biasa selesai dialysis dan ambil anak dari sekolah, akak akan singgah makan tengahari dimana-mana sahaja tempat yang dirasakan sedap masakannya.

Hari ini akak mencuba Food Court di EconSave. Nampak meja semuanya penuh, akak pun bertanya pada seorang pelanggan yang sedang menikmati makanan sendirian di meja yang berkerusi 4. Selepas bertanyakan samada boleh tumpang duduk. Dia  mengangguk dan akak pun duduklah. Melihatkan beliau begitu berselera mengadap makanannya, akak pun bertanyalah apa yang beliau pesan.

Dengan ramahnya beliau memberitahu, beliau hanya akan datang ke food court tersebut untuk menikmati Mee Bandung. Memang sejak lama beliau ke mari dan menikmati mee bandung. Tapi menurut beliau ada 'tricks'. Selalu beliau datang berempat dengan teman sekerja, mee bandung tersebut rasanya tidak begitu sedap. Andai beliau datang seorang dan mee bandung tersebut menjadi lebih sedap. Jadinya beliau bersendirian sahaja menikmati mee bandung tanpa teman-teman sekerjanya.

Akak yang selalunya memesan Mee Goreng atau Mee Hoon Tomyam terasa nak mencuba Mee Bandung yang di katakan sedap tu.

Tiba Mee Bandung, akak rasa.. memang sedap....

Hari ini akak mencuba memesan Mee Bandung 2 Mangkuk sebab anak akak juga suka Mee Bandung tersebut, dan benar seperti yang Pelanggan itu katakan... Mee Bandung jika di pesan lebih dari satu akan jadi tak sedap....

Hahahahaha...

Tak cuba tak caya.....


~LUEM~

10 comments:

  1. Salam Rahmah,

    Agaknya tukang masak dah 'kemut' bahan2 perencah. hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak nani...
      memang 'kemut' sangat....
      hari kedua dah takder daging...

      Delete
  2. Pelik nya?

    Apa kata, Akak pegi 3,4 orang pun, tapi duk meja asing-asing. Bila dah dapat mangkuk masing2 baru join dok semeja. Hahahaha best dah idea tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. azie...
      betul tu...
      duduk asing2..
      orderpun lambat2..
      tunggu A dapat mee bandung, baru B order.. then C order bila B dapat... then baru D order...
      alamatnya sampai 7hari 7 malam baru boleh makan...kikikikiki...
      jadi macam pelanggan tu... datang sensorang...

      Delete
  3. biasanya .. kalau tukang masak mee bandung kat kampung saya.. kalau 4 orang oder.. dia akan masak satu persatu.. kalau 10 orang oder.. 10 kali lah dia masak..
    saya saspek.. yang ni.. dia masak sekali untuk 4 orang ...sebab tu tak sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc..
      Bagus sikap tukang masak kat kampong tu.
      pentingkan kualiti...
      betul memang tukang masak ni masak sekali empat.. sebab kata pelanggan tu.. apa yang depa dapat tak sekata... ada dapat mee lebih.. ada dapat kuah lebih.. ada yang takder isi...

      Delete
  4. Akak,
    Memang kak biasanya kalu order lebih satu rsnya mcm kurang skit n kuantiti pun tak seberapa. Econsave mana ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju...
      Yes... tukang masak jimat tenaga dan kos kat situ...
      Econsave di Jalan Reko BBBangi. U pernah kesini?

      Delete
    2. Akak,
      Belum lagi.tapi macam nak pergi bila tgk mee bandung yg sungguh menyelerakan ni

      Delete
  5. we like mee bandung jugak. tapi i tak boleh datang sorang hehe
    bagus dan ramahnya share formula kesdapan.

    madora

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata