Thursday, January 31, 2013

507 ~ Kehidupan kami berubah sepenuhnya....





Genap 2 tahun bibik mebantu akak di rumah, 28hb Januari adalah hari terakhir beliau berkhidmat. Beliau telah membantu akak dengan cemerlang walaupun ada sedikit sedu dalam menunaikan tugasannya tapi mana ada yang sempurna... Kerosakan peralatan letrik, kerosakan baju kesayangan dengan clorox dan campuran warna dan pecah pinggan mangkuk cawan kesayangan kiranya biasalah tu.... tapi khidmat yang telah beliau curahkan memang banyak sekali membantu kami sekeluarga...

Kisah beliau menjadi bibik adalah kerana kesusahan hidup yang beliau hadapi. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Menumpang tinggal di tanah yang dipajak dan di bayar secara tahunan dengan jumlah yang sedikit, tanpa pendapatan yang tetap membuatkan bibik berazam datang ke Malaysia mencari rezeki. Lanjutan dari kakaknya pernah bekerja di Malaysia dan mendapat rezeki yang lumayan, beliau memujuk suaminya membenarkan beliau bekerja di Malaysia... Lama juga nak mendapatkan persetujuan suaminya. Setelah di berikan kebenaran untuk bekerja selama 2 tahun SAHAJA.. keizinan yang diperolehinya di gunakan sebaik-baiknya.

Dari awal beliau bertugas di rumah kami.. memang beliau bernekad untuk mencari rezeki yang halal demi merubah nasib keluarga... Suaminya hanyalah seorang nelayan yang menumpang bot kawan-kawannya dan upah yang di dapatinya tidaklah seberapa. Anak-anak bujangnya juga mengikut jejak suaminya bekerja di bot milik orang lain. Rezeki yang diterima bergantung pada upah yang diterima. Bibik berazam ingin mengumpul duit untuk membeli sebuah bot enjin untuk suami dan anak-anaknya ke laut. Rezeki yang di dapati akan lebih dari sekarang.

Oleh itu, sejak dari mula bekerja, bibik tidak pernah membelanjakan sesen pun wang gajinya mahupun menghantar pulang walau sedikit. Dia nekad, wang yang terkumpul adalah untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah dan membeli bot enjin.( Tidak pandai minta untuk dibelikan handphone seperti pembantu2 akak yang lain. Baru kerja sebulan dah minta dibelikan handphone... Tiapkali kita nak keluar rumah, dia akan pesan pula nak dibelikan kredit.)

Sebaik bibik yang ini telah tiada... kami anak beranak bernekad tidak mahu lagi menggunakan khidmat pembantu rumah. Rasanya cukuplah selama dekat 20tahun kami menggunakan khidmat pembantu rumah yangmana kami tolerate dengan berbagai-bagai kerenah mereka. Ada yang begini.. ada yang begitu... tapi sebabkan anak masih kecil2 kami sabarkan sahaja. Terima sahaja orang asing duduk sekali dengan kami... Tapi bila anak2 dah semakin besar dan banyak membantu, akak terasa sudah memadai setakat ini kami menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing.

Anak-anak dah tahu tugas masing-masing. Zahrah bertanggungjawap darisegi membantu memasak dan  menjaga kebajikan adiknya. Qeeb waktu tidak bersekolah akan membantu menguruskan pakaian dan kebersihan rumah. Ain memang khas menjaga kucing... Kiranya waktu ini akak nampak kelebihan mempunyai ramai anak perempuan. Waktu kami masih mempunyai bibik, mereka seolah2 tak tahu apa.. tapi terkejut juga akak  selepas bibik pulang, Zahrah dah mengemop seluruh rumah sebaik lepas solat subuh. Ain pun selepas solat subuh terus mengurskan kandang kucing dan membersihkan hal2 mengenai kucing... Qeeb pula mengambil tugas membasuh pakaian, menjemur, melipat dan masukkan dalam almari2 kami semua.

Memang terasa tugas dan tanggungjawap kami semua menjadi bertambah tapi nampaknya kami lebih gembira tanpa perlu menghadapi kerenah dan bergantung hidup dengan pembantu rumah.

##### 
Tapi ada satu perkara yang akak amat pening memikirkannya bila bibik dah pulang..
Siapa yang nak petik mangga kami yang berekar2 tu sebab hanya bibik sahaja yang pandai menggunakan alat pengait ciptaannya sendiri... Aduh... kena buka iklan jawatan pemetik manggalah cenggini...


Semuga semangat kami akan terus utuh dan bersedia menghadapi segala tugas dengan baiknya. In Syaa ALLAH....



Sunday, January 27, 2013

506 ~ Hari Keluarga Jabatan Kardiologi...


Sepatutnya di adakan pada tahun 2012.. tapi sebabkan banyak rintangan.. makanya di adakan hari ini. Kebetulan sepatutnya hari ini kami kena pulang ke Melaka kerana majlis perkahwinan anak kakak sepupu.. tapi demi tugas... terpaksa tinggalkan majlis dan hadiri majlis Family Day. Apa citer jika Family Day.. akak tak da... kan? Ahaks....




Sekeluarga...


Waktu tiba.. 
Banyak perubahan di sini. 18 tahun lepas akak ada juga datang kemari. Waktu itu Sunway Pyamid belum ada. hadapan ini masih tanah kosong/lapang untuk di jadikan ruang letak kereta... Sekarang dah ada bangunan Shopping Mall...



Package yang termasuk ialah lunch untuk semua.. 
Pilihan yang ada Nasi Ayam, Nasi Beriyani, Ayam goreng Marrybrown..




Selesai waktu bermain air di dalam Sunway Lagoon.. kami beralih ke Sunway Pyramid.
Menanti waktu solat Maghrib sempat merayap sebentar. Memang banyak kedai yang tiada di Shopping Mall yang lain..

Tempat solatnya sangat bersih dan besar..




Selesai solat kami pergi dinner.
Bubba Gump
Hakmilik Forest Gump..
Nampak kerusi yang Forrest Gump pernah duduk dan letak beg baju..




Menu..



Spagetthi meat ball




Shrimp pelbagai rasa hidangan..
Ada bersalut kelapa
ada yang di goreng dengan butter dan garlic..




Yang bersalut kelapa parut..




Ribs..
Akak cepat muak..




Untuk hilang muak kena minum
Lemonade berperisa Raspberry..




Yang ini menarik..
bila letakkan tanda merah,
pelayan akan datang bertanya apa yang kita perlukan..
ditempat lain disediakan loceng untuk di picit jika mahu panggil pelayan..




Tanda tak perlukan pelayan..




Si Meja pun di cetak nama Bubba Gump..

Untuk lainkali jika ke sini akak akan mencuba menu yang berbeza..

Bolehlah nak makan..
tidaklah teringin nak cuba lagi...
jika 6 bulan sekali nak datang, okay gak..



Wednesday, January 23, 2013

505 ~ Makan dalam bilik jer....





Balik dari dialysis tengahari tadi.. memang teramat penat...
Lepas ambil Qeeb, terus berhenti depan 7 Eleven beli air Sarsi... Then makan dengan Curry puff yang akak suka tu... nak makan nasi macam tak lalu...

Nostalgia sungguh...

Masa kecik2 dulu akak memang akan simpan F&N Sarsi yang emak beli 2 pak untuk dihidangkan pada orang datang... kebanyakan air Sarsi akak punya... kekadang air Ice  Cream Soda pun akak punya.. Orange pun akak punya... Kesudahannya.. bagi hidang kat orang dah tinggal sikit jer...

Sebaik sedut air Sarsi dalam mulut.... terasa macam suasana raya waktu kecik dahulu... Kenangan hari raya.. Juadah raya... semua dapat di rasai... Besttt....
Rasa yang sama sejak dahulu jika di minum lagi sekarang akan kembalikan kenangan....




Balik rumah berehat sebentar dan Qeeb masak yang ini.. Memang mudah... Masukkan dalam Microwave jer.... memang dah sedia seandainya anak-anak lapar... mudah jer nak dipanaskan...
Bawak naik jugak.. makan dalam bilik...



Pastu suami pun balik...
Bawak balik Limau Mandarin...
Makan dalam bilik gak...






## Masa berbunga dulu bukan main lebat...
jika tempah lori.. mau lori kontena yang besar tu..
tapi kena tiup angin..
jadi tinggal sebijik dua..
( Malas nak tengok dah...)



Dah tinggal togel...
Nasib2..
Lori dah tempah...





Tuesday, January 22, 2013

504 ~ Hangin...



Akak memang tak boleh jumpa orang jual Dukong. Mesti beli.. JIka beli pun, akak sorang jer yang makan kat umah tu... Selalu beli makan setakat yang daya jer.. paling-paling sekali hadap 5 butir.. pastu berhenti... tapi beli selalu sekilo.. Akhirnya ianya jadi hitam dan membusuk... masuk tong sampah..




Ciku pun akak suka..
tapi yang dah siap kopek dan dah sejuk dalam peti sejuk..
nak kopeklah tu yang malas....
nak makan jer...




Nangka ni Nek Mon antar sebijik besar semalam..
Puas mikir nak bagi saper lagi..
Manisnya.. ALHAMDULILLAH..
Kadang2 akak beli jugak yang jual dah siap kopek tepi jalan di BBBangi ni..
selalu hampa sebab tak manis.. nampak jer kuning jingga..
yang ini..
tak kuning sangat.. tapi manisnya menyengat...
tapi..
itu ler..
tak tahan dah tue  tak berapa nak muda ni..
makan petang, malam perut rasa semacam..
tapi tekak suka..




##
Nak bagi tau jugak..
Pokok Belimbing Nan Sebatang depan rumah tu dah berbunga semula..
Adalah dalam Sebijik selori jugak...




Monday, January 21, 2013

503 ~ Teringatlah pulak...


Teringat waktu sekolah dahulu...
Sekitar tahun awal 80 an..

Akak memasuki Persatuan Bulan Sabit Merah dan dilantik menjadi Pengerusi  Persatuan Bulan Sabit Merah...(Dah lupa nama yang diberikan... tapi diberikan pangkat iaitu berpangkat Sarjan..)

Bila dah bercampur dengan sekolah lain, makanya akak dah mula mempunyai teman dari sekolah yang berlainan. Kami bertukar nombor talipon tapi malangnya rumah akak tiada perkhidmatan talian talipon. Waktu tahun 80an, untuk mendapatkan line baru.. memang mengambil masa... walaupun ada jiran yang berkerja dengan syarikat Telekom dan membantu menguruskan 'masuk line' baru di kawasan rumah akak, ia tetaplah mengambil masa yang agak lama. Untuk berhubung dengan teman baru, akak sering ke pondok talipon.

Pondok talipon yang terdekat dengan rumah akak, kira-kira tiga blok dari rumah akak. Puas jugalah jika berjalan kaki. Pernah akak hendak menanyakan sesuatu dengan teman, akak mengajak Arwah Mak akak menemankan akak ke pondok talipon... Jalanlah kami dua beranak malam-malam..

Kenangan menggunakan perkhidmatan awam ini memang berbagai. Yang tak boleh tahan bila ada pasangan kekaseh yang bergayut lama tanpa memperdulikan orang lain yang menanti... Dahlah di tempat awam.. agak2lah... (Mentang2 masa tu masih sekolah menengah... mak pun ikut... Inesen lah...)

Kena tunggu lama... Ada yang benar2 memerlukan nak menggunakan talian talipon siap marah2.. tapi yang bergayut tu seakan tak boleh nak lepaskan buahhatinya di sebelah sana... Siap ada yang marah dan bahasakan... " Bawak baliklah Phone tu... cakap kat bilik.." Mamat/Minah yang bergayut tu boleh buat muka... 'Ada aku kesah????'

Memang waktu itu suasana sangat panas... Mau jadi perang jika tak sabar...

Tak sangkalah pulak sekarang setiap orang ada handphone memasing.. budak kecik pun dah ada... hahahahahaha Akak memang tak pernah terpikir kemungkinan akan ada kemudahan sebegini untuk berhubung. 

Sekarang jika tak boleh hubung hp, kita guna FB, FB Mesej, Skype, Viber, WhatsApp... tak akan pernah terputus....

Ayat yang selalu akak guna...

' Been There... Done That....'

ALHAMDULILLAH.

Saturday, January 19, 2013

502 ~ Taugeh dan Ikan bilis.... Dulu dan Sekarang....






Masa kecik2 dulu.. Bila mak minta tolong kopek ikan bilis, itu buatkan akak rasa nak bungkus kain baju dan lari dari rumah...
Sungguh... Kerja mengopek ikan bilis dan membuang ekor taugeh adalah dua kerja yang amat menyiksakan jiwa raga akak waktu itu.

Mahu rasanya akak mengamuk bawak parang minta tutup kedai jual ikan bilis kat Chokit Road rasanya waktu kena 'dera' kopek ikan bilis... Walhalnya ikan bilis jer pun.. Tidaklah teruk mana pun...
Tapi...
Penyiksaan kena panggil waktu sedang leka bermain dgn kenkawan kat luar rumah tu lebihlah terasa amat menghiris lebih2 lagi sewaktu peninggalan kita, kenkawan kita dah main games baru....
Tengok anak dara akak yg berkurung dalam rumah sahaja tak pandai keluar cari kawan ada rasa lega dan ada rasa mereka tidak merasa keseronokan bermain di luar rumah dengan kenkawan. Tak merasa menunjuk permainan masak-masak yang baru, kad games yang baru, pistol baru dan anak patung baru....

Berbalik pada cerita mengenai ikan bilis dan taugeh..

Entah mengapa pulak sekarang ni akak bila beli ikan bilis, tidak suka beli yang dah siap kopek.. sebab yang siap kopek tu bukan sedap mana pun.. putih bersih tapi bila goreng tak garing. Lain pula jika beli ikan bilis belum kopek yang datang dari Pulau Pangkor. Dahlah garing dan rasanya lebih sedap... Macamana pun akak akan cari yang belum berkopek dan akan kopek sendiri dirumah.

Jika kopek pun, akak akan kopek betul-betul. Tidak tipu2 macam masa kecik dulu. Jika dulu akak bukan kopek, akak siat jer perut ikan bilis yang hitam tu sebab kerja akan menjadi lebih senang jika buat begitu. Sekarang akak belah betul2, keluarkan perut ikan... kadang2 tulang2 ikan bilis tersebut pun akak buang sekali.. jadi bersih sangat...

Kenang kembali waktu akak kecik dulu kena dera  suruh kopek ikan bilis dengan waktu sekarang dah jadi tukang masak sendiri... memang beza. Sanggup kopek ikan bilis... waima masak sayur pun sayur taugeh.. memang lauk kegemaran. Jika dulu bila mak minta buang ekor taugeh, selalunya terjadi taugeh yang dibeli sekati, bila akak yang kena buang ekor, separuh masuk tong sampah. Padanlah mak selalu tak puas hati bila hasilnya jadi sikit...

Sekarang, akak punya sayur faberet ialah Taugeh. Macam tak percaya pula lah.. dan bila dah masuk sayur taugeh goreng dengan udang dan kucai... akak suka makan dengan sambal ikan bilis goreng kering2....
Mabeles....

Thursday, January 17, 2013

501 ~ Rupa-rupanya...





Seperti biasa anak dara ni memang tidur sekali dengan kami..
bila akak selimutkan dia, dia akan keluarkan kakinya dari selimut...
selalu dibuatnya begitu walaupun waktu itu dia sedang lena tidur...

Malam tadi, akak lansung tak bukak selimut..
Baru nak landing kepala, dia berbunyi....

Aisyah : Ibu, kenapa tak bukak selimut?

Ibu : Aisyah bukan pakai selimut pun....

Aisyah : Nanti saya Hachim-hachim  (bersin) kat  dalam kelas nanti...

Ibu : Tau pun sejuk... kenapa malam2 selalu bukak selimut?

Aisyah : Bila ada saya tak pakai, bila takda saya nak pakai....

Iyerlah tu... bila selimut bukak semula....



Wednesday, January 16, 2013

500 ~ Teman dan Sahabat...






Sewaktu sedang memandu lewat gerai makanan di Seksyen 3, BBBangi.. ternampak kelibat sahabat ini sedang membeli makanan. Akak memperlahankan kereta dan anak beliau Hakim ternampak akak. Akak menunjuk pada ibunya.

Akak berhenti di tepi jalan, turun dan terus dapatkan beliau. Kami kenal dah lama. Kami tinggal di Seksyen yang berdekatan tapi atas kesibukan masing-masing kami jarang bertemu. Jika bertemu pun andai berseliseh kereta di jalanan. Sekadar melambai... Tapi kebelakangan ini kami jarang bertemu dan jarang berseliseh jalan.. hinggalah ke hari ini.

Tadi, akak mengambil inisiatif untuk berhenti dan bertemu. Tak boleh tidak mesti dapatkan dia,. Rupanya beliau menyimpan rasa dihati menyangkakan akak ada berkecil hati dengan beliau sehinggakan dah tukar nombor pun tidak memberitahu beliau nombor akak yang baru... Aduhai... tak sangka pula begitu rasanya.

Dan yang paling akak tak boleh tahan, awal2 akak menghilang tak boleh dihubungi (sekitar tahun lepas) dia terasa dihati kenapa akak dah tak boleh dihubungi... Sudah.....kah? Dan dia sering berdoa agar 'pemergian' akak itu adalah pemergian yang mudah.. Terharu kan? Bila ada orang mendoakan kita sampai begitu sekali.. Akak pula tidak lansung merasa yang dia kecil hati sewaktu kami tidak berhubung. Pada akak biasalah.. bila jumpa- kita jumpa... bila tak jumpa... saya tahu awak ada...

Panjang juga cerita kami tengahari tadi. Kami bukan teman masa kecil, kami bukan teman sekerja, kami bukan teman satu sekolah.... kami berkenalan atas dasar anak kami satu kelas. Dan akak pula mengenali beliau kerana beliau sudi buatkan akak currypuff beliau yang sangat sedap tu. Then kami bertemu sekali sekala. Waktu hari raya akak kerumahnya dan dia kerumah akak. Sehinggalah akak menukar nombor talipon akak.

Yang paling akak terharu, dia sering mengingati dan mendoakan kesejahteraan akak.. Memang indah punya sahabat yang sebegitu... Kami bertukar nombor talipon dan akak berjanji tidak akan terputus hubungan macam setahun dua kebelakangan ini.

## Kebetulan sebaik akak menukar nombor talipon handphone, akak turut menukar nombor talipon rumah... lagilah payah kawan tu nak berhubung. Yang bestnya... kami tak mencari sampai kerumah pulak... hahahahahah seganlah tu... ***Budaya kita tak kerumah teman jika tidak diundang terlebih dahulu.... akak pun jenis tak menerjah suka2 kerumah teman...


- Masih ingat waktu pertama kali akak memberitahunya akak sakit buahpinggang dan tidak dapat menyertai kelas tadarus yang sepatutnya akak sama-sama hadiri. Terus beliau meminta teman2 mengaji mendoakan kesejahteraan dan semuga akak cepat sembuh waktu itu. Alhamdulillah.. berkat doa tersebut, banyak masalah kesihatan akak di permudahkan.

Tuesday, January 15, 2013

499 ~ Bezanya jika Vit RRRR datang....



Kisah hari ini ialah kisah Orang Rajin..

Orang yang rajin akan berhenti di gerai jual Petai, turun kereta... then beli Petai.
Bila balik rumah dia akan mengikis kulit petai tersebut dengan segigih-gigihnya.. Biar pun tangannya melekit2 kena getah dari kikisan kulit petai... dia teruslah ber'tabah' tanpa jemu. sehingga habislah 4 papan petai... ( 4 papan jer pun.... bukan sampai seikat besar tu...)





Then,
Orang yang Rajin tersebut akan menggoreng ikan bilis seekor-demi seekor ..
juga tak lupa petai yang sudah dikikis dan di hiris...
( tak keluar lak gambar petai yg dah di kikis dan digoreng selepas dihiris... - saja panjang penerangannya seolah-olah satu kerja yg maha besar...)
Then petai dan campuran tersebut pun disambal keringkanlah...




Berbalik pula pada sebahagian dari petai yang dikikis tersebut, telah digunakan untuk dimasakkan dengan masak lemak cili api ikan sembilang dengan petai...

Perggghhhhh....
Inilah resepi arwah mak akak masa hayat beliau dulu.. Beliau masak dalam periuk tanah pulak tu..
Baunya... semerbak.. Rasanya Lazat...




Sambal petai dan ikan bilis..



Makan dengan nasi panas-panas...
kuah biar lebih...
ALHAMDULILLAH...
Syukur rezeki yang dikurniaNya petang ini..






498 ~ Orang M...



Mood nak masak memang hilang ke laut semalam..
Lunch pergi makan sedap punya kat MTDC dalam UPM... Pinggan habis licin.. balik kekenyangan...

Bila pikir nak masak apa untuk umat dirumah... hmmmmmmmm
yang paling mudah..

Basuh ayam...
Tumbuk bawang, bawang putih, halia, serai...
Campur dengan sos tiram, lada sulah.. sos tomato...garam...
Perap dalam 3 jam...
Then masukkan dalam aluminium foil...
Lipat/Kelim tepi.... 
Masuk dalam Oven... 200C selama 1 jam...

Sempat solat maghrib dan solat isyak lagi..

Keluarkan dari oven..
Bukak foil... semerbak bau ayam...
Lembut ayamnya......
Makan dengan roti bakar atau nasi....






Maka selesai kisah lauk orang Malas.

Sunday, January 13, 2013

497 ~ Rindu...








Pernah tak sesiapa yang merasa rindu pada seseorang hanya dengan terbau sesuatu yang pernah digunakan oleh seseorang itu...
Misalnya pewangi... Elle dari YSL.. Flower dari KENZO.. Omnia dari BVLGARI..

Tapi
Akak akan terkenang kenangan sewaktu akak kecik bila terbau bedak Cuticura dan bedak Yardley...
Arwah emak memang selalu akan memakaikan akak dengan bedak cuticura manakala pilihan akak sendiri bila membeli bedak ialah bau Lavender pada bedak Yardley.

Sekarang bila2 terasa rindu, akak akan beli bedak cuticura untuk mendapatkan 'feels' ketika waktu kecil dulu..
Rindu pada arwah emak pun iya juga...




Kiranya bau juga memainkan peranan bila kita rindukan seseorang...


~LUEM~

Saturday, January 12, 2013

496 ~ Sarapan atas bukit...




Jika bukan kerana perhimpunan yang akan diadakan hari ini.. memang kami dah berdesupppppp subuh sepi'ee ke Kg Baru... tapi segala urusan di luar BBBangi adalah di hentikan buat hari ini...

Suami mencadangkan kami bersarapan di atas bukit.. memang selalu kami ingin ulang kembali ke sini tapi masa tidak membenarkan. Jika selalunya hari cuti bangun dah terlambat dan hari kerja, memang tak sempat...

Cari jalan yang mudah untuk ke sini melalui Seksyen 8 BBBangi. Masuk ke dalam Kg Sungai Ramal Dalam, ambil simpang ke kiri Jalan Mesjid... terus masuk hingga naik ke atas bukit... Tarrrrraaaaa jumpa bukit dan kedai makan yang tersohor.

Terkejut jugak akak bila lihatkan kebanyakan meja makan telah penuh. Awal2 lagi dah ramai orang. Padanlah dahulunya akak perhatikan banyak kereta yang parking hingga ke bawah bukit tepi jalan besar...





Di bawah bukit sana ada disediakan tempat letak kereta. Tapi penuh juga...




Akak perhatikan service yang cepat dan cekap.. makanan yang dihantar dalam kadar segera membuatkan ramai pelanggan memilih untuk bersarapan di sini. Pelanggan tidak menunggu terlalu lama... Pekerjanya ramai dan tukang tebar roti canai pun ada 3 orang.




Ambil curi2 takut pelanggan kurang senang bila sedar mereka dijadikan bahan dalam blog seseorang..




Pagi ini akak memilih Nasi Lemak sambal sotong.




Suami memilih roti canai.
Sedap, garing dan nipis...



Kuah Kari kambing dengan isi kambing.




Betul2 di belakang kedai makan..
Suasana yang redup dengan pokok2...
Ada pokok rambutan.. pokok kelo.. Mangga... Memang suasana idaman akak..




Boleh jadi 'port' minum pagi kami andai tidak ke Kg Baru....
Suasana kedai minum seperti dalam kampung...




~LUEM~

Friday, January 11, 2013

495 ~ Bezanya ketara...






Selalunya seperti biasa selesai dialysis dan ambil anak dari sekolah, akak akan singgah makan tengahari dimana-mana sahaja tempat yang dirasakan sedap masakannya.

Hari ini akak mencuba Food Court di EconSave. Nampak meja semuanya penuh, akak pun bertanya pada seorang pelanggan yang sedang menikmati makanan sendirian di meja yang berkerusi 4. Selepas bertanyakan samada boleh tumpang duduk. Dia  mengangguk dan akak pun duduklah. Melihatkan beliau begitu berselera mengadap makanannya, akak pun bertanyalah apa yang beliau pesan.

Dengan ramahnya beliau memberitahu, beliau hanya akan datang ke food court tersebut untuk menikmati Mee Bandung. Memang sejak lama beliau ke mari dan menikmati mee bandung. Tapi menurut beliau ada 'tricks'. Selalu beliau datang berempat dengan teman sekerja, mee bandung tersebut rasanya tidak begitu sedap. Andai beliau datang seorang dan mee bandung tersebut menjadi lebih sedap. Jadinya beliau bersendirian sahaja menikmati mee bandung tanpa teman-teman sekerjanya.

Akak yang selalunya memesan Mee Goreng atau Mee Hoon Tomyam terasa nak mencuba Mee Bandung yang di katakan sedap tu.

Tiba Mee Bandung, akak rasa.. memang sedap....

Hari ini akak mencuba memesan Mee Bandung 2 Mangkuk sebab anak akak juga suka Mee Bandung tersebut, dan benar seperti yang Pelanggan itu katakan... Mee Bandung jika di pesan lebih dari satu akan jadi tak sedap....

Hahahahaha...

Tak cuba tak caya.....


~LUEM~

Thursday, January 10, 2013

494 ~ Sebab dulu tak boleh Gugel....






Pertama kali akak berjumpa dengan buah ini..(Avocado) ialah sewaktu usia akak belasan tahun lagi. Waktu itu Pasar Seni (Central Market) adalah merupakan Pasar Besar Kuala Lumpur. Adakalanya akak suka ke sana mencari buah-buahan mahupun udang, ikan yang biasanya tiada di Pasar Chow Kit.

Sebaik ternampak buah ini di gerai jualan buah-buahan akak tertarik dengan rupa kulitnya berkilat dan ada warna merah kehijauan. Fikir akak lagi jika kulitnya merah dan kehitaman, buah ini tentunya lagi manis...

(Janganlah ketawa... kita baru 1st time nampak... kita cuma pandai assumed... Kesian betullah kat kita.. masa tu bukan ada internet boleh gugel-gugel nak tau details...) 
Maka bila ditanya, harganya dekat RM5 sebiji. Okay.. ambil 4 biji..

Tidaklah bertanya apa nama buahnya.. nak makan macam mana... Sebab nampak kulit jer dah berkilat dan merah kehitaman dah cukup menggambarkan bagaimana manis dan juicy buahnya...

Setibanya dirumah... teruslah kopek... E'ehhh mudahnya nak kopek.. maksudnya kulitnya mudah tanggal dari kulit...
Nampak gebu semacam.... Sure rasanya manis-manis lemak... tak sabar nak makan...

Masuk jer mulut.. Ya ALLAH!!!! Apa rasa ni? Rasa MaUnG... Rasa PeLiK... Tak tahu nak gambar rasanya sebab otak dah di setkan rasa buah yg bakal masuk mulut itu ianya Manis-manis Lemak.... Hai yo...!!! Ada 3biji lagi nak makan oooooooo...

Tak mati akal lagi ni..
Panggil anak sedara yang 3 orang tu. Siap kopekkan.. hidang kat depa...
" Buah apa ni Achik????"
Depa pun pakat heran....Depa pun tak lalu.... akak pun masuk pelastik buang dalam bakul sampah....

Puas Hati.

Sejak hari tu memang jika ternampak buah Avocado, dah tak tergoda sikitpun... Rasa sebak pun ada RM20hinggit terbang..

Bila ada restoren makanan Indon di Malaysia.. kita dah diperkenalkan dengan AlPokat... barulah tahu kegunaannya buah tersebut dan campuran yang dapat menyedapkannya...


493 ~ Sayangnya.....



Ladang pisang belakang rumah yang berekar-ekar tu dah membuahkan hasil... Sebenarnya akak pun tak tahu bila masanya pula pisang ni tumbuh... Akak menanam pisang tanduk... tak menjadi.. tapi pisang ni pula yang tumbuh rimbun dan sihat... sehinggalah berbuah.

Nampak pada buahnya memang sangat lebat... puas juga ..





Tapi..
bila di tebang dan di ambil...
Alamak..
Apa sal ni?(Fav words Aisyah)
Banyaknya biji..
tak boleh nak makan




Tumbuh segar dan rimbun pulak tu...
Yang kita mahu... tak dapat... yang kita tak mahu dapat...
Lumrah kehidupan.....