Sunday, January 29, 2012

274 ~ Alhamdulillah... Gotong Royong merapatkan kami selama 6 tahun tidak mengenali satu sama lain...



Sudah berkali-kali Pengerusi dan AJK taman perumahan rumah akak buat gotong royong, tapi kadang2 sebab-sebab kesihatan dan balik kampong... akak tidak dapat turut serta... pagi ini Ustazah Ina mengajak sama-sama berkumpul di padang permainan, akak turut serta. Mulanya memang rasa nak rehat jer kat rumah... dah Ina yang beria-ia mengajak... akak pun ikut juga. Rasanya setakat nak tunjuk muka sahaja...

Tiba di padang kelihatan dah ramai kaum ibu turut serta menolong sama. Meriah nampaknya. Siap dengan sarapan yang di sediakan... memang sangat baik program ini.

Kelihatan Maslina dan Kak Yati dan jiran berbangsa india.



Gotong royong sudah dimulakan awal sebelum akak tiba.. Banyak kerja dah selesai dilakukan.







Aduh.... beratnya kayu yang hendak dimasukkan kedalam lori..




Dua sahabat yang sama-sama pernah koma di CCU dan ICU...
Alhamdulillah... siapa sangka dapat bertemu lagi...




Kak Yati..
ada cerita paling menarik antara akak dan dia...
hahahahaha....




Ustazah Ina juga sangat rajin membersihkan kawasan.




Sempat posing lagi..



Tak kenal... tak mesra...




Photographer yang gigih mengambil gambar untuk laporan..




Dua jiran yang mempunyai nama yang sama...
Biras akak juga tinggal di taman yang sama...




Alhamdulillah...
berkumpul sama-sama memang banyak faedahnya...

6 comments:

  1. IM pun dah lama tak join gotong royong. disamping menyihatkan badan juga mengeratkan persaudaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      betul..
      persaudaraan yg dah lama patut terjalin.. dah mula nampak kemesraan...

      Delete
  2. Hajah Rahmah.
    Bagus ada aktiviti gotong royong, mengeratkan lagi silaturahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hajah Nora...
      memang sangat setuju dengan bertemu dalam aktiviti gotong royong... dapat mengeratkan silaturrahim. Jika tidak tu, sendiri-sendiri.. masuk rumah dah tak keluar2 dah.. macamana nak kenal.

      Delete
  3. selain mengeratkan silaturrahim...kebersihan juga terjaga.

    best jugak kalau buat aktiviti cenggini utk reunion kan?

    ReplyDelete
  4. gB...
    hahahahaha...
    jom bersihkan rumah akak...
    hahahahaha....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata