Nak cerita jugaklah....
dah berumur-umur macamni bila nak kena menguruskan anak tahun 1... memang banyak guna tenaga. Beza dengan 12 tahun lepas. Muda lagi... Bersemangat nak hantar anak sekolah... Tapi... hantar tetaplah kena hantar. Dan Alhamdulillah... diberi Allah seorang pembantu yang cekap dapat membantu.
Anak sulong, Zahrah sedang menanti keputusan SPM memberikan kerjasama yang sangat baik. Bantuannya sangat akak perlukan sewaktu hari isnin, rabu dan jumaat semasa akak dialysis.
Dia juga nampaknya seronok diberikan tanggungjawap menjaga kebajikan adiknya. Menanti adiknya di sekolah sewaktu bas sekolah menghantar adiknya depan pintu sekolah. Abahnya menghantar Zahrah dahulu ke sekolah menantikan kedatangan Aisyah dengan bas sekolah. Aisyah di bawa terus ke kelas untuk meletakkan beg dan terus ke kantin menantikan loceng. Kemudian Aisyah di bawa ke foyer untuk perhimpunan beramai-ramai.
Waktu rehat, Zahrah belikan kuih dahulu untuk adiknya. Ambil tempat duduk dan menantikan adiknya keluar rehat. Selesai semuanya kami pun pulang..
Walau pun dibantu... tapi penat tetaplah penat... maybe sebab umurpun tak berapa nak muda..
Gambar ni sewaktu hari suaikenal...akak dapat duduk dalam kelas di belakang Aisyah.
Besarkan budak ni??
Psssttt... paling chubby dalam kelas...
yang lainnya kecik halus jer...
Muka serius sewaktu nak mula makan.
Agaknya sedang pening tengok ramai kanak2 lain yg sedang beratur membeli makanan berbeza dengan waktu dia di tadika.
Bila malam, mata memang tak boleh nak paksa buka dah. Penat dan lepak sangat.
Begitulah nanti hingga hujung minggu ni.
Aduhai.....
baru tahu sekolah sekarang dah takde papan hitam... semua sekolah macam tu ke?
ReplyDeleteselamat menempuh alam persekolah ye si comel....
ReplyDeletemasa saya tunggu result spm pun saya tlg uruskan adik-adik juga. hantar gi sekolah. siapkan breakfast. huhuhu~
ReplyDeleteselamat bersekolah aisyah..(nampak muka aisyah penat..smoga dia semakin bersemangat..)
ReplyDeletep/s:senang makcik ada zahrah yg boleh membantu dan meringankan...teringt dil masa dulu..pun camtu...hehehee....
saya biarkan aje izzati duduk dalam kelas..beli makanan sendiri..
ReplyDeletesaya nyorok balik tiang..
KOG..
ReplyDeleteAkak pun baru tahu..
U cakap barulah akak memandang gambar betul2
Walhalnya dah masuk kelas ari tu...
Knowing me.... Always meng Andeh kan diri...
Sya..
ReplyDeleteTerima kaseh...
gB..
ReplyDeleteMewakili ibu gB..
Bahagia punya anak sulong yg bertanggung jawap....
Alhamdulillah...
Dil...
ReplyDeleteMmg dia terasa sgt penat..
Terima kasih dil..
Ibu dil mmg beruntung punya anak yg membantu...
Doktor..
ReplyDeleteKami fail bab itu..
Nampak barisan beratur panjang, kami belikan awal2
Aisyah mintak nak beli sendiri ...
Hari ni, nak biarkan dia beli...
aisyah bongsu, ibu maseh nak rasa dia baby, sebab tu belikan. nanti saya dengan yg bongsu pun gitu jugak.
ReplyDeletemadora..
ReplyDeleteitulah pasal...
sampai dia beranak pinak nanti pun ibu dia masih anggap dia baby ibu jugak kot..
Nauzubillah... siksa hidupnya nanti...