Kisah Semalam
Aisyah selamat naik bas pulang dari sekolah... abahnya masih menanti di sekolah sehingga Aisyah selamat naik bas. Tiba depan rumah, nak masuk rumah.. lihat pintu pagar berkunci. Pintu rumah pun berkunci... Aisyah bunyikan loceng rumah. Tidaklah dia tahu loceng rumah dah tak berbunyi. Menangislah Aisyah depan pintu pagar. Abahnya tiba, abahnya bukakan pintu. Barulah dapat masuk rumah.
Mengadu pada kakak-kakaknya. Tiap seorang kakaknya bertanya, dia akan berhenti menangis dan menerangkan apa yang berlaku... datang pula kakak lagi seorang bertanya, dia berhenti menangis dan menerangkan... lepas tu sambung menangis...
Bayangkan... dapat balik rumah setelah berada di sekolah selama setengah hari... tiba-tiba tak dapat pulak masuk ke rumah... Mau tak menjerit...
Kisah hari ini
Rasanya macam dah penat nak tunggu. Tapi dah namanya ibu... dan yang satu pihak tu namanya anak... lepas dialysis dan lepas ambil Qeeb, kami terus ke sekolah Aisyah. Menunggu dekat sejam sebab tak pasti bas sekolah datang ambil pukul berapa sebab hari ni hari jumaat. Masuk pukul 230 petang. Akhirnya pukul 210 petang barulah bas datang ambil di rumah dan dekat pukul 230 ptg barulah Aisyah tiba di sekolah.
Rehat tetaplah datang juga. Rasa macam tak yakin pula dia boleh berdikari. Pergi juga dengan kakak Zahrahnya.
Sempat nampak waktu Aisyah keluar kelas waktu rehat tadi.
Akak paksa dia beli kuih sendiri.
Dia masih kaku..
Siap ajar dialog..
" Saya nak beli kuih ini satu.. berapa harganya?"
Kakaknya dah belikan air dan nasi goreng terlebih dahulu..
Akhirnya Aisyah makan nasi goreng.
Rasanya minggu depan dah tak payah kot...
- dalam hati macam tak setuju jer...
Selamat Bersekolah Aisyah.Nampak mcm anak saya yang bongsu.Berdikari...confident .Susuk tubuh pun seakan akan.Rindu zaman itu.Aisyah jadi ketua kelas agaknya.
ReplyDeleteSalam Rahmah,
ReplyDeleteWah! dah besar anak bungsu mak yea? heheheheh
Moga Aisyah dpt menyesuaikan diri dlm alam persekolahan nya dlm masa yg singkat..
Memang kena sabar banyak, bila anak melalui pengalaman baru di sekolah.
ReplyDeleteAisyah saya dulu, seminggu ayah dia tunggu kat sekolah. Saya, memang tak bagi muka. Langsung saya tak pi tengok... Nanti saya cair! hahahaha
ALAHAI KESIAN AISYAH, DAH PENAT DI SEKOLAH, NAK MASUK RUMAH TAK BOLEH YE, MEMANGLAH SEDIH
ReplyDeleteKC PUN KATA, IBU KAKAK PENATLAH SEKOLAH TADI, HARI NI DIA NAK KESEKOLAH JUGAK KAEDAHNYA ;P
Cikgu..
ReplyDeleteTerima kaseh..
Harap2nya aisyah jadi seperti yang cikgu kata..
Amin ya rabbal alamin... :)
Kak nani..
ReplyDeleteBetul.. Rasa cepatnya dia membesar..
Muga2 aisyah mudah menyesuaikan dirinya...
Azie..
ReplyDeleteJika akak masih muda dulu, xcited juga..
Cair tak cair.. Mmg cair jugak bila berdepan ngan anak...
Sya...
ReplyDeleteSekolah petang, mmg memenatkan...
Tahun lepas semua sesi pagi...
Hmmm... Redah jer...