Sunday, January 01, 2012

250 ~ ALHAMDULILLAH... 2011


ALHAMDULILLAH...
Banyaknya yang hendak disyukurkan setelah berakhirnya tahun 2011... Banyak kenangan paling manis terjadi di dalam tahun 2011. Alhamdulillah.

Setelah 3 tahun menjalani rawatan dialysis... tahun 2011 adalah tahun pertama akak berpeluang menikmati jalan-jalan makan angin hingga ke luar negeri... walau hanya dapat menikmatinya dalam masa yang singkat sebab pergi hanya 3 hari 2 malam.. tapi sudah cukup memadai untuk merasai semula dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH di luar negara. Alhamdulillah.

Bulan Julai, akak ke Bandung.




Bulan September, akak ke Phuket..




Pengakhir tahun 2011, akak ke Dubai.




Syukur kerana Allah masih bagi akak peluang walhalnya semasa sakit 2008 dahulu, akak tak menyangka akan menikmati kesihatan yang sihat semula walaupun masih kena dialysis tetapi inilah antara nikmat ALLAH yang telah ALLAH kembalikan semula. Syukur Alhamdullillah.

Juga selepas 2008 akak mengenali ramai teman yang baru yang banyak memberi kekuatan dan  persahabatan yang sungguh bermakna... Alhamdulillah...

Keputusan peperiksaan anak-anak juga memberi kebahagiaan buat akak. Bukan hanya mereka mendapat habuan hadiah, akak juga sipi-sipi ni dapat jugak habuan.... Hmmmmm... Alhamdulillah....

Banyaknyer Nikmat ALLAH yang tak boleh hendak akak nafikan. ALHAMDULILLAH.....

10 comments:

  1. Alhamdulillah...
    ada yg merasa bahagia dgn nikmat Allah..dan ada juga yg sentiasa diuji..yg penting kita sentiasa kena bersyukur..kan akak...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..Alhamdulillah...semoga tahun2 yang akan datang akan lebih menggembirakan dan kita semua akan sentiasa diberkati dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  3. Yes syukur atas segala nikmatNYA and i syukur kenal dengan akak dan ia bermula kerana nak baca tentang dialysis.
    suka tengok akak sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah.moga tahun 2012 memberikan lebih banyak kebahagiaan dan kesihatan yang lebih baik utk akak dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. Ida...
    Yang bahagia pun masih diuji...
    bahagia bukan bermakna boleh lupa nikmat yang ALLAH dah berikan....

    ReplyDelete
  6. IM..
    sebelum akak dialysis, akak dan suami telah pun mengerjakan ibadah haji.
    Jadinya selepas ini kami akan menunaikan umrah anak beranak pula...Insya'Allah...

    ReplyDelete
  7. Dil..
    Amin Ya Rabbal Alamin buat doa u yang indah itu...
    terima kaseh...:)

    ReplyDelete
  8. Madora...
    Akak juga sangat bersyukur dipertemukan dengan you.. semuga persahabatan bertambah mesra hingga bila-bila...

    ReplyDelete
  9. Juju...
    terima kaseh atas doa Juju..
    akak juga mendoakan yang serupa buat Juju sekeluarga...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata