Terkelip-kelip akak nak tidur malam tadi... memikirkan anak nak masuk darjah satu... masuk sekolah petang... hari rabu pulak akak nak kena dialysis... Macamana nak hantar dan tunjukkan kelas...
Tapi mujurlah, hari ini 3hb Jan.. SJKJEmpat ada majlis suai kenal buat anak tahun 1. Maka pagi tadi.. akak, Aisyah dan Zahrah ke sekolah untuk majlis tersebut.
Alhamdulillah. Majlis suai kenal pun berjalan dengan lancarnya. Aisyah sudah diberitahu apa yang perlu dibuat sebaik tiba ke sekolah. Inilah pertama kalinya anak akak ke sekolah dengan menaiki bas sekolah kerana akak memang tak boleh nak menghantar pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat... Itu yang buatkan akak terkelip2 nak tidur memikirkan macammanalah halnya anak akak nak ke sekolah. Tahukah dia kat mana nak tunggu, nak pergi tandas... nak pergi kantin.... Rupa-rupanya cikgu kelas sudah menerangkan satu persatu tadi.
Budak yang masih 'baby' pada mata ibunya....
Sudah besar pun baby ibu...
- paling besar dalam kelas....
Alhamdulillah... leganya...
harap-harapnya esok dia dah kenal mana kelasnya...
apa yang perlu dia buat sebaik turun dari bas...
Apapun rehat pukul 3.10 petang... ibu dan kakak2nya akan tunggu di kantin...
Lagi satu...
lega sungguh punya anak dara yang dah habis sekolah..
banyak yang boleh dia bantu bila kita berikan tanggungjawap...
malam ni ibu boleh tidur lena....
Alhamdulillah.....
sini mula hari ni. abangnya kata pada adek, lama tau abang balek, pukul 4. sedeh dan rindu si adek. ni lagi tunggu..tanya dah sampai ke belum.
ReplyDeleteramai ibubapa yang ambil cuti nak lihat hari pertama anak ke sekolah tapi zaman sekarang takde budak nangis.
InsyaAllah Aisyah budak cerdik, tau lah dia sesuaikan diri.Mak dia tu yg risau lebih2..
ReplyDeleteTahniah AISYAH. Dah besar pun. Dah boleh pakai uniform sekolah!
ReplyDeleteUntung AKAK kalu anak yang dah lepas skolah boleh diharap utk tolong kerja rumah. Anak2 dara saya, semua nak kene bersuruh baru bergerak. Masak pun tak pandai.
penatnyaaaa semalam kan kak!!!!
ReplyDeleteramainya mak bapak kat sekolah!!
Madora...
ReplyDeleteAlaaa sweetnya dua beradik tu...
semuga hubungan kasih sayang adik beradik tu hingga akhir hayat... :)
Husaini nampak lembut melayan adiknya... itu yg adiknya sayang pada Husaini...
Cikgu Hani...
ReplyDeleteAisyah memang rupa saja nampak cool..
tp saya tahu dia terlalu konfiden mak dia ada menunggu di merata ceruk sekolah tu.
hehehehe..
Azie..
ReplyDeleteKakak Aisyah yang sulong memang suka diberi tanggungjawap besar begitu. Dah sifatnya penyayang. Semalam, dia tak jumpa adiknya... dia yang menangis.. ALhamdulillah, kelembutan itu ada dalam hatinya terhadap adik2nya.
Doktor...
ReplyDeletememang TERSANGAT penat..
rasa jalan pun dah tak jejak tanah...
hari ini lagi...
esok lagi...
huiiissshhhhh memikirkan pun dah tersangat penat...