Yang ini adalah kumpulan anak kucing kami generasi pertama. Kali kedua melahirkan 6 ekor, keenam-enamnya hidup. Terdapat 3 ekor yang berwarna putih sama seperti ibu mereka. Seekor kucing jantan kami namakan UniQ.
Berbadan besar dan agak pemalu. Bila kami cuba mendekatinya dia akan melarikan dirinya. Pernah apabila suami akak ingin membelainya, terus dia rendahkan dirinya tak bergerak. Kesian sunggu kerana kami memang kurang beri perhatian macam anak kucing lain.
Entah mengapa petang ni sewaktu akak sedang masak di dapur, UniQ datang dan bermanja di kaki akak. Akak pun panggillah semua anak2 dengan bangganya. Perasaan itu sekejap saja akak rasai sebaik apabila anak akak yang paling pendiam bersuara...
Ain : Dia juga selalu ikut bibik kemana-mana. Bila Bibik jemur baju pun dia ikut. Maybe dia suka sangat dengan PEREMPUAN TUA....
Haiya.... Ini anak kan... bila dia diam, memang dia diam... sekali dia bersuara memberikan pendapatnya.. dia memang tak pakai 'filter' apadah... Hmmmmm.. hilang rasa bangga sekejap kerana komen anak dara bertuah ni....
hehehehe.....aduhai anak sekarang memang gitu kak, tadi KC kata dgn sya, ibu bilalah nak kurus ni bu...risau kakak ;p
ReplyDeletehahahaha...
Deletesangat berlapik ayat Ain dan KC tu..
memang sedap dan lunak kat telinga ibu mereka, kan?
kata kata spontan dari seorang yang jarang bersuara sangat dihargai dan dikenangi. geram tapi mesti kita tergelak juga.
ReplyDeletemadora...
Deletememang sangat geram..
tapi kalau kita sergah karang... terdiam terus pulak dia... hehehehe
terima aje...
Hahahaa... ayat “perempuan tua” tu bleh sentap woooo...!
ReplyDeleteBetul Azie..
Deletememang dah terasa nak sentap...
ingat dah malas nak masak dan terus naik masuk bilik...
tapi buat apa kan? Lauk masak banyak pulak tu semalam... makan ajer ler...
i tumpang simpati kak... hehe
ReplyDeletehehehehehehe...
Deleteanak punya hal..
kak, kita nak bagitau ni, kita dah boleh reply to individual komen! kih kih, mari la mari ke blog saya dan melihatnya (ok peghak... orang lain dah lama tau)
ReplyDeleteorait... nanti akak singgah lagi...
Deletehahahaha..ain2...kata2nyer bisa menggoncang jiwa....(alhamdulillah..dapat gak komen...kalau x susahnye..huhuhu)
ReplyDeleteAlolorh..
Deleteciannya Dil..
antara salah satu kenangan berada di negeri orang, kan?