Monday, January 23, 2012

266 ~ Jumaat, sabtu dan ahad punyer citer....


Petang Jumaat, kami kumpulan mengaji Ustazah Aslina berkumpul sekali lagi untuk Majlis makan-makan. Begitulah kami. Jika tak mengaji.. kami jumpa untuk makan. Jika tak makan.. kami tetap makanlah lepas mengaji. Mengaji dan makan adalah sesuatu yang sinonim buat kumpulan mengaji kami. Mengapa jadi begitu? Mungkin kerana kami semuanya tidak bekerja. Untuk menyediakan majlis makan-makan memang mudah buat kami. Dapatkan kenkawan yang tidak kemana-mana.... bagitau di rumah mana... memang jemputan itu tidak akan tidak di penuhi. Kecuali jika ada kecemasan... balik kampong...


Inilah ahli kumpulan kami yang dapat hadir petang jumaat lalu. Ada yang tidak dapat turut serta. Kami mempunyai 2 kumpulan. Kumpulan Akak terdiri dari 7 orang dan kumpulan yang lagi satu terdiri dari 5 orang. Kesemua sekali kami ada 13 orang ahli.
Alhamdulillah....  Pertama jumpa terus rasa serasi.



Macam2 ragam semuanya...
Lihatlah buktinya.. hingga ada yang makan hingga menjilat pinggan... hahahahahahaha...





Balik dari jamuan, kami keluar  mengambil anak2 sekolah. Kemudian kami terus memulakan perjalanan menuju ke Kuantan.

Sebaik keluar dari Plaza Tol Sg besi.. kesesakan bermula. Hendak menyampaikan ke Karak Highway mengambil masa 4 jam. Sudahlah kami keluar seawal jam 6 ptg bg mengelakkan kesesakan depan sekolah sewaktu hendak mengambil anak. Lama sungguh dalam kereta.

Berehat dan makan sebentar di restoren makanan segera di Lebuhraya Karak, kemudian meneruskan perjalanan ke Kuantan. Pukul 3 pagi kami sampai di D'Embassy Apartment, Bukit Pelindung, Kuantan.... Anak-anak masih berpakaian sekolah...

Aisyah memang suka buat senyuman figura kartun kegemarannya Sponge Bob.




Apartment 3 bilik memang selesa buat kami sekeluarga.




Tengahari Sabtu kami ke bandar Kuantan mencari makanan.
Jumpa Restoren Alif. Hidangan kegemaran Nasi Daun Pisang.



Lauk2nya sedap dan berasa...
Puashati.




Malamnya kami kerumah kenduri anak bapa saudara kami.
Bertemu ibu saudara kami Bibik Azai dan anaknya Alina.
Kelihatannya penuh rumah bapa saudara kami dengan saudara2 dari Melaka.




Esoknya selepas makan kenduri kami adik beradik mengambil angin di Pantai Sepat.
Rupanya selepas kami pulang petang itu, 2 orang kanak-kanak telah mati lemas dan 4 lagi dapat diselamatkan. Memang agak merbahaya membenarkan anak-anak mandi di Pantai Laut Cina Selatan.




Pertama kali dapat mengumpulkan kesemua cucu-cucu kepada FIL.
Dari 4 buah keluarga.



Bonda-bondanya sedang menghayati Ombak Rindu..
Angin laut yang meniup memang sangat melekakan...



Sebelum berangkat pulang, kami singgah makan di Warong Mok Na yang terkenal dengan keropok gentel dan hasil makanan laut seperti ikan, udang dan sotong yang di goreng tepung. Dimakan dengan cicah cili kicap. Memang ramai betul pelanggan. Lama menanti meja kosong dan menanti keropok gentel.
Tapi masalahnya keadaan sampah sarap keliling kedai membuatkan warung tersebut sedikit berbau..

Petang itu juga kami bertolak balik ke Bangi.

Singgah solat Maghrib dan Isyak di R & R Temerloh.

Sampai rumah dengan dentuman mercun pun tidak begitu menganggu kerana akibat terlalu penat dan mata terus terlena.... Legaaaa.................

8 comments:

  1. baguslah jika ada grup yang mirip grup usrah IM. biar apapun xtvt selagi ianya berisikan kebaikan, malaikat akan mengembangkan sayap memayungi kalian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      bila berkumpulan begini memang terasa sangat ingin berlumba2 mengaji. Masing2 cuba memperbaiki bacaan masing2 sebaik mungkin dan berlumba2 hendak khatam dahulu...
      walaupun acara makan2 kami tetap adakan majlis tazkirah dan berdoa dahulu setiapkali bertemu.

      Delete
  2. Salam.
    Dari dulu saya dok kata nak ke kuantan.....tak pernah sampai2....banyak hotel yang dah bukak!Teringin nak cuba Zenith. Akak dah try?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Uncle...
      akak kerap jugak ke Kuantan walaupun bertahun sekali. last kami pergi 2 tahun lepas ke Hyatt Telok Cempedak. Sekarang nak rasa duduk apartment pulak. Rasanya selesa lagi apartment dengan keluasan yg berbeza.. 3 bilik dan ada dapur.
      Zenith akak ada nampak tapi tak cuba pulak. Setakat ni akak dah cuba Hyatt 2 kali, Swiss garden 1 kali dan D'Embassy apartment.. selesa lagi duduk apartmrnt jika anak ramai...

      Delete
  3. bestnya! nak pergi jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora..
      u belum pernah ke Kuantan? U patut cubalah dear... seronok.. banyak pilihan makanan... Nanti cuti panjang u cuba ya...

      Delete
  4. jangan buat senyum Patrick tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor...
      Aisyah masih panggil Patrick jadi
      PATWICK...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata