Monday, January 09, 2012

255 ~ Kedai makannya di kampong saya....



Sahabat akak dah selalu rekomenkan tempat makan ini. Dia memang suka masakan yang terdapat di sini. Sudah banyak kali dia beritahu. Bila tanya kat mana... Kat Salak Tinggi. Okaylah... akak pun dah set dalam kepala restoren yang Ina selalu ceritakan itu adalah di Salak Tinggi.

Akhirnya malam Jumaat lepas, akak, Ustazah Ina dan Bib.. berjanji hendak makan malam di sana. Sebaik nampak Ustazah Ina masuk kawasan ini, akak terus rasa seronok kerana inilah kampong akak semasa kecik dahulu. Panjang ceritanya... Berjela2 cerita akak keluar sebab terasa sangat seronok nak beritahu kami semua berada di kampong akak.

Pekan Nilai masih seperti dahulu. Tiada banyak bezanya. Di sinilah akak merayau selepas diberi guna basikal oleh Ayah Chik... Rindu sungguh saat itu.



Tak jauh dari pekan Nilai - arah dari Pekan Nilai ke Labu... terdapat restoren Aunty Aini's..
Suasana Garden... Redup dan Santai.




Antara lauk-lauk yang disediakan.
Walaupun kita makan waktu malam, lauknya seakan baru masak panas2.
Segar dan sedappp...




Berkonsep makan dalam taman.
Nyaman sungguh.




Beberapa wakaf turut di sediakan seandainya pengunjung hendak makan satu keluarga tanpa gangguan.




Lauk wajib pada Ustazah Ina ialah Masak Lomak Telor Itik dengan Belimbing.




Kupang Masak Lemak Tempoyak.




Kerabu Taugeh dan pucuk paku bersama kerang..




Sambal Velachan dan Ulam..




Hidangan kami malam itu.
Puas makan.
Akak makan siap bertambah.




Pencuci mulut...
Aiskerim Peach Melba dan Fruit Cocktail.




Keseluruhannya...
memang sedap...
kami akan makan lagi untuk mencuba lauk yang lain pula.
Ada teman yang pernah makan lauk Ikan Jenahak Masak Asam Pedas.
Yummmy... dah berair mulut akak...
Nak pergi lagi....
Ooooooooooooo Yang....... Jom ...!!!!

13 comments:

  1. Wah, menjamu selera..Alhamdulillah, ada kawan2 yg bersekepala kaki makan..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Rahmah...
    nengok kan kerabu pucuk paku tu..adoi mak...meleleh dah..hahaha
    tapi jauh sangat dari rumah laa..pergi sana dalam sejam..makan makan dalam sejam,pastu bergerak balik pun dalam sejam..perut pun dah lapar balik..hahahah

    ReplyDelete
  3. ooooooooooo.....sayang....diet.???

    -sara-

    ReplyDelete
  4. makan untuk hidup.jangan hidup untuk makan...

    ReplyDelete
  5. Kak Nani..
    Alhamdulillah..
    geng mengaji yang ini juga kaki makan... :)
    disamping kaki masak... dan kaki jamu orang makan...
    habislah diet kami...

    ReplyDelete
  6. cikgu hani...
    memang cikgu kena try...
    sebab memang sangat sedappp dan menepati selera rasanya.
    kelihatannya hari tu orang cina dan india pun ada sama makan di sana..

    ReplyDelete
  7. kak ezza..
    shekali2.. bervaloi jugak...
    makan xtra portion...
    boleh kenyang sampai malam... :)

    ReplyDelete
  8. Sayang Sara..
    Diet?..
    bila tak makan, saya diet...
    bila saya makan, memang saya makan... :)

    ReplyDelete
  9. IM..
    makan untuk hidup... yesss!!!

    ReplyDelete
  10. akak,
    Sedap tu telur itik ngan belimbing. kena pi ni kalu nak merasa.

    ReplyDelete
  11. Juju...
    mmg u kena pi..
    mmg sedap...

    ReplyDelete
  12. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata