Sunday, January 15, 2012

260 ~ Supercar..






Seperti biasanya.. bila dah berjalan berdua-duaan.. banyak lah yang boleh kami repetkan...


Suami : Yang dah ada kereta ni... nanti Abang nak beli satu supercar sendiri yer...

Isteri : Orang memang tak minat supercar ni... boleh duduk 2 orang jer..

Suami : Yang tak nak naik tak per....

Isteri : Hahahahaha... seat yang sebelah tu nanti orang kasi bukak...

Ketawa dibuatnya kami.

Suami : Tak per.. tempat seat yang Yang dah bawak keluar Abang letakkan tikar...

Kah..kah..kah....

Tikar dalam supercar....
( Tak boleh nak bayang...........)




Akak masih tak boleh terima konsep kereta punyalah mahal tapi boleh naik seorang atau dua orang saja...








( Gambar BUKAN ihsan gugel.. Gambar diambil sendiri sewaktu melawat Pusat Pameran Kereta di Germany oleh orang yg pergi Germany tahun lepas...)

10 comments:

  1. kereta tempat duduk 2 je, harga mahal tu, gunanya untuk makan makan angin berdua macam tu hehehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      kan akak kata 'merepek'..
      sajalah kami merepek.. bukan nak beli pun....

      Delete
  2. kalau letak tikar, baru betul zamzamalahkazam namanya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      Zamzamalkazam...kemanapun pree kan?
      tak kisahpun nak isi minyak dan bayar tol....
      hmmmmm.... bestnyer...

      Delete
  3. lebih baik duit yang terlebih-lebih tu beli kereta untuk guna di akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      namanya pun dah merepek suami isteri... bukannya nak beli pun.. :)

      Delete
  4. bestkan gurau senda, jalan berdua-duaan :)
    anak becok saya suka cakap, kan dah tak boleh jawab, bila kita terdiam dengan jawapannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      memang kadang2 kami suka gurau2 dan mengusik... kalau dah jalan berdua-duaan tiada stress dgn kerenah budak2.. masa itulah boleh usik dan merepek-repek....
      Husna lah tu yer..:)

      Delete
  5. Saya pun tak berkenan keta mahal-mahal tapi bleh naik dua orang jer. Rugi kan?

    *Jawapan kat sini lak:
    Jika Akak dari Kajang, ikut jalan lama menuju Sekamat. Lepas Sek Men SAAS tu, sebelah kanan nampak Taman Mesra.

    Gerai ini tepi jalan jer (sebelah kanan). Sebelum stesen Shell, berhadapan trafik light Simpang Balak.
    Ada banner CENDOL JZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie...
      kita boleh geng...:)
      Terima kaseh Azie..
      nanti akak cari...
      tQ..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata