Wednesday, January 11, 2012

257 ~ Seronoknya Ibu....



Semalam akak tidak menemankan Aisyah waktu rehat. Bila akak tanya dia makan apa waktu rehat, katanya dia tak dapat beli aiskerim sebab loceng dah berbunyi. Kesalnya rasa tak dapat bantu Aisyah waktu rehat.

Jadinya hari ini, akak pergi ke sekolahnya waktu rehat. Akak mengintai dari kelasnya akak nampak dia berjalan menuju ke kantin sendiri... ambil tempat duduk. Letakkan bekalan dan sempat baca doa sebelum makan... - Nampak dia menadah tangan dan sapu ke mukanya....

Kemudian dia bangun menuju ke tempat jualan aiskerim, beratur.... sampai gilirannya mengambil aiskerim.. tak sampai pulak... hendak saja akak datang membantu. Tapi akak perhatikan lagi.. dia pergi ketempat yang mudah hendak mengambil aiskerim dan dapat...





Dia keluarkan dompet dan keluarkan duit seringgit.
Ada kelebihan juga bila dia tinggi dan besar... mudah nak bayar....




Dia pulang semula ke mejanya.
Masukkan dompetnya kedalam poket...

Masa ni, akak dah tak sabar nak menemuinya dan mengucapkan tahniah.




Kakak Qeebnya datang memujinya.
Berjaya Aisyah membeli aiskerim sendiri. Alhamdulillah.

Terasa sangat baby  anak ibu dah besar...



10 comments:

  1. salam,

    alaa..pandainya anak u..kecik2 dah reti & ingat nak baca doa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...
      Alhamdulillah..
      tak sangka juga tanpa pengawasan ibuabah dia.. dia masih ingat nak berdoa sebelum makan...
      ALhamdulillah...

      Delete
  2. Memang ketara dia agak besar berbanding kawan2 yang lain...

    Nanti kalu dia masuk Tahun seterusnya, ada harapan jadi Ketua Kelas atau Pengawas tuh.

    Masin mulut saya ni kakkkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie..
      Jika dia berjaya dalam peperiksaan pun akak dah bersyukur...
      - Hmmm banyak makan telor asin tak?

      Delete
  3. Alolo...aisyah dah pandai beli eskem. sama mcm BB le kak. skang ni hari2 beli eskem kt sekolah. dah dpt kuasa veto beli mknan sendiri. dia skolah tghari ok le sbb sebelom g skolah dah mkn nasi kt umah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai..
      Advantage sekolah petang, anak kita dah siap makan sebelum masuk sekolah...

      Delete
  4. dah besar aisyah...dil plak yg tibe2 syahdu..huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil..
      taklama jer...
      besarlah Khalish...
      tiba masanya nak gi sekolah juga...
      beramai2 dengan adik2nya... :)

      Delete
  5. tahniah untuk aisyah... ;p

    pssstt..lepas ni beli 3 tau sbb ibu dan kakak ada mengskodeng

    ReplyDelete
  6. sya...
    TQ..
    sukalah sangat ibu dan kakak nak skodeng bila dapat upah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata