Semalam masuk opis ternampak ada orang sama-sama beraya dengan Puan Chan dan Auntie Loo. Terus panggi SN Wan ambilkan gambar.
Auntie berdua ni memang sporting... ajak bergambar sanggup aja...
Puan Chan adalah yang amat rapat dengan akak. Sejak akak mula dialysis, kami dah mesra. Bila bibik Seri balik kampong, Puan Chan menggantikan Bibik Seri belikan sarapan pagi akak dan suratkhabar akak. Memang banyak jasanya pada akak.
Auntie Loo kurang fasih berbahasa Melayu. Tapi sangat mesra apabila Puan Chan menjadi translater percakapan akak padanya. Auntie Loo memang bergaya orangnya. Untuk seorang yang telah berusia, pakaiannya sangat bergaya. Pernah juga pada hari raya Aidil Fitri, Auntie Loo memakai baju kurung sepasang. Memang sangat manis dan sungguh menarik.
Semangat 'Wonder Pets' memang terdapat di sini..
Kami saling membantu.
Shamsiah (bertudung merah) pula setiap hari dialysis akan mengambilkan selimut dari stor selimut. Tiap pagi akak tiba, selimut sudah ada di kerusi akak.
Bila kita bertemu 3 kali dalam seminggu, hubungan kita menjadi makin mesra dan makin rapat.
Alhamdulillah. Walau berlainan anutan ugama, semangat 1 Malaysia itu tetap ada.
berserinya berbaju merah...
ReplyDeletegong xi fa cai.. pn chan n auntie loo..
** my dear..senang hati saya lihat awak ketawa.
-sara-
Bagai berjanji rupanya..
DeleteItu yg terus abadikan dlm kamera...
## saya juga suka lihat sayang ketawa sambil sarapan pg ni...
Syabas! Entri ini buat saya rindu rakan-rakan Cina saya di tempat kerja lama!
ReplyDeleteMmg best kan jika kita punya rakan baik yg berlainan bangsa..
DeleteSetakat ni akak pernah bersahabat dgn india dan cina..
Malangnya yg india.. Jenis kawan makan kawan
Yg cina selalu jenis setia kawan...
Tak semua.. Tp bila terkena... Serik..
buat baik dibalas baik. mesra tak kira kaum, tambah gembira dan harmoni. jadi sesi dialysis pun tak memurungkan. keceriaan akak tentu berjangkitan kepada pesakit lain :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteKami semua dah mesra sejak 3tahun lepas..
Suasana di ofis sgt seronok...
Aloppp!!!! ngeeee...dah bejaman tak letak kimeng. Cepat cakap, `welkang bekk' kat I...hehee
ReplyDeleteFa atip...
ReplyDeleteWelkam bek...
Miss u so much....
Bulan mac, kita jumpa ya?
Akak borak dgn ksk zam ari tu.. Dia kenal u sgt... Rumah u dan rumah dia berdekatan...
semua kene dgn tema ;)
ReplyDeleteAi..
ReplyDeleteKEBETULAN sahaja...
macam pn chan and auntie loo memang sebab raya...
yang dua lagi tu memang saja mengada-ngada...
ekekkekekeke...
- tak dapat angpow maaa....
Huaarrgggggg...