Tuesday, January 31, 2012

276 ~ Supply kenkawan makan... hehehehe



Hahahaha..
Tajuk memang tak boleh nak agak-agak...
ini rentetan dari komen KOG  pada entry akak makan nasi ayam penyet...
kak, geng makan u memang tak putus-putus 'supply'-nya kan?"

Puas akak pikir2 KEBENARANNYA..

Yang ini cuma sebahagian saja geng makan nasi lemak Kg. Baru...





Kalau yang kecik ciconet ni pun dah jadi geng akak... apalagi yang besar2nya..
sebesar2 alam pun ada...hahahaha




Walau sibuk mana pun jalannya.. Ku redah jugak.. demi tekak yang meminta...







Biras akak pun jadi mangsa 'supply kenkawan' akak..




My BFF..




My Kembar..




My Darling kak Ani..
Siap tunjuk sign sedap lagi...



So?
ada yang nak hantar borang jadi ahli?



Akak OTW nak gi ke sana....
( Itu baru geng Nasi Lemak..... hehehehehehe)

Monday, January 30, 2012

275 ~ Persiapan hari ini di Opis melawan sejuk...


Pagi ni sampai awal... hahahaha.... memang terkejut nurse kat sana... rasa dah malas nak ikut sama-sama sesak kat lepas tol Sg Ramal.. keluar seawal 7 pagi... kat tol 711am pun dah nampak sesak... lainkali kena awal lagi...

Tak lupa bawa jaket sekali.. takutlah mana nak tau selimut takder pagi ni... Mau beku macam minggu lepas... Tak sangguplah... 

Dengan persiapan jaket dan selimut... memang sangat selesa...




Sambil baca2 entry lama dan singgah blog kenkawan...
S E L E S A nya.....




Jaket buat tutup hingga dagu..
selimut lipat 4 untuk bahagian kaki hingga pinggang..
Dah tak da apa lagi nak mintak dah..
sangat selesa..




Akak dah jumpa lagu yang sesuai bila main games ini
Unblocked Me..
sambil dengar lagu Tragedy nyanyian kumpulan Bee Gees...

4 jam selesa jer...




Syukur Alhamdulillah....

Sunday, January 29, 2012

274 ~ Alhamdulillah... Gotong Royong merapatkan kami selama 6 tahun tidak mengenali satu sama lain...



Sudah berkali-kali Pengerusi dan AJK taman perumahan rumah akak buat gotong royong, tapi kadang2 sebab-sebab kesihatan dan balik kampong... akak tidak dapat turut serta... pagi ini Ustazah Ina mengajak sama-sama berkumpul di padang permainan, akak turut serta. Mulanya memang rasa nak rehat jer kat rumah... dah Ina yang beria-ia mengajak... akak pun ikut juga. Rasanya setakat nak tunjuk muka sahaja...

Tiba di padang kelihatan dah ramai kaum ibu turut serta menolong sama. Meriah nampaknya. Siap dengan sarapan yang di sediakan... memang sangat baik program ini.

Kelihatan Maslina dan Kak Yati dan jiran berbangsa india.



Gotong royong sudah dimulakan awal sebelum akak tiba.. Banyak kerja dah selesai dilakukan.







Aduh.... beratnya kayu yang hendak dimasukkan kedalam lori..




Dua sahabat yang sama-sama pernah koma di CCU dan ICU...
Alhamdulillah... siapa sangka dapat bertemu lagi...




Kak Yati..
ada cerita paling menarik antara akak dan dia...
hahahahaha....




Ustazah Ina juga sangat rajin membersihkan kawasan.




Sempat posing lagi..



Tak kenal... tak mesra...




Photographer yang gigih mengambil gambar untuk laporan..




Dua jiran yang mempunyai nama yang sama...
Biras akak juga tinggal di taman yang sama...




Alhamdulillah...
berkumpul sama-sama memang banyak faedahnya...

273 ~ Alhamdulillah... Jumpa lagi dan berkumpul lagi kita..


Jemputan anak saudara yang membuat  kenduri aqiqah untuk puteri sulungnya akak penuhi semalam. Sejak Arwah Emak meninggal dunia, kami dah jarang bertemu. Even masa raya baru ni juga, dengan kesibukan masing-masing... kami tidak bertemu untuk beraya. Akak sedar akak yang agak degil.. tapi tidak lagi... Nehi.. Nehi.. Tahun baru... Azam baru.... Air dicincang tak akan putus... Blood is thicker than water...
- Kena Mengena kah??????

Kumpulan Marhaban yang dijemput khas dari Desa Pandan, Kampong Pandan. Memang the best... 




Mak sedara dan anak sedara..




Kami asalnya berempat. Tapi kakak yang sulung sudah meninggalkan kami 12 tahun dahulu..
Sekarang tinggallah kami bertiga..




Abang yang sulung dan abang yang tengah..
Mereka ni banyak mengambil berat hal akak sebaik emak yang membela meninggal dunia.
Mereka juga yang pertama mengenalkan diri memberitahu akak adalah adik mereka.
Mereka juga yang mengajar akak memancing di sungai.




Bersama adik dan kakak ipar.




Qeeb memang geram bila tengok baby..
tak menyabar2 dia hendak mendukung baby tu...
Jika baby tu cucu akak..
qeeb ni makcik pada baby tu...
hahahaha....
makcik qeeb...




Mulai hari ini..
memang kena selalu cari masa untuk bertemu adik beradik..
tak ada masalah pun sebenarnya...
dalam hati jer takut...
mereka-reka apalah depa kata...
bila jumpa tak ada apa-apa pun...


Saturday, January 28, 2012

272 ~ Orang Kaya belanja.....


"Sesekali ku rasa teringin..."

Hahahahahahaha...

Senikata lagu Shima.. teringat pulak akak dengan rangkap lagu tersebut... Bukan apa... kisah yang nak akak citerkan ni lebih kurang begitulah bunyinya....

AlKisahlah tersebut kisahnya... kisasul dari babibul.. Hahahahaha.... Kecik-kecik dulu nak menyebut Ba Alif Ba Ya.. memang terus jer kena penampau.... Hangat jer pipi selama sejam dua... Those kenangan pahit manis kelat waktu kecik2 dulu...

Okay nak ceritanya..
Ada seorang orang yang sedang kaya. Beliau ini mempunyai banyak ekor kucing. Tiba pada suatu hari, kucingnya beranak... selang duaminggu nampak luka pada tangan anak kucing yang baru lahir. Ingatkan biasa-biasa jer... biarkan manalah tahu kot2 bila mak dia jilat, lukanya makin baik... tengok lagi esoknya.. luka itu makin teruk...

Orang yang kaya tersebut meng-suges.. pada ibunya yang taklah berapa kaya bawa anak kucing tersebut ke Vet. Anaknya berkata... tak pa saya sedang kaya... saya akan bayar. Dah begitu katanya.. ibunya pun kata okay... jom... dalam liver ibunya pula berkata "Hehehehe.. bukan senang nak makan belanja orang...  siap dengan penutup ayat.. "He he he...." Dlm liver lagi tu ketawa macam tu...

Kami pun pergilah dekat pukul 100tengahari. Dengan harapan sekejaplah sahaja menunggu. Tiba- tiba receptionist kat kaunter tu bgtau "Doktor ada emergency surgery.. kena tunggu setengah jam..". Dalam Liver... " Alah setengah jam jer... main games pun okaylah..."

Tungulah punya tunggu... pesakit lain dah ramai yang datang. Adoiiiii.... lamanya.... Bila tahap kesabaran dah makin tipis macam kulit bawang.... tanya lagi dengan kerani kaunter tu... "Sekejap lagi...
Doktor sedang emergency surgery.. setengah jam saja lagi..."

Adoiii.... Sejam yang lalu skrip yang sama jugak... Rupanya skrip yang sama di ulang guna pakai...
Sabar jerlah... anak kucing tu menjadi Priority Utama... Tunggu jugak... sehinggalah nama Tuan Punya Kucing di panggil... Masuklah akak dan Qeeb melihat keadaan anak kucing tersebut.




Ibu beranak Empat...
3 jantan 1 betina.




kesian lihatkan penderitaan si kecik ni.
rupanya dia kena bisul sebaik dilahirkan..
bila bisul pecah... kulitnya koyak dan macam nak tanggal...
kami pun tak tengok2 lansung...
kesian dia menderita
Doktor sapukan buang nanah dan bersihkan letak ubat....

Setakat hari ini... nampaknya semakin baik.

Ohhhhh... luper nak citer kisasul ongkaya tu...
Dia kaya setelah mendapat wang hadiah sempena kejayaan membawa balik 8A PMR lalu. Datuknya yang tersayang telah bermurah hati memberi wang hadiah sebanyak RM... ratus-ratus juga....
Jadinya dengan wang tersebut, ongkaya tu membelikan makanan dan pasir kucing kucing kesayangannya dan makanan terappin juga. Wang rawatan Vet juga dia yang tanggung....

Memang best ada Ongkaya dalam famili....
Tima kaseh... Ongkaya Qeeb...


Friday, January 27, 2012

271 ~ Geng Makan kat Enzo...



Makanan yang menjadi tumpuan akak selama 3 minggu ini setiapkali selesai dialysis adalah Nasi Ayam Penyet di Enzo Kopitiam Hospital Serdang.  Sebelum ini akak sangat suka makan Tom Yum Gung di Secret Recipe... sekarang dah kena dengan selera akak pulak Nasi Ayam Penyet.

Bukan sebarang Nasi Ayam Penyet.. akak cuba 3kali makan di Wong Solo Ayam Penyet.. tapi tetaplah akak suka Nasi Ayam Penyet Enzo Kopitiam. Kena sekali sambalnya dan sup yang diberikan sebagai set Nasi Ayam Penyetnya.

Akak dapat pulak geng nak makan sama-sama. Samaada akak berdua dengan Sham atau pun berdua dengan Shaza atau bertiga-tiga kami pergi makan di sana. Mereka pun dah terikut-ikut sukakan Nasi Ayam Penyet. Tapi bila mereka berdua takda... sorang pun akak redah jugak... tapi terkulat2lah makan sensorang takder geng.

Bila makan ber'geng' ni... selera pun lancar jer.. Sambil makan borak-borak...








Tiapkali makan memang licinlah pinggan...
Memang memenuhi citarasa..






Shaza dan Sham...
Big Thank You to both of U.....


Thursday, January 26, 2012

270 ~ E'eh.. Kita pun raya gak lah...


Semalam masuk opis ternampak ada orang sama-sama beraya dengan Puan Chan dan Auntie Loo. Terus panggi SN Wan ambilkan gambar.
Auntie berdua ni memang sporting... ajak bergambar sanggup aja... 

Puan Chan adalah yang amat rapat dengan akak. Sejak akak mula dialysis, kami dah mesra. Bila bibik Seri balik kampong, Puan Chan menggantikan Bibik Seri belikan sarapan pagi akak dan suratkhabar akak. Memang banyak jasanya pada akak.

Auntie Loo kurang fasih berbahasa Melayu. Tapi sangat mesra apabila Puan Chan menjadi translater percakapan akak padanya. Auntie Loo memang bergaya orangnya. Untuk seorang yang telah berusia, pakaiannya sangat bergaya. Pernah juga pada hari raya Aidil Fitri, Auntie Loo memakai baju kurung sepasang. Memang sangat manis dan sungguh menarik.






Semangat 'Wonder Pets' memang terdapat di sini..
Kami saling membantu.
Shamsiah (bertudung merah) pula setiap hari dialysis akan mengambilkan selimut dari stor selimut. Tiap pagi akak tiba, selimut sudah ada di kerusi akak.


Bila kita bertemu 3 kali dalam seminggu, hubungan kita menjadi makin mesra dan makin rapat.
Alhamdulillah. Walau berlainan anutan ugama, semangat 1 Malaysia itu tetap ada.

Wednesday, January 25, 2012

269 ~ Bila anakku yang bertuah ni sekali bersuara..





Yang ini adalah kumpulan anak kucing kami generasi pertama. Kali kedua melahirkan 6 ekor, keenam-enamnya hidup. Terdapat 3 ekor yang berwarna putih sama seperti ibu mereka. Seekor kucing jantan  kami namakan UniQ.

Berbadan besar dan agak pemalu. Bila kami cuba mendekatinya dia akan melarikan dirinya. Pernah apabila suami akak ingin membelainya, terus dia rendahkan dirinya tak bergerak. Kesian sunggu kerana kami memang kurang beri perhatian macam anak kucing lain.

Entah mengapa petang ni sewaktu akak sedang masak di dapur, UniQ datang dan bermanja di kaki akak. Akak pun panggillah semua anak2 dengan bangganya. Perasaan itu sekejap saja akak rasai sebaik apabila anak akak yang paling pendiam bersuara...

Ain : Dia juga selalu ikut bibik kemana-mana. Bila Bibik jemur baju pun dia ikut. Maybe dia suka sangat dengan PEREMPUAN TUA....

Haiya.... Ini anak kan... bila dia diam, memang dia diam... sekali dia bersuara memberikan pendapatnya.. dia memang tak pakai 'filter' apadah... Hmmmmm.. hilang rasa bangga sekejap kerana komen anak dara bertuah ni....




268 ~ Nampak sendiri dengan matakepala sendiri...


Dua tiga hari ini di dada akhbar melaporkan kejadian lemas yang membabitkan kanak2 yang mandi di sepanjang pantai Laut China Selatan.

Sewaktu kami adik beradik duduk2 di tepi Pantai Sepat, Kuantan.. akak ternampak segelintir keluarga yang membiarkan anak mereka yang masih kecil lepas bebas mandi manda di laut. Jarak ibubapa dengan anak-anak mereka sangatlah jauh dan sangat merisaukan kami.

Adalah sekali bapa mereka memanggil anak-anak mereka yang sedang asyik mandi, tetapi sekejap lagi akak lihat anak-anak itu masuk semula ke dalam air dan berenang-renang. Memang risau sungguh melihatkan keadaan tersebut, tapi dah ibu bapanya membenarkan takkanlah kita pula nak menyibuk.










Sewaktu kami berhenti singgah makan di Warung Mok Na, kedengaran ambulan dan kereta dari JPA lalu di hadapan jalan besar menuju ke arah Pantai Sepat. Tidak pula kami menyangka kejadian tersebut akan berlaku.

Buat semua yang membawa anak ke Pantai sepanjang Laut China Selatan.. waspadalah... keadaan laut walaupun nampak tenang pada awalnya tdak menjamin keselematan anak2 kita yang mandi manda di situ. Dah banyak kejadian lemas dan jangan membenarkan anak2 kita mandi laut. 

Madora,
Lupa pula akak nak memberitahu.. laut di sebelah Laut China Selatan  janganlah benarkan anak-anak you mandi jika you berkelah di Kuantan, Terangganu dan Kelantan. Waima di Johor pun... Bahaya....