Wednesday, April 06, 2011

999 ~ Lagi Cerita Opis...


Lama sungguh akak tak bercerita mengenai hal di opis.. Bukan mengumpat pun..sebab tu tak berapa nak cerita....

Okay... tahun lepas ramai pesakit kegagalan fungsi buah pinggang - Akak sajalah yang bagi nama ni sebab ada satu doktor tu..(nak mula mengumpat... getting best cerita ni..) bila dia jumpa patients dia sebut :" Saya doktor Bla..bla..bla.. Doktor Pakar Buah Pinggang..."- Aiyooo... perlu ker kenalkan diri cenggitu?

Okay... sambung mengumpat....
Tahun lepas ramai pesakit yang tak berapa nak elok buah pinggang depa telah didapati tidak sakit buah pinggang lagi. Mereka mengidap penyakit yang dipanggil 'meninggal mengejut' - harapnya tidaklah begitu kasar bunyinya... Jadinya ramailah pesakit baru yang datang mencuci kain bajumereka di opis kami sekarang ni...

Ada antara mereka yang pernah mendapatkan rawatan pemindahan buah pinggang dari negara Cina tetapi setelah 2 tahun menggunakannya tetaplah tidak berjaya dan perlu menjalani rawatan dialysis semula.

Ini membuatkan akak berfikir bahawa menjadi azam akak untuk menentukan diri ini terus sihat daripada mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Kalaupun menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, belum tentu akan berjaya. Jadinya harus mengikut contoh pesakit seperti Uncle Loo yang menjaga diri dan kesihatannya sebaik mungkin..... Insya'Allah.

Anak ketam akak iaitu Hafiz sudahpun berjaya mengurangkan jumlah pengambilan air. Tahniah Hafiz.... Sesuatu yang patut menjadi contoh buat akak....



tekad untuk terus sihat..kasih sayang yang banyak membantu

LUEM

10 comments:

  1. kak, anggap lah ini soalan bebal- kalau dah sekali kena dialisis, ada ke peluang utk satu hari baik & tak payah dialisis lagi?
    -soalan dari bukan doktor pakar buah pinggang

    ReplyDelete
  2. uhh~~da sampai posting 999~~esok saya nak jadi 1st posting 1000 boleh?

    ReplyDelete
  3. KOG...
    jawapan yg sama bebal jugak...
    kalaulah cenggitu.. memang seronoklah...
    sebab kalau buahpinggang dah rosak... tiada apa yg boleh dilakukan lagi selain dialysis dan pemindahan buah pinggang.... jadi kesimpulannya... memanglah akan tetap kena dialysis seumur hidup kecuali buah pinggang tiba-tiba boleh jadi baik....(memang tak mungkin)-tapi wallahualam....

    ReplyDelete
  4. bujal...
    cantik nombor tu kan?... makcik pun suka sangat... rasanya nak stay jer kat posting number 999....

    ReplyDelete
  5. Salamk Kak...rajin2 control kak.....semoga cepat sihat!

    ReplyDelete
  6. Uncle...
    Waalaikummussallam Uncle...
    Insya'Allah... dan terima kaseh....

    ReplyDelete
  7. Hubungan sesama patient mmg rapat ek kak kat pusat dialysis tu?

    Adik ipar Ate tengah berusaha untuk bekerja di pusat dialysis. Tak taulah nape dia minat beno nak keja tu.

    ReplyDelete
  8. Ate....
    kami jumpa 3kali seminggu.. tiapkali jumpa 4jam... even dgn keluarga yg menunggu pun kami jd rapat... inikan pula dgn patients itu sendiri... even dgn petugas pun kami dah sgt hormat dan sayang...
    adik ipar ate tu doktor ke?.. kiranya baguslah kalau yg bertugas itu ada minat sebab telatah patients ni mcm2....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. A'ah dia doktor tp susah rupanya nak keja di pusat dialysis. Kena ikut kursus khas then kena practice kat mana-mana hospital selama 200jam. Dia keja GP so curi2 masa pergi ke hospital. Semalam dia hitung2 tak sampai 40jam dia practice di hospital. Stress gak dia, keja dari pagi sampai 10 mlm.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata