Saturday, April 16, 2011

1009 ~ 20 tahun dahulu kanak2, sekarang isteri orang


Hari ini akak memenuhi jemputan Kak Hajah Anumma iaitu teman sebilik sewaktu mengerjakan haji pada tahun 1992... Pernah akak ceritakan kisah beliau di dalam entry akak yang terdahulu.

Sewaktu akak mengadakan kenduri pernikahan, Kak Hajah Anumma antara orang yang bekerja keras dalam menjayakannya. Kak Hajah Munirah, Dr Hajah Ainy dan Arwah Kak Hajah Ani adalah antara orang yang betul2 bekerja keras membantu akak mengendalikan majlis kenduri sempena Pernikahan akak pada tahun 1992.

Sewaktu Kak Hajah Anumma mengadakan majlis kenduri kahwin anak keduanya iaitu Dr Fatimah Zahrah... akak tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana ketika itu akak memang sedang sakit teruk. Dan kali ini bila dia menjemput untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulongnya iaitu Sarah Hani.. akak yang kebetulan sihat walafiat adanya.... dapatlah bersama-sama memenuhi jemputan.





Kelihatan pasangan pengantin Sarah Hani dan suaminya yang di 'impot' dari Turki.....



Pasangan yang sungguh ceria bercerita ....



Kedua ibu dan bapa pengantin perempuan... Antara kata-kata yang menarik ialah dahulu sewaktu Dr Rosli ingin beristerikan orang Pulau Pinang, ibunya bertanya kenapa jauh sangat jodohnya dan kali ini ibunya bertanya lagi kenapa jauh benar bermenantukan orang Turki... Pulau Pinang kan dekat.....



Antara para tetamu yang hadir.... (ehem..ehem...)



Sewaktu ingin pulang, ternampak wajah yang agak 'familiar'... akak pun menegurnya... Kami dah hampir 20 tahun tidak bersua. Akhir akak bertemunya sewaktu Majlis kenduri Pernikahan akak. Beliau adalah Hajah Norlida yang menjadi teman sebilik akak juga. Memang tak banyak berubah wajahnya....
Apapun seronok bertemu kembali....




Ku mencintaimu.. lebih daripada yang kau tahu....

LUEM

6 comments:

  1. Wahh..pengantin lelaki import dari Turki? Ate suatu ketika dulu pernah tergila-gila dengan apa saja dari Turki makanan, lagu, budaya, bahasa dan pastilah orang-orangnya..;).

    Ehh..akak bila pulak nak bermenantu?

    ReplyDelete
  2. Wahh makan kenduri. Pastu dapat jumpa kengkawan lama, melerai rindu kata orang.

    sungguh bermakna kehadiran Akak kan?

    ReplyDelete
  3. Ate..
    akak pernah lah masa bujang2 dulu bekenalan dengan keluarga turki.. memang geram nengokkan anak2 mereka persis mat salleh... tapi pikir nak kena balik kampong jauh sangat.... tak sanggup..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Azie..
    memang seronok jumpa kawan lama.. itupun tak cukup korum... kalau jumpa semua memang lagi bermakna...

    ReplyDelete
  5. saya ada sen mail :)

    madora

    ReplyDelete
  6. madora...
    ok.. nanti akak check e-mail...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata