Tuesday, April 19, 2011

1011 ~ Selingkar Kenangan ~ Sikat

Sewaktu akak masih bersekolah, fesyen rambut memang penting waktu itu. Untuk membentuk rambut yang nampak 'bergaya'... akak telah membeli sebuah ( Haiyo... dah lama tinggalkan sekolah... penjodoh bilangan untuk sikat adalah?........) sikat yang mempunyai pisau tajam yangmana akan memudahkan akak membuat fesyen rambut jenis 'layered'...

Entah bagaimana pada suatu hari akak tertinggalkan sikat tersebut dimeja solek sewaktu bergegas hendak ke sekolah. Arwah mak yang menjumpai sikat tersebut telah menggunakannya.

Sepulangnya saja akak dari sekolah, Arwah mak mengadu bahawa rambutnya banyak yang terhakis akibat menggunakan sikat tersebut. Dia menggayakan dan bercerita bagaimana dia menggunakan sikat tersebut yangmana pada awalnya dia menyangka dia mengalami keguguran rambut selepas disikat.

Beliau menggunakan sekali lagi sikat tersebut. Perkara yangsama berulang lagi. Segenggam katanya rambutnya luruh sebaik disikat. Akhirnya diperhatikannya betul-betul sikat tersebut dan ternampak ada 'blade' di sikat tersebut. Tahulah beliau bahawa sikat tersebut mempunyai bilah pisau yang tajam. Kebetulan dia berdiri di depan tingkap sewaktu hendak bercermin dan menyikat rambut.... sebaik melihatkan rambutnya 'ditarah' secara paksa dan jadi makin menipis akibat sikat tersebut, sikat tersebut menjadi mangsa lemparan beliau melalui tingkap tersebut.

Sebaik beliau menceritakan kisah tersebut, kami samaada nak ketawa ataupun akak merasa sungguh kasihan melihatkan rambut Arwah emak yang memang sediakala sedikit menjadi makin sedikit. Arwah mak dalam pada sedih dengan kehilangan sebahagian rambutnya, turut merasa kelakar dan siap berpesan jangan beli lagi sikat serupa itu. Akak pula tidaklah mencari sikat yang telah Arwah emak lemparkan dari tingkap tersebut.


Kau berikan mama.. kasih sayang maha suci... betapa agungnya tiada ternilaikan...


setiap nafas yang kuhembus...setiap degupan jantung... aku selalu memikirkanmu...


LUEM





15 comments:

  1. saya 1st time nampak sikat macamtu makcik~~

    ReplyDelete
  2. simpati kat emak..tak pasal2 tapi gelihati jugak..heheh

    ReplyDelete
  3. Akak
    "Kebetulan dia berdiri di depan tingkap..."
    I terbayang antu KakLimah berdiri kat tingkap..

    Ooops mahap, selalu aje digress..
    I tak suka bila gunting rambut, hairdresser guna sikat cam tu. Tak sker bunyi 'drus..drus..drus' tiap kali dia mencantas my rambut.

    ReplyDelete
  4. adakah penjodoh bilangan yang betul 'sebilah'? sebilah sikat? hmm...

    ReplyDelete
  5. Akak, I baru je tadi terjumpa guru BM I masa Form 1 dulu.. I think I nak add dia lah.. I plan, bila kami dah kembali meswa, baru I nak tanya dia,
    "Cikgu, satu ada sowang wawan.. nama dia juliet (kalau bg nama penuh dia search kat FB plak, kan? I nak jaga airmuka Akak.. I kan ke baaaeeekkk??).. Juliet ni kan Cikgu, masya syolah dulu, dia syelalu panjat pagar, curi2 pi tengok wayang n kekdg pi zoo bila wimau kat situ antaq sms windukan dia.. Dia kan Cikgu, dia kaaann.. dia konpius, apa penjodoh bilangan yg thethuwai utk sikat.. Ciyan kat dia Cikgu!!"

    Sekian, terima kasih.. Kalau ada hasilnya nnt, I akan buat n3 perdana kat umah I..

    ReplyDelete
  6. ingat tak sikat zaman afro look dulu..sekitar tahun 70an.?

    ReplyDelete
  7. bujal...
    sikat macamtu memang banyak waktu dahulu... dengarnya kedai gunting pun masih menggunakan sikat begitu...

    ReplyDelete
  8. Shina...
    kalau menengokkan cara arwah bercerita lagi gelihati... simpati sangat sebab kejadian tu telah menipiskan rambutnya yang memang sedia nipis....

    ReplyDelete
  9. kak som...
    kalau betul cara menggunakannya... rambut akan jadi sangat cantik....
    tapi i sejak dari hari itu, memang tak pernah beli lagi sikat tersebut... yang kena campak keluar pun i tak mencarinya...

    ReplyDelete
  10. KOG...
    bila sikat ada pisau... jadi bilah...
    setujulah.. setuju....

    ReplyDelete
  11. Ja..
    kalau i tak dapat sms windu pun i pergi jugak cari rimau tu....
    baguslah u usahakan bertanya sana sini mengenai masalah i tu... i sendiri pun malu nak bertanya...

    ReplyDelete
  12. doktor...
    sebilah sikat bila sikat itu 'transform' jadi pengikis rambut....
    heheheheheee... kalau mushkil, kita tanya DBP nanti...

    ReplyDelete
  13. Cikgu Hani...
    bila kita dah melalui zaman 70an/80an/90an... kita akan terjumpa macam-macam... interesting sungguh, kan?

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata