Thursday, April 14, 2011

1007 ~ Kenangan masa dolu-dolu....


( saja letak gambar Aisyah sebab masa kecik2 dulu... ibu aisyah pun kiut macam Aisyah...- hehehehe statement verani mati kena baling telor busuk.....)









Antara kenangan yang masih segar dalam ingatan..
( Saja nak mengenang sebelum awak (akaklah tu) menjadi lupa... sebab kita ni pelan sehari usia makin meningkat... Segala yang ada adalah pinjaman semata-mata. Sikit-sikit nanti akan diambil oleh yang memberinya... ( ALLAH snw)).

Sewaktu akak masih kecil dahulu... (lama sangat dah tu... dekat 47 tahun yang dahulu) sewaktu akak diambil dan dibela oleh ibu angkat.. akak turut di jaga dengan penuh kasih sayang oleh seorang kakak saudara.... (kalau lihat gambar di atas... beliau adalah yang berjubah hitam). Beliau memang tinggal dengan ibu angkat akak kerana ibu angkat akak adalah ibu saudaranya yang juga membela beliau selepas ibu beliau meninggal dunia sewaktu melahirkan adik lelakinya. Kebetulan adik lelakinya juga turut meninggal dengan ibu kandungnya. Membesarlah beliau bersama ibu saudaranya iaitu ibu angkat akak.

Oleh kerana memang tidak mempunyai adik beradik lain, nasib akak menjadi sangat bertuah kerana turut dikasihi oleh beliau. Beliau menjaga segala keperluan akak. Pernah diceritakan oleh saudara akak yang lain, setiap hari beliau akan memeriksa susu dalam tin kerana hendak memastikan akak tidak akan terputus bekalan susu. Pakaian akak pun dia yang mengambil berat. Beliau yang pernah pergi belajar menjahit baju sering menjahitkan baju-baju untuk akak... Bila musim raya, baju kurung memang beliau yang akan jahitkan sehinggalah beliau berkahwin dan mempunyai anak masih lagi beliau jahitkan baju kurung untuk akak setiapkali raya.

Bila hari-hari beliau tidak bekerja, akak akan dibawa berjalan-jalan menonton wayang ataupun pergi ke zoo. Kalau zaman-zaman dahulu hanya itulah tempat hiburan yang kiranya paling besar dan mewah untuk dinikmati... Jika ada yang lain pun ialah pergi berkelah di tepi pantai... Budak-budak sekarang saja yang terlebih manja dengan pergi bercuti di Hotel dan luar negeri. Budak zaman dahulu... dengan hiburan yang terhad begitu pun sudah memadai....

Saja ingin akak coretkan di sini untuk menjadi bacaan dan pengetahuan buat anak-anak akak. Bagaimana nantinya bila akak sudah tiada.... saudara mara jangan dilupa. Walau apa pun mereka pernah berjasa pada akak sewaktu proses akak membesar.




sayang dan rindu pada awak

LUEM

7 comments:

  1. muga terus bersambung ikatan persaudaraan..banyak untung, tak rugi :)

    ReplyDelete
  2. Betul kan Akak...bila kita mengungkap kenangan lama ianya hanyalah buat tatapan anak kita di kemudian hari.

    It's good to be loved! ;)

    ReplyDelete
  3. Kalaulah masa Akak tecik2 dolu Akak comey mcm Aisyah n I plak skit lbh muda drp Akak, musti I berlakon jd bdk tak ckp akai, pi geget2 Akak..

    Kenapa Akak dibawak ke zoo, tp tak ke muzium?? Tolong jwb SEGERA sbb I curious gila vav* nih!!

    ReplyDelete
  4. madora,
    betul kata u sis...
    panjangkan dan sambungkan silaturrahim adalah terbaek...

    ReplyDelete
  5. lili...
    yes lili...
    sesuatu yg kita tak pernah ada... jika lah arwah mak kita pernah buatkan diary masa dulu, byk kenangan yg boleh kita kenang.... kan?
    yes..lili... it's so good to be loved and IN LOVE... hehehehehe.....

    ReplyDelete
  6. ja...
    jika u geget ai... mesti i ngadu kat mak ai....
    mak ai garang, u know....
    all my childhood fren bery2 secad(scared) of my mother u know.....

    ReplyDelete
  7. ja...
    i also go to muzium la....
    i forgot to story .... now i remember after u mentioned...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata