Gambar semalam...
Gambar 2 tahun dahulu..
Sewaktu Aisyah baru berusia 3 tahun akak sudah di sahkan mengalami kegagalan buahpinggang. Sebelum itu akak sering sakit-sakit dan lemah tak berdaya. Bernafas dalam kepayahan dan mengalami bengkak kaki. Akak syak akak mengalami masalah jantung tapi setelah membuat pemeriksaan yang teliti barulah diketahui puncanya.. Kedua-dua buah pinggang akak sudah tidak berfungsi.
Aisyah telah merapatkan dirinya dengan kakak-kakaknya. Tanpa akak dan abahnya, Aisyah tidak terasa sangat tapi jika tanpa salah seorang dari ketiga-tiga kakak-kakaknya, Aisyah akan merasa sedih. Dan apabila akak sering mendapatkan rawatan di CCU, Hospital Serdang... Aisyah tidak begitu payah untuk ditinggalkan.
Sekarang Aisyah sudahpun berusia 6 tahun. Setiap pagi dia akan bangun dan bertanya kemana akak hendak pergi bila bersiap-siap. Dan setiapkali itu juga Aisyah akan mendoakan agar akak kembali sihat dan tidak perlu lagi mendapatkan rawatan dialysis di Hospital.
Hari Khamis baru ini, sewaktu memandikannya... akak meninggalkan dia sebentar untuk mengambil baju sekolahnya di bilik bibi di tingkat bawah. Sekembalinya akak, sangat hiba sekali bila akak lihatkan dia menangis hiba... Akak bertanya mengapa dia menangis... Jawapan yang diberikannya sangat menghibakan hati akak " Saya ingat ibu dah pergi tinggalkan saya....".
Aisyah seolah-olah dah dapat menerima bahawa akan tiba satu ketikanya akak akan meninggalkan dia sendiri... Mungkin sebab dah terbiasa dengan situasi begitu lebih-lebih lagi pernah sekali tu sewaktu dia sedang tidur akak mengalami kesesakan nafas dan dibawa ke Hospital dengan ambulan dan lebih kurang hampir sebulan jugalah akak tidak kembali kerumah...
Hari ini Aisyah telah membuat satu keputusan yang tak pernah dilakukannya sebelum ini. Permainan Nintendo DS kakak Ain telah dibawa kesekolah. Tak pernah dia buat tindakan begitu tetapi pada hari ini dia lakukan juga. Kami ketahui mengenai hal ini apabila pembantu rumah memberitahu Aisyah membawa permainan tersebut dan cikgu di tadikanya juga ada menalipon mengatakan Aisyah membawa permainan yang berharga.
Aisyah menyembunyikan kesedihan dia ditinggalkan dan dibiarkan kesekolah sendiri (walaupun dibantu pembantu rumah) dengan membawa permainan yang dia sendiri tahu dia di larang sama sekali untuk membawanya kesekolah. Tapi pada hari ini Aisyah dah lakukan juga.
Akak perlu tanggani masalah ini. Akak dapat rasakan ini adalah tindakbalas Aisyah pada sesuatu rasa seolah sunyi dan ditinggalkan. Aisyah sepatutnya dalam usia begitu tidak sepatutnya tinggal begitu...
# Sedang memikirkan apa yang harus akak lakukan untuk tidak meninggalkan Aisyah hingga 4x seminggu. Ada cadangan?
LUEM
saya tak dapat bayangkan kesedihan orang lain bila saya da trakde nanti~~
ReplyDelete*eh ada yang nak sedih kah? he~~
yay~dapat 1st!!!
ReplyDeleteentri 1001~
*balas dendam tak dapat 1st entri 1000~
-___- Ya Allah, tersentuhnya ngan entry akak ni. Alahai Aisyah sayang...
ReplyDeleteKak, mesin cuci darah tu mmg x boleh dibeli ye? kalau x, boleh akak cuci darah kt umah je kan? atau pon kita sesama doa semoga akak diberi kesihatan yg sangat2 baik supaya lps ni akak dah x perlu tinggalkan Aisyah 4x seminggu lagi camtu =)
bujal...
ReplyDeletememang tak boleh nak bayangkan...
tapi... kalau pun kita tahu bila kita akan pergi, kita memang tak akan pernah bersedia....
Bujal..
ReplyDeletekiranya u 'anak melayu malaysia yang pertama' dapat komen di entry yang ke 1001.... hihihihihihihi...Tahniah....
Ai...
ReplyDeleteTerima kaseh atas doa Ai itu.
Untuk membeli mesin memang tak da problem.. kepakaran untuk menjaga dan menggendalikannya yang memerlukan orang yang pakar... back to square one jugak.. ada mesin sendiri pun.. tetaplah di hospital tempat yang selamat untuk dialysis kerana semasa dialysis, macam2 boleh terjadi jika tidak dipantau dengan petugas yang dah mahir dan pakar. dalam bidang dialysis.
lain muka aisyah berambut panjang, comel :)
ReplyDeletekalau memang takde cara untuk akak tidak ke dialysis, kena cari cara bantu aisyah hadapi keadaan dengan positif. cari perkara2 yang boleh dijadikan reward bagi behaviour yang ingin dicapai dan dilakukan bertahap2.
we try help her to develop coping strategies :)
madora..
ReplyDeleteitu gambar Aisyah 2 tahun lepas... masa kecik.. agaknya masa tu adalah masa akak mula sakit... masa tu terasa memang dia kecik lagi sangat.
Insya'Allah... membela dan mendidik anak pembelajarannya adalah setiap saat berubah-ubah.. saranan you sangat baik untuk dikongsi.. thank you sis...
gambar semalam nampak lebeh muda dari 2 tahun lalu. tadi nak tulis tertinggal..yang rambut panjang tu pada pandangan i, nampak macam umie aida
ReplyDeleteSedihnya Ate baca n3 ni. Mengalir air mata membayangkan kesedihan Aisyah yg tidak tahu bagaimana nak menyalurkan perasaan sedih dan takutnya dia akan kehilangan org tercinta. Sian Aisyah. Pasti akak lebih2 lagi sedihnya. Akak pernah tak discuss masalah kesehatan akak dengan dia? Bagaimana, kenapa, apa dsbnya. Then beri dia assurance that akak tersangat menyayangi dia tapi Allah itu Maha Penyayang. Sebanyak mana pun syg akak sbg ibu kepada dia, Allah lebih2 lagi. Beri dia contoh2 yg dia 'boleh nampak' betapa Allah menyayangi dia dengan nikmat2 yang dia terima. Juga hakikat semua di dunia ini hanya pinjaman. Bila2 Allah akan ambil, Allah sahaja yang akan kekal dan Dia Maha Memelihara, Maha Melihat, Maha Mendengar, tidak pernah tidur atau lupa. Maka Dia akan sentiasa menjaga Aishah. 'Sessi bicara dari hati ke hati' ni boleh di lakukan dengan beberapa kali ikut suasana yg sesuai dan seboleh mungkin dengan bahasa yang mudah.
ReplyDeleteKadang kita underrate kemampuan berfikir anak2 kecil. Sebenarnya mereka lebih cerdik dan mempunyai pemikiran yg kritis tapi polos. Mungkin mereka memerlukan masa untuk memahaminya tapi Insyallah mereka akan memahaminya. Satu lagi masalah kita, kdg kita sendiri kurang yakin dg Allah sbg 'Maha' Segalanya. Ini apa yg Ate rasa. Kita cakap atau explain dg anak tapi kita sendiri doubt dg apa yg kita cakap. Entahlah kak. Moga Allah beri akak kekuatan dan Allah bukakan hati Aisyah untuk 'memahami keadaannya'.
Maaf sekiranya Ate silap.
Wallahualam.
madora,
ReplyDeletemungkin sebab aisyah nampak lebih muda sebab bila mukanya berisi dari 2 tahun lepas...
hehehehe... macam muka umie aida?.. akak pun minat jugak dgn umie aida..
Ate...
ReplyDeleteterima kaseh berikan panduan panjang lebar...
Insya'Allah... akak akan berbicara dari hati kehati dengan aisyah pada tika yang sesuai... akan ceritakan pada dia seperti yang Ate sarankan...
terima kaseh Ate beri pendapat yang membantu akak... Jazakallahu.... apa-apa nanti akan akak ceritakan kemudian...
aslmkm kak...follower dh lama tapi slalu jdi s.r je..harini hati tergerak hti..entry yg sgt syahdu..menitis airmata ini..sbb masa sekcik aisyah dil pun mengalami situasi mcm tu..mlh lgi teruk..sbb mak dil brbulan lamanya di hspital..usia 10 thn kena jaga adik yg bru lhir dn adik dil x dpt menyusu susu ibu..kdg2 dil trtanya knapa mak selalu tiada...dn adkh mak akn pg..namun alhamdulillah..mak masih ada dn dpt mliht cucu sulungnya...Insya allah akk..aisyah akn jdi ank yg lbih mtng dn amt memahami erti sebuah khdupn walau dia x pamerkn...semoga akk siht dn kuat..:-)
ReplyDelete