Thursday, April 07, 2011

1000 ~ Entry ke 1000 ~ SeeeRiiiBuuuu.....








Puas akak memikirkan untuk entry yang ke 1000 ini apa yang hendak akak ceritakan.. Setelah puas berfikir dan berfikir bangun tidur dan bangun semula... dapatlah kesimpulannya apa yang ingin akak kongsikan bersama-sama di sini.

Pertama sekali akak menulis blog ialah pada 5hb Ogos 2009...

Pertama kali dalam hidup akak membaca blog ialah sewaktu akak mendapatkan rawatan di CCU. MA Wan Ahmad Lutfi telah mengenalkan akak kepada blog saudara kembarnya iaitu Arwah Nafastari yang ketika itu sedang bertugas di Pakistan. Di dalam blog tersebut akak rasa sungguh terhibur dengan gaya penulisan Arwah Nafastari yang banyak menceritakan kisah kehidupannya ketika masih anak-anak dan juga kisah beliau di perantauan bersama isteri dan anak kecilnya. MA Lutfi dan isterinya Puan Siti Zaharah juga sanggup meluangkan masa mengajar akak cara-cara hendak membuat blog. Sejak dari hari itu akak tidak berhenti menulis dan terus menulis sehinggalah pada entry ke 1000. - Al Fatihah buat Arwah Wan Ahmad Fadzil ( Nafastari ).

Kebetulan hari ini adalah hari khamis. Banyak perkara yang bersejarah terjadi pada hari Khamis.

Akak nikah pun hari Khamis....

Pada hari ini juga adalah sempena hari yang ke ......... kasih sayang kami terjalin. Alhamdulillah.
Semuga kasih berpanjangan. Insya'Allah.

Setiap 3 kali seminggu akak harus ke ofis... Isnin..Rabu..Jumaat...manakala hari Selasa adalah hari akak mengaji dengan Ustazah Aslina. Dan kebetulan pada hari yang istimewa ini iaitu hari Khamis... adalah satu-satunya hari akak akan menemankan anak bongsu akak iaitu Aisyah sehingga dia menaiki bas sekolah. Bila dalam 4 hari kita terlalu sibuk dengan urusan yang perlu... satu hari adalah wajib diperuntukan buat Aisyah. Itulah janji akak padanya....




Sayang Awak selamanya itulah janji saya

LUEM

21 comments:

  1. syabasss! (bukan syarikat air) :)

    ReplyDelete
  2. Best! Gambar kek sangat bermakna sekarang...
    ;)

    Semoga Akak terus menulis.

    ReplyDelete
  3. akakkkkkkkkkkkkkk



    n3 pB hari ni pun cukup 1000


    kiter seruper larrrrrrrrr


    tahniah tahniah

    ReplyDelete
  4. welcome to the club..hani dulu masa cukup n3 seribu tak terfikir lak nak celebrate..so, lets celebrate yours k..Congrats! tahniah! well done! teruskan menulis sebab hani seronok baca blog akak ni..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak. Mg Akak terus menata kenangan, berbagi cerita di blog ini.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Alah...sorry lah Rahmah, akak delete the first comment, tersalah ejaan pulak..jari2 akak ni kebas tapi nak juga menaip..
    anyway, congrats..keep on writing and stay healthy..

    ReplyDelete
  8. KOG,
    terima kaseh!!!!
    (Gaya lavid alumugam)

    ReplyDelete
  9. Lili...
    I gunapakai idea yg u bagi...
    thank you...

    ReplyDelete
  10. pB,
    Sekalung Tahniah buat u juga.....
    dan tahniah juga dengan kedatangan baby boy...
    (rasanya akak dah ucapkan tahniah masa baru bersalin dulu.. tapi saja nak ucapkan sekali lagi..)

    ReplyDelete
  11. bujal...
    terima kaseh...
    makcik sangat terharu...

    ReplyDelete
  12. Cikgu Hani...
    terima kaseh...
    kita celebrate sama-sama yer...
    sama-sama dah capai entry ke 1000.

    ReplyDelete
  13. Ate...
    terima kaseh....
    sama-sama kita ...

    ReplyDelete
  14. kak Nani...
    terima kaseh kak nani kerana sokongan kak nani...
    saya doakan agar kak nani juga akan sihat sentiasa..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. melalui blog ni akak temu ramai kawan dan saya bertuah dapat bertemu blog ni dan berkenalan dengan akak.
    ganjaran kebaikan buat arwah dan MA dan isteri sehingga terlahirnya blog akak.
    bila arwahnya meninggal? bolehkah dibaca lagi blognya?

    ReplyDelete
  16. madora...
    Alhamdulillah...
    mmg banyak yg akak alami sejak berblogging... dan jumpa u antara yg menarik....
    U boleh baca blog nafastari di tepi sebelah kiri.. beliau meninggal kerana kemalangan kereta sewaktu mahu pulang bercuti ke kampongnya awal bulan mac lalu... u boleh baca juga blog isteri arwah iaitu Mawarnafastari dan juga blog isteri MA Lutfi iaitu Permata Soffhas.. semua u boleh cari di sebelah kiri - link ke blog2 kenkawan.....

    ReplyDelete
  17. Akak, awatlah I ni asyik ketggalalan LRT?

    Tahniah atas kelahiran n3 ke 1000 ni.. *kagum gilos

    Akak, sbg pemegang segala mohor yg ada atas mokabomi ni, i dgn ini mengisytiharkan ari Khamis sbg ari cuti utk Aisyah!!

    *Mak Ngah Ja ni baeeekkkk..

    ReplyDelete
  18. Tahniah x 18

    I ingat lagi masa memula berjinak2 kat blog you. I tanya nak panggil you apa? (kekdah sedor diri I nih lebih senior dari you). Since you kata panggil apa2 pun boleh (eg ibu/akak), maka I pun ambik jalan cerdik panggil you AKAK aje (selamatlah I, tetiba I jadi lbh 'muda' dari you. Mungkin ada yg heran, awat I panggil you Akak n you panggil I KAK ... Thom?). Shh..

    ReplyDelete
  19. ja...
    u mmg ketinggalan lrt sebab tu tak pernah simpan schedule perjalanannya...hiihihihihi...
    u mmg sgt disayangi oleh Aisyah kalau aisyah tahu u bg coti...

    ReplyDelete
  20. kak som...
    sampai kramp perut i ketawa komen you....
    kiranya u ambil jln yg paling cerdik sebab u call i akak.... kihkihkihkihkih.. mujur muis takder tgk i ketawa besar...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata