Sambungan dari dahulu...
26. Majlis-majlis zikir adalah majlis para malaikat sebaliknya majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan. Kini terserahlah kepada seseorang untuk memilih mana-mana majlis yang dia suka dan setiap orang akan menyukai sesuatu yang secocok dengannya.
27. Zikir menyebabkan orang yang berzikir menjadi seorang yang bertuah dan berbahagia dan demikian juga mereka yang duduk disampingnya. Sebaliknya orang-orang yang lalai dan melakukan sesuatu yang sia-sia adalah malang dan demikian juga orang-orang yang duduk disampingnya.
28. Zikir akan menyelamatkan seseorang daripada penyesalan pada hari kiamat. Oleh sebab itu, disebutkan dalam hadis bahawa setiap majlis yang lalai daripada mengingati Allah swt membawa kerugian dan penyesalan pada hari Kiamat.
29. Jika seseorang yang berzikir berseorang diri turut mendapat taufiq untuk menangis, maka dia akan ditempatkan di bawah naungan 'Arasy Ilahi pada hari Kiamat sedangkan ketika itu manusia dalam kegelisahan kerana kepanasan yang amat dahsyat pada hari itu.
30. Allah swt mengurniakan kepada orang yang sibuk berzikir lebih daripada orang yang meminta kepadaNya. dalam sebuat hadis Qudsi Allah swt berfirman, " Sesiapa yang sibuk berzikir sehingga tidak sempat berdoa kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada orang yang berdoa kepadaKu."
31. Sungguhpun zikir merupakan ibadat yang amat mudah kerana menggerakkan lidah itu lebih ringan daripada menggerakkan seluruh badan namun zikir adalah ibadat yang lebih afdal daripada seluruh ibadat yang lain.
32. Zikrullah merupakan pohon di dalam syurga.
33. Keampunan dan ganjaran seperti yang dijanjikan Allah swt melalui zikrullah tidak akan diperolehi melalui mana-mana amalan yang lain. Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang membaca kalimah dibawah ini
Lailla haillallah, Wahdahu la Syarikallah, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Yuhyi Wayumitu, Wahuwa Alla Kulli Syaiin Qadir...
sebanyak seratus kali pada suatu hari maka dia akan mendapat pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dicatatkan dalam buku amalannya seratus kebajikan, dihapuskan daripadanya seratus dosa, dipelihara daripada syaitan sehingga ke petag, tidak sesiapapun yang lebih baik daripadanya kecuali orang yang membaca kalimah itu lebih daripadanya. Banyak lagi hadis yang menyatakan zikrullah adalah amalan yang terafdhal.
34. Seseorang yang berzikir secara istiqamah akan terselamat daripada melupakan dirinya sendiri. Melupakan diri sendiri akan menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat. Oleh itu lupa daripada mengingati Allah swt merupakan sebab seseorang itu lupa akan diri sendiri serta mengabaikan segala jenis kebaikan untuk dirinya. Allah swt berfirman,
' Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah lalu (Allah menjadikan) mereka melupakan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang yang fasik."
( Al-Hasyar : 19 )
Apabila manusia melupakan dirinya maka dengan sendirinya dia lalai daripada segala perbuatan yang boleh membawa kebaikan untuk dirinya. Akhirnya sikap ini akan menjadi sebab kemusnahannya. Seseorang akan hanya terselamat daripada kebinasaan ini apabila lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah.
35. Zikir meningkatkan kerohanian seseorang - secara berterusan. Walaupun seseorang itu berada di atas tilam, di pasar, ketika sihat ataupun ketika sakit dan ketika berseronok-seronok mengecap kenikmatan. Tidak ada satu amalan lain yang boleh menjadi sebab peningkatan kerohanian pada setiap masa. Oleh itu tidur seseorang yang hatinya bercahaya dengan nur zikir lebih baik daripada seseorang yang berjaga sepanjang malam dalam keadaan hatinya lalai.
36. Nur zikrullah akan bersama seseorang itu sama ada di dunia mahupun di dalam kubur dan nur tersebut berada di hadapannya ketika dia melintas titian sirat. Allah swt berfirman,
Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kekufuran ) kemudian kami hidupkan dia (semula dengan hidayah dan iman) dan kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah dan dapatlah) dia berjalan dengan cahaya itu di tengah-tengah masyarakat manusia. ( Adakah orang yang demikian keadaannya ) sama seperti orang yang berada dalam kegelapan (kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"
( Surah Al-An'am : 122 )
Orang pertama yang dimaksudkan ialah orang-orang mukmin yang hatinya bercahaya dengan beriman kepada Allah swt,
'mahabbah' ( mencintaiNya ),
'makrifat' (mengenaliNya ),
'zikrullah' ( sentiasa mengingatiNya).
Sementara orang yang kedua tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Sebenarnya 'nur' itu adalah sesuatu yang begitu unggul, dalam 'nur' itu terdapat kejayaan yang sempurna. Justeru, diriwayatkan dalam beberapa hadis, Rasulullah saw senantiasa berdoa supaya Allah swt menjadikan nur pada daging, tulang, otot, rambut, kulit, telinga, mata, di atas, di bawah, di kanan, di kiri, di hadapan dan di belakang. Baginda saw memohon supaya keseluruhan dirinya dijadikan nur. Mengikut kadar nur dari zikir, amalan-amalan yang lain akan bercahaya. Amalan daripada sesetengah orang menuju ke langit dalam keadaan seumpama cahaya matahari dan cahaya yang seumpama itulah akan kelihatan pada wajah mereka pada hari kiamat.
Allahuakbar..........
akan disambung.
tanpa nur, gelap gelita. muga kita kuat berusaha mencari nur dan melembutkan hati yang menangis dan tidak menyesal pada hari itu.
ReplyDeletetentu sekali mengharap berjiran ditaman abadi
madora...
ReplyDeletenak melembutkan hati pun dgn berzikir... jika dah sebati dgn diri.. mmg indah kan?...
yg plg akak terkesan part, setiapkali kita zikir malaikat bina mahligai untuk kita disyurga.. bila kita berhenti zikir.. malaikat pun berhenti drp membina sehingga kita berzikir kembali.... indahnya....