Saturday, April 30, 2011

1024 ~ Dah Kena Dah.....


KM 26 L/RAYA SILK
30/3/2011


Jenis kesalahan - Pandu lebihan Laju 13 KM/J
Laju Di Kesan: 93 KM/J
Had Laju: 80 KM/J


Suami : Yang... siapalah punya kerja ni... (sambil serahkan surat cinta di atas..)

Isteri : Orang lah ni.... Eeeeehhhh... Orang ingatkan had laju 110 KM/J.. orang bawaklah 90 KM/J

Suami : Abang pun ingatkan 200 KM/J....


Bayor jer ler.....

Friday, April 29, 2011

1024 ~ Anggur Memang Masam




2 pasangan pengantin lama sewaktu menonton Upacara Gilang Gemilang Pasangan Pengantin Baru.

Isteri : Wah! bukan main meriah lagi...

Suami : Tak meriahlah.... depa cuma guna musik Organ, kita dulu guna orchestra....

Isteri : Wah! Agung pun kena jemputlah ( sambil membaca rencana di Akhbar Star )

Suami : Agung kena jemput? Abang kepada doktor Agung tak kena jemput?

Isteri : Doktor Agung pun tak kena jemput.... apa kena mengena pulak...

Suami : Eleh! Kalau kena jemput pun, abang tak kuasa nak pergi...

Isteri : ( Talk dalam liver ) Parah jugak sebab masamnya anggur hari ini......




1023 ~ Memang sah, anak ibu......


Gambar terbaharu...
(Ain makin meninggi...)



Gambar 2 tahun sudah..
(Ain masih rendah dari Qeeb)


Perbualan 3 beradik...

Qeeb : Qeeb ada lesung pipit sebelah kiri pipi...

Ain : Saya ada sebelah kanan pipi....

Qeeb : Wah! kakak ada dua-dua belah pipi..lesung pipit...

Ain : Aisyah ada sebelah kiri sajer.... sama macam saya sebelah saja.....

Qeeb : Abah ada dekat mulut.... Ibu takder....

Aisyah : (Muka paling yakin....) Ibu ada kat dapurlah......

( Maksudnya ibu ada di rumah... di dapur.....)

Berderai ketawa adik beradik........


kau ciptakan rindu..kau ilhamkan bahagia.. kau yang terindah dalam hidupku.

LUEM

Thursday, April 28, 2011

1022 ~ Anak Bongsu Ibu.....


Budak ini kalau hari Khamis, Sabtu dan Ahad... memang pandai...
Dia tidur selena-lenanya...
Bila Hari Isnin, Rabu Dan Jumaat...
bila ibunya sedang bersiap-siap nak ke ofis, dia pun boleh bangun... walhalnya ibu dia punyalah buat kerja pelan-pelan... tapi tetaplah dia akan bangun... merengek tak bagi pergi...
Kalau hari ibu dia memang tak ke ofis..
malam sebelum tidur dia dah Saiko ibu dia...
Dia cakap :
Ibu, esok ibu ada kan temankan saya...
ibu ada kan masa saya pergi sekolah..
ibu ada kan masa saya naik bas sekolah....
ibu ada buatkan saya makanan sebelum saya pergi sekolah?...

Jadinya pagi ini..
ibu dia bangun lambat...
tidur sama-sama dengan dia...
sama macam arwah emak ibu dia yang masa ibu dia kecik-kecik dok tidur sama-sama dan
pelok/gomol anak dia....

Hajatnya:
Nak biar dia tidur puas-puas...
lepas tu hantar dia ke sekolah sendiri...
(kesian dia.. seminggu sekali jer dapat dihantar ibu dia...)

Saya suka hari cuti dialysis.......





I might have been in love before, but i never felt this strong

LUEM

Wednesday, April 27, 2011

1021 ~ Hujan....


Hujan rahmat turun sejak awal pagi...
sebabnya semalam kereta akak dah dicuci bersih dan siap selubung lagi, makanya tidak tergamak pula akak nak kotorkan....
ini salah satu perangai akak dari dulu2 lagi...
kereta baru cuci, memang tak akan dibawa keluar jika hujan.....
nehi..nehi... tak sanggup... mencemar duli kereta ku.....




Tiba di opis, nampak kerusi dah bertukar...
macamana punya tukar pun, akhirnya balik semula pada akak...
tak kose nak menukarnya lagi...
minta Muiz ambilkan botol air untuk di sangga di kaki kerusi...
dapatlah tinggikan bahagian letak kakinya...
Thank you, Muiz...



Mesin ni nampak awalnya nak macam meragam...
lepas tu okay pulak....
ingat dah nak kena tukar tempat duduk....



Entahlah kenapa mesin penimbang macam dah tak mahu bagi turun berat...
suami pun dah berkali menegur akak dah nampak comel berisi sikit.... Rasanya dry weight yang ditetapkan 61kg dah boleh naik kotnya.... - harap sangat sebab boleh kurangkan bayar hutang lapok

SN Ros siap mengatakan 'Meriahnya' tarik air sehingga 3.7kg...

Akak jawap 'bukan nak riak' tapi memanglah banyak 3.7kg tu..... - Nak jawap apa lagi.. dah memang salah sendiri.... makan-makan-makan... ekceli.. minum-minum-minum saja



Bilaku rindu padamu..ku sebut namamu bertalu...maka damai di ruang hatiku ini...

LUEM

Monday, April 25, 2011

1020 ~ Kepak Ayam Punya Kisah....





Lokasi Kejadian : Ruang Makan.

Pelakon Utama :
1. Aisyah.
2. Ibu Aisyah.
3. Zahrah.

Waktu Kejadian : Sebaik Aisyah Pulang sekolah.

Aisyah pulang sekolah pukul 3.30 petang. Ibunya dengan semangat jati diri ibu mithali telah menyediakan chicken wing panggang untuk Aisyah. Sebelum itu kami semua sudah makan tengahari dengan Nasi Ayam.

Sebaik Kepak Ayam pun masak...piranha warga rumah no 8, duduk mengadap Aisyah yang sedang makan Kepak Ayam Panggang di meja makan. Memang sungguh menyelerakan..

Gambar dibawah ini adalah hasil gugelan...
Gambar Kepak Ayam yang akak masak tak sempat nak diambil kerana telah dibahammakan oleh piranhapenghuni rumah no 8.



Dengan sabarnya kami semua para piranha menanti dengan penuh keimanan kesusilaan dan kesopanan....

Tiba-tiba kakak bersuara :

Zahrah : Bestnya kalau saya jadi Yoda... saya pejamkan mata... Kepak Ayam itu sampai pada saya....

Memang lawak mendengarkan kata-kata Zahrah. Sanggup menjadi Yoda hanya kerana hendak menikmati Kepak Ayam.???...

( Untuk yang tidak mengenali siapa Yoda.. beliau adalah watak dalam Filem Star Wars dan memiliki kekuatan dalaman seperti mengalihkan kapal angkasa hanya dengan menutupkan matanya danberjaya mengangkat kapal angkasa yang terbenam dalam lumpur...)




1019 ~ Syahdunya Pagi Isnin......


Saja nak berkongsi rasa dengan kenkawan semua....
Hari ini sesungguhnya amat syahdu...
- walau keluar dah terlewat kerana Aisyah merengek..
- Jalan dah semakin sesak....
- Parking dibawah pokok dah diambil orang...(setakat parking diambil orang... apalah sangat...kan?...)

Haaaaaa..... bila bahagia... semuanya indah.... ( Ja, sure u setuju kan?....)

Gambar ni, masa dtg awal... parking banyak lagi...
tadipun dapat jugak parking walaupun penuh tapi parking dihujung dunia



Mesin Dialysis... sangat baik dan tidak meragam meroyan mcm kekadang tu....
(Pssstttt... itu dua SN yang paling disayangi pesakit..... SN Ros dan SN Romela..ada lagi 2 nanti akak masukkan gambar SN Diana dan SN Zuraida..)



Berat pun cantik juga pagi ini.... setelah 2 minggu berat naik bagai tak hingat dunia.. setelah dapat berpuasa minggu lepas, berat air pun dah nampak terkawal... 2 minggu lepas, lepas cuti sabtu ahad.. naik sampai 6kilo.... cuti sabtu ahad ni... naik cuma 3.6kg...

Eeeeeeeeee...........leganya.....



kumencintaimu lebih dari apapun ......


LUEM

Sunday, April 24, 2011

1018 ~ Hari Keluarga....


Semalam seharian berehat-rehat sahaja sebab terdemam...
sungguhpun demam, tetap juga berpuasa sebagai langkah2 untuk menjaga air...

Pagi-pagi tadi, suami ajak bersarapan bersama-sama di Tepian Bangi.
Roti Sardin menjadi pilihan kami...

Untuk tengahari pula kami keluar ke Jusco di Balakong., Cheras..
Untuk membeli barang makanan dan makan tengahari di sana...

Tiba di ruang troli, trolinya tiada pula...
menanti Qeeb dan abahnya mencari troli di kawasan parking kereta...




Troli pun tiba tak lama kemudian...



Barang pertama yang jadi pilihan...
Lemon..
sangat sesuai untuk buat air minuman dan salad sayur + buah2an...



Makanan anak Korea juga jadi pilihan..
( Bela lagi anak Korea... )



Untuk anak-anak kucing disediakan permainan untuk anak2 kucing 'mencakar'



Selesai membeli belah... anak-anak menjadi tukang angkat barang..
tapi upahnya lumayan jugak...



Asalnya nak makan tengahari di Johnny's... tapi waktu itu terlalu ramai pelanggan
makanya kami pergi makan Teppanyaki..



Aisyah memilih untuk memakan California Roll...



ABC yang di alih nama Fuji Snow...
Sedap.. tak kedekut air gula melaka...
masih terasa hingga cedokan terakhir....



Teppanyanki Daging pilihan ibu
Sotong pilihan abahnya
Salmon pilihan anak-anaknya...



Memang kenyang... nak tarik nafas pun dah mengah...



Ha.... akhirnya jumpa juga dengan barang yang paling dicari ibunya....
Untuk mereka2 yang berskyping... ( Ja, sila bersabar ya...)



Aisyah yang ternampak permainan Nintendo DS sedang memujuk abahnya untuk membelikannya sempena harijadinya yang lagi 2 bulan...



Demam pun hilang....
Malam ni nak melayan cucu-cucu saudara yang hendak singgah...
Perlu ke dapur untuk masak sesuatu....



Engkaulah Yang Satu... pujaan hatiku.... Kasih yang kurindu....

LUEM

1017 ~ Sarapan yang dinanti siri 2...


Hari Minggu...
Sarapan yang dinanti-nantikan ialah
Roti Sardin Tepian Bangi, Seksyen 4 Tambahan....
Pekena dengan Nescafe Ais kaw punya.....





Roti Sardin yang ada hirisan cili api...
Bila makan panas-panas dan tergigit cili apinya...
memang rasa nak melompat....
untuk sejukkan mulut...
minumlah Nescafe Ais kaw...



Sekianlah laporan sarapan untuk pagi minggu ini....



Kubersyukur adanya kamu....



LUEM

Saturday, April 23, 2011

1016 ~ Pengguna SILK Highway


Saja akak nak berkongsi maklumat kepada kita sesama pengguna lebuhraya SILK menghala ke Kajang, akak perhatikan dah bertahun-tahun juga Polis Trafik mengadakan tinjauan berkamera menyukat kelajuan 'speed trap' di lokasi yang sama.

Hala arah ke Kajang...
sebaik nampak tanda nama jalan ini, eloklah perlahankan kenderaan...




Kadang-kadang kita boleh nampak 'polis trafik' sedang menembak dari tiang ini..




Tapi... akak perhatikan mereka lebih selesa menembak dari tiang ini yang berbumbung dan redup...
Waktu yang biasa akak kena tembak ialah pukul 1200-130 tengahari...(sebaik habis dialysis)
Selalu akak terkena bila sedang sedap melarikan kereta ala-ala F1.... dengar pulak lagu yang cukup rancak.... Hmmmmm bila dah ternampak Polis Trafik menembak, memang dah terrrrr....lambat lah....




Selalu dah terlebih speed bila terserempak Polis menembak kelajuan dari sini....



Bila lalu tak nampak polis trafik, rasa lega sangat....Itu yang siap ambil gambar lokasi tempat kejadian lagi...



Kau ciptakan rindu .. Kau buat hatiku... terjerat tali cinta.....


LUEM

Friday, April 22, 2011

1015 ~ Sarapan yang paling dinanti2...






Semenjak akak mencuba makan mee hoon yang disediakan oleh pihak hospital dengan mencampurkannya dengan kicap dan tobasco sos.... akak cukup menggemari dan menanti2 hidangan tersebut.

Lama juga akak tak dapat menikmati mee hoon ini. Tobasco sos dan kicap yang akak beli tidak pernah dapat digunakan. Jadinya akak tinggalkan saja dirumah. Barulah hari ni jumpa semula menu mee hoon ini.

Apalagi.... terus sahaja minta supply tobasco sos dan kicap dari Uncle Loo. Bila dah dicampur keduanya... hmmmm... dah tak pandang kiri dan kanan dah... tak menyempat2 lg.. terus ngap.....
tau2nya... burrrpppppp.... Alhamdulillah.....




kumencintaimu sedalam-dalam hatiku....kumencintaimu lebih dari apapun...


LUEM

Thursday, April 21, 2011

1014 ~ Nak besar atau Allergic?





Ibu kucing ni, asalnya baby jugak... bila dia beranak 6.. ke 6/6 anaknya hidup... campur dengan Dhung-dhung (kucing oren) dah jadi 8 ekor kucing....
Penghuni rumah nombor 8 ni dah jadi 15 nyawa kesemuanya....
Oiiiii... ramai tu... kalau boleh mengundi tu.... ???




Budak ini dah dua hari demam, selsema dan batuk...
dah dua hari Menteri Pelajaranberikan cuti buatnya agar dia berehat-rehat saja dirumah.

Bila dia demam... dia hanya baring dan tidak lasak sangat...
selalunya dia tidak akan begitu...
dia akan keluar dibahagian belakang rumah bermain dengan kucing
main air dengan kakaknya Ain...
main dengan permainannya dan barang2 yang boleh dijadikannya mainan...

Yang jadi mushykilnya...
kenapa setiap bulan dia mesti demam..
kalau sekali-sekali demam bolehlah nak katakan demam nak besar tu
tapi...
kalau dah setiap bulan asyik demam, selsema dan batuk...
rasanya bukan sebab nak besar..
sebab allergic pada kucing lah tu...

Nak bagitau tak usah main dengan kucing
memang tak pernah dia nak dengar...
nak diberikan pada orang kucing-kucing tu..
abahnya dan anak2nya dah kasih pada kucing-kucing tu..

Serba salahnya.....


Hanyalah satu... yang bertahkta dihatiku... hanya dirimu.. yang kusayangi...


LUEM


Wednesday, April 20, 2011

1013 ~ Macam mau lari...



Mesin ni selalu bagi akak terkejut....
kadang2 bila kita baru tukar airnya...
dia akan berbunyi sebijik macam
Ferrari di litar sepang....
Menderumm ajer bunyinya....




Akak yg tengah rilek2 mengadap laptop..
kejap2 pandang sebelah...
memang bagi cuak...

kejap-kejap akak pandang belah kiri..
dalam ati...
dibuatnya dia lari macam ferrari...
masak aku nak mengejarnya.....
dan dengan aku-aku pun terheret sama.....

Inilah 'wild imagination' akak pagi ini....






kasih, sayang dan rindu tak pernah berhenti...

LUEM

1012 ~ Mood bila memandu



Pagi2 bila ke ofis akak punya mood yang berbeza.... bila dah keluar rumah agak awal... akak akan memandu dengan cara bersantai manakala bila sudah terlewat, dan kuatir akan menghadapi kesesakan jalan akak akan memandu dengan agak bagai formula 1sangat berhemah... lagu yang di pasang juga memainkan peranan.

Pagi tadi... olehkerana keluar rumah melebihi pukul 7 pagi.... akak dah mula rasa cemas. Tak suka bila kena bersesak2 sepanjang jalan Reko menuju lebuhraya Silk. Jadinya lagu yang akak pilih ialah lagu MLTR... Yang sangat sesuai dengan iramanya yang agak rancak dan bila kita mencelah-celah antara kereta, kita rasa seronok.... hehehehe.....

Dan bila akak memandu dengan mood yang relak, akak suka lagu dari Maher Zain... bawak kereta pun lebih berhemah....

Sekianlah laporan lalulintas akak pagi ini......


kasih dan sayang tidak berbelah bagi dan tidak pernah berkurang

LUEM

Tuesday, April 19, 2011

1011 ~ Selingkar Kenangan ~ Sikat

Sewaktu akak masih bersekolah, fesyen rambut memang penting waktu itu. Untuk membentuk rambut yang nampak 'bergaya'... akak telah membeli sebuah ( Haiyo... dah lama tinggalkan sekolah... penjodoh bilangan untuk sikat adalah?........) sikat yang mempunyai pisau tajam yangmana akan memudahkan akak membuat fesyen rambut jenis 'layered'...

Entah bagaimana pada suatu hari akak tertinggalkan sikat tersebut dimeja solek sewaktu bergegas hendak ke sekolah. Arwah mak yang menjumpai sikat tersebut telah menggunakannya.

Sepulangnya saja akak dari sekolah, Arwah mak mengadu bahawa rambutnya banyak yang terhakis akibat menggunakan sikat tersebut. Dia menggayakan dan bercerita bagaimana dia menggunakan sikat tersebut yangmana pada awalnya dia menyangka dia mengalami keguguran rambut selepas disikat.

Beliau menggunakan sekali lagi sikat tersebut. Perkara yangsama berulang lagi. Segenggam katanya rambutnya luruh sebaik disikat. Akhirnya diperhatikannya betul-betul sikat tersebut dan ternampak ada 'blade' di sikat tersebut. Tahulah beliau bahawa sikat tersebut mempunyai bilah pisau yang tajam. Kebetulan dia berdiri di depan tingkap sewaktu hendak bercermin dan menyikat rambut.... sebaik melihatkan rambutnya 'ditarah' secara paksa dan jadi makin menipis akibat sikat tersebut, sikat tersebut menjadi mangsa lemparan beliau melalui tingkap tersebut.

Sebaik beliau menceritakan kisah tersebut, kami samaada nak ketawa ataupun akak merasa sungguh kasihan melihatkan rambut Arwah emak yang memang sediakala sedikit menjadi makin sedikit. Arwah mak dalam pada sedih dengan kehilangan sebahagian rambutnya, turut merasa kelakar dan siap berpesan jangan beli lagi sikat serupa itu. Akak pula tidaklah mencari sikat yang telah Arwah emak lemparkan dari tingkap tersebut.


Kau berikan mama.. kasih sayang maha suci... betapa agungnya tiada ternilaikan...


setiap nafas yang kuhembus...setiap degupan jantung... aku selalu memikirkanmu...


LUEM





Monday, April 18, 2011

1010 ~ Beautiful Monday.....



Dapat ambil gambar tepat.... mujur cekap...(mmg nak kena valing telor ni...- statement verani mati lagi...)




Anak koala yg didera oleh Aisyah tinggal di pokok mangga....

Budak ini berbaju kurung...
muka budak yang kena dera pakai baju kurung dan skirt...
baru pakai kali kedua dah sempit.....





Pagi Isnin yg indah ini ... dimulakan dengan hujan turun dengan lebatnya...
akak rasa baru sangat lena sebab akak dapat tidur pd pukul 4pagi bahana daripada semalam (hari ahad) akak hentam tidur dari pagi hingga petang.... (bangun solat sat.. pas tu tidur semula...) Macam mengganti 3 tahun punya tidur....

Selesai pakai baju.. Aisyah terjaga... seperti biasa dia bertanyakan kemana akak nak pergi..
setelah diterang agak panjang lebar... Aisyah memahami dan meminta akak pulang segera sebelum dia ke sekolah....

Pergi ke ofis bertemankan sms selamat pagi bila dah pagi dan lagu MLTR... 'Tell it to your heart'... dan ' U took my heart away....' hmmmm.. memang indah pagi ini....

Tiba di ofis, mesin pulak nak buat meragamnya... mujur akak cuma pindah laptop ke meja baru tapi mesin tu dah mula 'behaved' semula. Hampir dapat duduk bertentangan dengan Hafiz tapi di apit oleh Mr Chan dan Mr ... (tak pernah minat nak tanya nama...)

Indahnya pagi ini....


Memang kebahagiaan itu bila hanya mencintai kamu....

LUEM

Saturday, April 16, 2011

1009 ~ 20 tahun dahulu kanak2, sekarang isteri orang


Hari ini akak memenuhi jemputan Kak Hajah Anumma iaitu teman sebilik sewaktu mengerjakan haji pada tahun 1992... Pernah akak ceritakan kisah beliau di dalam entry akak yang terdahulu.

Sewaktu akak mengadakan kenduri pernikahan, Kak Hajah Anumma antara orang yang bekerja keras dalam menjayakannya. Kak Hajah Munirah, Dr Hajah Ainy dan Arwah Kak Hajah Ani adalah antara orang yang betul2 bekerja keras membantu akak mengendalikan majlis kenduri sempena Pernikahan akak pada tahun 1992.

Sewaktu Kak Hajah Anumma mengadakan majlis kenduri kahwin anak keduanya iaitu Dr Fatimah Zahrah... akak tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana ketika itu akak memang sedang sakit teruk. Dan kali ini bila dia menjemput untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulongnya iaitu Sarah Hani.. akak yang kebetulan sihat walafiat adanya.... dapatlah bersama-sama memenuhi jemputan.





Kelihatan pasangan pengantin Sarah Hani dan suaminya yang di 'impot' dari Turki.....



Pasangan yang sungguh ceria bercerita ....



Kedua ibu dan bapa pengantin perempuan... Antara kata-kata yang menarik ialah dahulu sewaktu Dr Rosli ingin beristerikan orang Pulau Pinang, ibunya bertanya kenapa jauh sangat jodohnya dan kali ini ibunya bertanya lagi kenapa jauh benar bermenantukan orang Turki... Pulau Pinang kan dekat.....



Antara para tetamu yang hadir.... (ehem..ehem...)



Sewaktu ingin pulang, ternampak wajah yang agak 'familiar'... akak pun menegurnya... Kami dah hampir 20 tahun tidak bersua. Akhir akak bertemunya sewaktu Majlis kenduri Pernikahan akak. Beliau adalah Hajah Norlida yang menjadi teman sebilik akak juga. Memang tak banyak berubah wajahnya....
Apapun seronok bertemu kembali....




Ku mencintaimu.. lebih daripada yang kau tahu....

LUEM