Friday, September 17, 2010

761 ~ ALHAMDULILLAH...






Pagi pergi dialysis sendiri... Hari nampak dah mula gelap walaupun jam menunjukkan pukul 710pagi. Hujan akan turun... mujur belum ada jemuran yang perlu diangkat....

Dalam perjalanan ke hospital, nampak hujan mula menitis-nitis.... Macamlah akak akan turut basah kalau hujan, akak memecut dengan lajunya terus ke hospital.. dengan terlupa Smartag... mencari-cari duit shiling untuk bayar tol. Mujur ada 2 keping wang .50sen...
Sebaik masuk parking hospital... rasa lega benar kerana akak sempat tiba sebelum hujan
turun membasahi kereta kerajaan.

Dengan langkah gaya nak cepat.. tibalah akak di unit dialysis. Sebenarnya kedudukan tempat letak kereta dibahagian Ketua Jabatan adalah berhampiran dengan bilik mayat dan kereta mayat pun banyak di parking sama di situ.... Akak pun melangkah besar-besar... selalu kita ada boipren yang menemankan... tapi hari ini boipren kita masih tidur kerana bercuti.... Kita sendirian.....

Okaylah... duduk 4 jam melayan mesin tu. Cepat pulak rasanya... Balik dari dialysis akak terus pulang kerumah. Janjinya selepas dialysis, kami akan pergi beraya di rumah saudara rapat yang sudah 4 tahun akak tak pergi beraya....

Rumah pertama yang kami pergi, tuan rumahnya pergi beraya pula. Kami kerumah saudara kedua. Alhamdulillah... mereka memang ada di rumah. Seronoknya dapat bertemu setelah lama tidak bertemu... Berbual dan beramas mesra seketika... sempat menjamu selera... kami berpatah balik semula kerumah saudara yang pertama tadi. Alhamdulillah... beliau dah ada di rumah... Majlis beramas mesra pun berlansung dengan jayanya....

Dan untuk sekian kalinya.... inilah saudara yang paling akak ingin hendak jumpa... Memang dah lama akak tak beraya kerumahnya... tapi apabila sewaktu akak masuk CCU tahun lepas... dia datang menziarah bersama-sama anak-anaknya...... buatkan akak tak boleh tidak mesti bertemu dengannya.... Kita umurpun makin sehari makin hampir pada kematian.... Jika tak bertemu sekarang, tak tahu bilakah boleh bertemu lagi... Terus kami kerumahnya. Walaupun ada rasa cuak juga sebab dahulunya kami ikut jalan lain, dan kali ini ikut jalan lain.....Sms kepada ketiga-tiga anaknya meminta panduan arah dan alamat dan diberikan secara terperinci untuk kesana....
Alhamdulillah.......

Singgah solat maghrib dahulu di masjid yang berhampiran dengan rumahnya sebelum kerumahnya. Sebaik selesai solat.... kami pun terus menuju kerumahnya.
Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan lancar...

Yang menjadi istimewanya ialah kakak saudara ini adalah kakak yang membela akak sewaktu akak diambil oleh ibu angkat dahulu. Inilah orangnya yang sama-sama menjaga dan menyayangi akak seperti adiknya sendiri. Segala perbelanjaan menyara dan membeli susu adalah menjadi tanggungan kakak saudara tersebut.

Pernah seorang saudara rapat dengan kami menceritakan dengan akak bahawa sewaktu akak di dalam tanggungan kakak saudara tersebut, dia akan memastikan keperluan/bekalan susu akak tidak terputus kerana setiap hari beliau akan memeriksa level susu akak. Jika nampak berkurangan, beliau tanpa berkira-kira akan membeli susu yang baharu. Pakaian pun beliau pastikan akak mendapat yang terbaik. Setiapkali waktu cuti, beliau akan membawa akak menonton wayang ataupun berjalan-jalan bersiar-siar ke zoo. Baru teringat kenapa akak dan my BFF pergi zoo masa sambut birthday akak yang ke 16.... sebab tradisi....

Sehinggalah beliau berumahtangga, akak masih terus bermanja dengannya dan menganggap anak-anaknya sebagai anak saudara akak sendiri. Kami membesar sama-sama. Anak-anaknya dah menganggap akak sama seperti makcik mereka sendiri.

Alhamdulillah...

12 comments:

  1. Alhamdulillahhh.... budi yang baik dikenang jua.

    Semasa hari kita serba kekurangan, ada saja insan yang tidak berkira membela. Hari ini bila kita ada sedikit kelebihan dan rezeki, rasa tidak ternilai nak balas budi dan jasa orang. Tapi tetap tidak bertepi ganjaran yang ingin kita beri.

    Semoga ikatan persaudaraan berkekalan dan harum mewangi.

    Hmmm.. tak tidor lagi AKAK?

    ReplyDelete
  2. Azie...
    pemenang pertama adalah... azie....
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. azie dah mula mengaruk dah tu...hehehe...bagi can kat dia!

    ReplyDelete
  4. syukur org buat baik balasannya berganda disisi Allah dan dijadikan contoh bagi kami semua :)

    Alhamdulillah akak dialysis boleh drive pergi balek sendiri bagus ye. selalu org lepas dialysis, mabuk teruk.

    ReplyDelete
  5. FA > timakaseeeehhh! “lihatlah dunia!” > sambil angkat piala setinggi kepala

    ReplyDelete
  6. bukan dunia lahhh...DONIERRRR!!! kihkihkih...

    ReplyDelete
  7. Fa..
    dari angin yang menyapa... akak dengar kabar you turun KL baru2 ni... jemputlah beraya ke rumah akak...

    ReplyDelete
  8. madora...
    Alhamdulillah.. semua cerita yang baik boleh kita jadikan panduan sama-sama...
    Alhamdulillah... jika akak tarik banyak sangat air.. memang akan mabuk teruk.. tapi akak sendiri hadkan... walaupun masih berhutang...
    Azam nak kurangkan minum waktu musim perayaan ini memang tak dapat dipatuhi.... tapi masih bertekad nak kurangkan....

    ReplyDelete
  9. azie...
    tahniah....
    sambil sama-sama menjulang piala tersebut...

    ReplyDelete
  10. Fa...
    Jangan lupa ya... bila ke KUIS..singgahlah rumah akak....!!!

    ReplyDelete
  11. akak, wah wah, dari angin yang menyapaa....bila pulak pandai bermadah madah ni..mesti terlebih makan rendang daging ni!! hehe

    memang fa turun KL tapi tak turun Bangi. Sebab dah dekat Maghrib masa tu. InsyaAllah Fa singgah, dgn syarat, mesti simpan kuih raya kat I...

    ReplyDelete
  12. Fa...
    jangankan kuih raya... apa yang u teragak nak makan pun akan akak sediakan....
    tapi permohonan mestilah dalam 7 salinan dan bermatikan setem... wokkay??????

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata