Sunday, September 12, 2010

753 ~ Rabu, Khamis... Raya.. Sabtu dan Ahad

Dengan ihsan wifi BIL...

Sedang duduk rehat-rehat lepas balik jalan raya kerumah nenek-nenek saudara di Muar.. Anak2 masuk bilik mencari laptop masing-masing... rupanya Pak seedara mereka ada pasang wi-fi..semua boleh gunakan laptop.. apa lagi.... sebagai blogger tegar.. ibu mereka pun gegas cari laptopnya dan buka blog... dapat tompang..

Nak cerita memang panjang.. sejak dari hari Rabu..

Rabu..

Lepas dialysis.. pulang ke rumah ambil anak-anak.. kemudian terus pulang ke Melaka...

Khamis..

Siap-sedia nak tengok sepupu-sepapat bersilat di rumah Bik Azai.. Kat rumah FIL banyak yang dah sedia. Adalah serba sikit yang harus dibuat.. masukkan beras dalam sarung ketupat.. masak daging masak asam... buat kuah kacang.. lain-lain dah siap tempah...

Jumaat..

Raya.....

Meriah sungguh raya....

Aisyah dah mula tak sihat sejak mula balik hari tu. Batuk-batuk tak henti... beri ubat.. masih batuk.. demam juga.. akhirnya bila dah nampak oxy-level dia agak kritikal 85kebawah.. terus abahnya ajak bawa Aisyah ke Kecemasan Hospital Melaka. Maka dengan rasa meriahnya.. kami beraya di Unit Kecemasan Hospital Melaka. Alhamdulillah... selepas diberikan rawatan dan perhatian dari doktor pakar kanak-kanak... Aisyah dilepaskan keluar untuk beraya

Sabtu..

Pagi...Pergi rumah mak sedara.. dan sepupu.. rumah sepupu ni memang jadi pilihan utama kami.. rumahnya memang 'nyaman'.. masuk ajer kawasan rumahnya dah rasa selesa.. kita sendiri akan rasa seronok... (nanti akak tunjukkan gambar.. nak tunjukkan buktinya...)
Petang... pergi hospital tompang dialyis....

memang tragis.. Akak asalnya rasa dah kenyang makan di rumah sepupu.. jadinya masa pergi dialysis pukul 300ptg, tidaklah akak bawak bekal ke apa ker... sebab selalunya kalau dialysis waktu pagi, memang perut sedang lapar... tapi ini dialysis petang.. dah siap makan macam-macam kat rumah sepupu...
Sampai unit dialysis.. tunggu giliran.. janji pukul 330ptg.. akhirnya pukul 430ptg baru mesin kosong... terus timbang dan ambil BP.
Duduk kat tempat antara 2 pesakit lelaki... satu tua dan satu muda...
Okaylah... lepas sejam.. pesakit tua dah digantikan dengan satu pesakit wanita yang agak peramah.... Alhamdulillah... Kutu dah mati dah awalnya.... Mujurlah makcik fatimah ni peramah.. macam-macam diinterbiunya kita...
macam-macam al-kisah yang dikisahkannya... yang menariknya makcik ni.,, anaknya 5 orang. 2 daripada anaknya akan menemaninya setiapkali dia menjalani rawatan dialysis. Anaknya turut akan membantu semua pesakit yang memerlukan bantuan.
Murni sungguh anak-anak makcik fatimah...
Kebetulan musim raya..kantin di hospital tutup.. jadinya tak dapatlah nak beli makanan... sejam pertama dialysis, perut okay lagi... masuk jam kedua.. dah gring-grong... jam ketiga... dah nak peluh.... dan hingga ke sudahnya.. dah mula rasa funny sangat...
Sebaik habis dialysis... suami dan anak2 dah menunggu. Terus kami pergi ke restoren ikan bakar di Umbai. Sebaik makanan tiba, akak pun makan dan barulah rasa okay sikit.

Sebaik sampai rumah, terus tidor sampai pagi.....

Ahad..

Selesai sarapan, semuanya bersiap-siap nak beraya kerumah nenek-nenek saudara di Muar...
Destinasi pertama adalah Sengkang, Bukit Gambir...
kedua... Parit Tunggul
ketiga.. Parit Tunggul juga...

jumpa sepupu dari Parit Pecah Luar.. Ini memang menarik... kami bersepupu. Sejak kecil kami memang rapat.... dia di jodohkan dengan orang parit pecah luar... dan akak pula dijodohkan dengan suami yg pula nenek sedaranya di parit tunggul.
Dengan bantuan handphone.. kami boleh sama-sama beraya di parit tunggul.... kebetulan bapa mertuanya kenal dengan nenek saudara akak... kecil betul kita di malaysia ni....

Gambar akan menyusul....

6 comments:

  1. Salam Aidil Fitri Rahmah, Seronok yea berjalan jauh dan bertemu sedara mare yg jauh, Bila nak balik KL? Beraya dgn kawan2 pulak..

    ReplyDelete
  2. Meriahnya raya Akak.. I baca rasa tersekat2 nafas, letih!!

    ReplyDelete
  3. Salam Hari Raya Kak nani....
    Alhamdulillah... kesihatan membenarkan saya beraya sakan tahun ni... Insya'Allah... ada rezeki kta akan jumpa juga... memang teringin nak jumpa kak nani....

    ReplyDelete
  4. Dinda Ja....
    Jangankan you.... i yang mengadap ni pun semput jadinya.....
    tapi... Alhamdulillah...
    kita sama-sama raya sakan tahun ni...

    ReplyDelete
  5. wahhhh....
    raya di kampung halaman kita!!!
    (er...sebenarnya..kita pun tak ke tempat2 itu...)
    :)

    ReplyDelete
  6. doktor...
    saja kita nak eksen kita pergi beraya kat tanah tumpah darah awak... hihihihihihii... sengaja kita cerita sebab kita tau awak orang muor....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata