Sewaktu kami semua berkampung di rumah mertua... 'biras' akak telah menyediakan sarapan pagi iaitu roti canai. Walaupun kerjayanya adalah sebagai seorang doktor gigi... kemahiran membuat roti canai ada padanya... Bak pepatah 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...'
Maka kami yang berempat turut sama membantu dalam menyediakan roti canai. Pasukan pertama telah bertugas pada malam sebelumnya untuk membancuh dan menguli tepung untuk dijadikan roti. Waktu ini akak tidak turut membantu kerana tidak begitu sihat selepas dialysis di Hospital Melaka.
Pagi-pagi esoknya tugas mencanai, akak turut membantu. Nampak memang mudah... nak membuatnya satu hal pula... dari duduk bersila jadi mencangkung.. dari mencangkung... bersila semula..... sanggup rasanya jika beli saja dengan harga 2 ringgit sekeping. Bukan mudah....(mungkin pertama kali akak mencuba...)
Nak ceritanya juga..
sewaktu akak kecil-kecil dahulu, ibu saudara yang tinggal bersama-sama kami memang selalu akan membuat roti cana sebagai sarapan pagi. Lauk yang di'judu'kan dengan roti canai adalah paceri rambutan. Bila tiba saja musim rambutan tak lekang yang tumbuh di rumah kami, Arwah Mak cik Ramlah akan membuat paceri rambutan dan roti canai. Memang yang tersedap pernah akak rasai.
Ideanya sekarang.... nak buat roti canai boleh belajar dengan 'biras'.... nak buat paceri rambutan... memang tak merasalah sebab pokok rambutan tak lekang dah seperti pupus..... dah tak jumpa lagi... Buat pembaca yang pernah dan masih jumpa pokok rambutan tak lekang... (ada orang panggil 'rambutan masam') harap kongsi sama-sama bagitau dimana boleh didapati....
Bagus juga kalau pandai buat roti canai, tapi kena buat ramai-ramai baru ceria!
ReplyDeletealamak...ni tengah pikir mana nak cari roti canai kat langkawi ni....
ReplyDeletebest roti canai ni...
ReplyDeletearwah nenek dulu rajin buat roti canai mini. roti canai tersedap dlm donia ;)
ReplyDeletepestime ai dengar pasal paceri rambutan kak..
Ya, saya pun pernah makan rambutan yang tak lekang (masam) ni. Tak popular sbb tak ramai orang suka sebab susah makan. Tak sangka lak boleh dibuat paceri yaa..?
ReplyDeleteWahh belajar buat roti canai. Saya masa kecik BONDA selalu buat utk kami, tapi tak lak kami ni belajar. Tolong tengok jerrrr...
yg bulat tuh roti phrata kanns.. sodappnyerrr
ReplyDeletekak hajah nora...
ReplyDeletememang seronok masa buat roti canai ramai-ramai... macam-macam gaya.....
uncle....
ReplyDeletekalau kat langkawi takder... jom ke bangi....
adinda amy sensei...
ReplyDeleteroti canai memang sedap... lebih2 yg kita buat sendiri...
Ai...
ReplyDeletenanti akak ingat-ingatkan semula... makanan zaman akak masih kanak-kanak.... kita kongsi sama-sama...
azie...
ReplyDeletemenyesalkan bila masa kecik dulu kita nampak penyediaan buat roti canai, tapi kita sekadar menonton... tapi sekarang jadi satu asset bila kita pandai buat... jom kita belajar sama-sama....
en me...
ReplyDeletenak ceritanya... buat roti prata lebih mudah dari roti canai biasa.... roti canai biasa masa tarik kena make sure tak koyak-koyak.. dan roti boom atau roti prata kalau koyak pun masih boleh teruskan jadi roti....
saya beli jela kak hehehe...
ReplyDeletenak buat xretila..tgk org buat cam senang je ;)
mimi...
ReplyDeletebaby apa kabar?...
akak pun rasa macam tu...
nak buat bukannya mudah....
nampak memang macam senang tapi nak buatnya.... sampai boleh rasa dalam hati... kalau roti canai sekeping 2 hinggit pun sanggup....
S U S A H
tak tau roti prata dan canai berbeza. dua2 pun suka. pegi mana2 pun anak2 tak jelak nak ordr prata/canai.
ReplyDeletemadora...
ReplyDelete(dalam suara yang berbisik...)
actually.. akak pun tak pandai nak membezakannya....
akak ikut jer.... prata ker..apa ker...
kalau dah hidang depan mata, makan jer....