Lokasi : Opis...
Waktu : 8pagi hingga 12 tghari...
4 keping karipap... Saja suruh bibik beli sampai 4. Nak tengok komen dia... Dia cuma senyum saja... Sarapan yang akak makan pagi ini adalah Kari Daging dan Sambal Terong... Hmmmm memang menyelerakan....
Ingatkan banyak 4 keping karipap... rupanya sekejap ajer dah tak nampak karipap... tinggal plastik saja....
( Masa ambik gambar ni, satu karipap tengah dalam mulut... dah ngap baru teringat nak ambil gambar.....)
Boipren lama yang dah selesai dialysis sempat datang ziarah girlpren dia... nak tau apa perkataan pertama yang ditanya nya...???
Boipren : Awak dah makan?... Makan Banyak tak?....
Akak : Sudah..(tersipu-sipu malu... ) Makan macam biasa jer.... ( Terus tunduk malu.... Jangan lah percaya..... gurauan semata..)
Boipren sempat posing sewaktu isterinya beritahu akak mengambil gambarnya...
Akak : Saya ambil gambar sebab kita dah jarang jumpa... nanti boleh tengok gambar bila rindu...( eeeeeeee nak tersedak rasanya....)
Puan Chan pula yang ada di hadapan akak pun sempat mengusik...
Puan Chan : Dia mahu tengok awak sebab sudah lama tidak jumpa... He miss U........
Begitulah kami di unit ini. Shift kami antara shift yang terbaik... Hubungan kami memang mesra antara satu sama lain.... Alhamdulillah...
Seperti yang pernah akak janjikan sebelum ini.. akak akan bertanya dan interbiu anak gadis ini...
Selesai dialysis, akak terus pergi berjumpanya... setelah mengenalkan diri akak pun mula interbiu...
Akak tanyakan dah berapa lama beliau dialysis... bagaimana puncanya...
borak punya borak... mari akak ceritakan disini....
Sewaktu dia masih bersekolah, dia selalu mengalami 'migraine'. Untuk melegakan sakit kepalanya dia selalu mengambil pil tahan sakit. Lama-lama pil tahan sakit tersebut telah merosakkan buahpinggangnya.
Abangnya telah mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada beliau... beliau hanya dapat menikmati hidup normal selama 5 tahun sahaja... Olehkerana tahap Antibodi yang tinggi, buah pinggang yang diterimanya turut rosak. Selepas 5 tahun. beliau kembali menjalani rawatan dialysis.
Yang paling memeranjatkan ialah... dia bukanlah anak gadis... dia adalah emak orang... terkejut sungguh akak... Usianya 44 tahun dan anaknya yang sulung sudah berusia 19 tahun. Wah..... Akak pun boleh tersilap teka..... Ketawa kami apabila akak beritahu perkara tersebut....
Badannya memang kurus dan kecil... tak nampak serupa dengan umurnya 44 tahun.
Inilah namanya rezeki masing-masing....
salam ziarah...dari saye...
ReplyDeleteAinnoraini...
ReplyDeleteterima kaseh singgah...
Seronoknya AKAK dapat bertukar-tukar cerita dan dengar pengalaman orang lain (wpun bukan sebangsa seagama).
ReplyDeleteItu lah rezeki masing-masing, tak sama tapi serupa. Kehidupan orang boleh menjadi tauladan lak pada kita, kan?
rindu uncle tu nk tengok akak makan. hehe..
ReplyDeletelor, rupanya yg akak tunjuk gmbr 'anak dara' sebelom ni umur dia dah 44? hohoho...tp mmg nampak cam anak dara lagi. sian dia, dh tukar kidney pon tak berjaya. rezeki memasing kan kak? :(
anaknya yang sulung sudah berusia 19 tahun mesti lagik kurus dan ramping kannns.. ihihi
ReplyDeleteAkak, sesetgh org tak amalkan minum air yg bnyk bersama2 painkiller.. Itu tambah merosakkan buah pinggang..
ReplyDeleteI dolu2 pun kaki migraine gak, mujurlah I ni jenis malas nak telan ubat.. Selagi bleh tidur I tak akan telan sebijik pun!! Sgtlah ketegaq cucu Maktok ni..
pn Rahmah,
ReplyDeleteposting yg berinformasi.Suka makan ubat tanpa preskripsi doktor pun bahaya.Juga minum kopi yang entah apa apa.Kopi tongkat ali ,kopi ginseng yg entah apa apa dikisar sekali.
wow, 44 tapi body dia slim melim!
ReplyDeleteakak, boipren akak tu selalu bertanya dah makan ke, makan apa, tapi akak offer tak dia, haii mana la tahu kot kot dia telan ayaq liuq tengok akak selera makan.
Salam DM.... I'm back... lama betul KZ bercuti... nak baca jugak N3 yg lepas tu... sudahnya tak tau nak komen apa...
ReplyDeleteSemoga sihat selalu...
azie...
ReplyDeletekami setiapkali bertemu dgn sesama shift kami ada 20 orang.. kadang2 terserempak dengan shift kedua... 20 orang lagi.... makanya kalau macam akak rajin menyapa.. banyaklah cerita yang boleh akak dapati... bukankah akak pegawai perhubungan awam.....??
armaouris...
ReplyDeleteterima kaseh kongsi maklumat...
Ai..
ReplyDeletememang pun... uncle tu memang dah rindu sekali takder enjin besar yg makan depan dia... dulu dia gelarkan akak enjin BMW... dia cuma enjin Datsun... macam-macam....
en me...
ReplyDeleteanaknya yang sulung tidak kurus dan ramping sebabbbbb anaknya lelaki...... tak macho lah kurus dan ramping.... hihihihiiiiii
Ja...
ReplyDeletesikap ketegag yang u amalkan tu sangatlah bermenafaat untuk diri dan kesihatan you.....
takpa... apa-apapun kita sama-sama buat persedian untuk bertemu di sana dan menikmati semuanya tanpa batasan..... Insya'Allah....
Cikgu...
ReplyDeletebenar... doktor-doktor pun jika rawat pesakit akan tanya history pesakit... jadinya kita buatlah perkara yang sama... dari situ dapat kita jadikan panduan... (tapi pada yg mahu berbual saja... yg mendiamkan diri.. tak dapatlah info apa-apa....)
Fa...
ReplyDeletebukan setakat selim melim... memang macam anak dara.. kalau you pun melihat dia akan meneka dia baru habis SPM... ataupun sedang belajar di IPTA...
Iyerlah fa... Akak tak pernahlah nak offer apa-apa pada uncle tu... akak patutlah belikan nasi lemak yang sedap untuk dia makan sewaktu dialysis....
thank you fa... mengingatkan akak.....
kak zah....
ReplyDeleteselamat bersiaran kembali... saya pun dah merindukan cerita2 kak zah. Jangan lupa... ceritakan kisah percutian di KK.....
ye lah mmg nampak muda. saya yg muda sikit dari dia nampak mcm dah bercucu :)
ReplyDeleteada kenalan saya pun serupa, umur 30an kena dialysis pun gara2 painkiller migraine. tu yg dia pesan jgn selalu makan painkiller. saya kalau demam teruk, baru telan 1 biji aje panadol.
madora..
ReplyDeletesungguhlah.. ada orang-orangnya... makin berusia, makin muda nampak....
akak pun termasuk golongan yg anak bongsu disangka cucu... hadoi... nak marah pun tak jadi.....