Tuesday, September 14, 2010

754 ~ Opis cawangan melaka...


Semalam akak menompang (mesti you heran kenapa akak salah eja... saja akak salahkan ejaannya sebab orang melaka.. kalau cakap tumpang.... akan kuat bunyi oooo nyer...) ceritanya di sambung...
akak menompang sekali lagi mesin dialysis di hospital melaka... sama macam hari sabtu lepas.. datang pukul 300ptg.. pukul 500 ptg baru dapat sambung dengan mesin... Terasa tak best menompang tempat orang bila kita dah biasa dengan tempat kita shendiri..... Pepatah hujan batu negeri orang... hujan Emas negeri kita... memang best negeri kita..

Kali ini akak bawak bekal nasi.. tak mahu lagi jadi macam hari sabtu lepas... letih kebelai dibuatnya kalau dialysis tak makan apa-apa... dengan seronoknya akak pun makan dengan penuh hemah sewaktu dua jam pertama dialysis... Selesanya.....

Di entry dahulu akak ada cerita mengenai akak jadi biro pengaduan untuk pesakit.. rupa-rupanya di opis tompang ini pun kaunter pengaduan dibuka dengan takrelanya... Datanglah seorang pesakit yang umur agak sebaya dengan akak.. tapi kena stroke sebelum ini... dengan senyum manis terus duduk di kerusi kosong sebelah akak. Mula-mula cerita sikit... akak masa tu mata dah tertumpu kat Tv nak tengok Berita TV3 yang disiarkan tapi Puan Ah Quek ada banyak nak diceritakannya. Dia mula melihat akak pada hari sabtu.. kami sekadar bertukar-tukar senyum.. tapi bila kali kedua dia nampak akak ada lagi.. dia pun rasa selesa nak bual-bual dan senyum-senyum mesra...

Okaylah... bila kita bergaul dengan semua orang kita akan dapat dengar kisah orang itu dari mulutnya sendiri.... Dahulunya Puan Ah Quek adalah seorang pendandan rambut dan 'runner' di JPJ.. Masa sihatnya banyaklah pendapatan yang diperolehi. Tetapi sejak kena stroke dan kerosakan buah pinggang... beliau sekadar menumpang dirumah kakaknya ... mempunyai anak seramai tiga orang...

Lama jugaklah dikisahkannya sejarah hidupnya pada akak... memang tragis kisah hidupnya....
begitulah lumrah manusia... bila sihat... ramai yang suka... tetapi bila dah sakit... ramai menjauhkan diri..

Seorang lagi pesakit yang berusia awal 20-an juga sama-sama menerima rawatan dialysis. Tapi keadaannya memang menyedihkan. Sesekali dia akan menangis merintih kerana rindukan ibunya. Sayu sungguh hati akak melihatkan dan mendengarkan rintihannya. Terbayang jika terjadi pada salah seorang anak akak dan waktu di rawat begitu, akak tiada bersama... Hari raya terpaksa disambut sendirian tanpa keluarga... memanglah sedih.

Bila dah lihatkan keadaan yang begitu dihadapan mata... Rasa Syukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi yang telah mengurniakan keluarga yang penyayang... teman-teman yang mengambil berat.... yangmana sokongan semuanya menjadikan hidup pesakit menjadi lebih bermakna... Alhamdulillah... (akak memang tak pandai nak berkata-kata... cukuplah sekadar ini.... tiap-tiap seorang dalam hidup akak ini amat bermakna..... Sayang semuanya...)

7 comments:

  1. “akak memang tak pandai nak berkata-kata... cukuplah sekadar ini.... tiap-tiap seorang dalam hidup akak ini amat bermakna..... Sayang semuanya...”

    Saya memahami sepertimana AKAK memahaminya.

    Tiada kata seindah bahasa, yang pasti saya yakin AKAK tahu, betapa saya sayangkan AKAK juga....

    ReplyDelete
  2. Saya baca semua entri AKAK yang saya tertinggal sepanjang raya, tapi saya tak komen sebab agak ketinggalan.

    Kesian AKAK lapar konon2 eksyen dah kenyang di rumah sepupu, akhirnya serik dan kena bawak bekal. hehehehe.

    ReplyDelete
  3. kita kawann kannns.. ehehe

    ReplyDelete
  4. Azie...
    (sambil tersekat-sekat menahan sebak.....)
    terima kaseh......

    ReplyDelete
  5. en me....
    kita memang kawan....

    ReplyDelete
  6. tentu akak ni ada aura sebgai pendengar yg baik hati, walau sebagai penompang pun tetap diiktiraf sebagai biro :) alhamdulillah akak sudi menddengar rintihan hati teman2 pesakit. tentu air muka akak menunjukkan yg akak melalui ujian akak dengan tenang berkat sokongan keluarga dan teman2. dan hati2 mereka digerakkan untuk meluahkan rintihan mereka. alhamdulillah nikmatNYA semakin kita menjadi syukur dan dapat jadikan iktibar pengalaman mereka :)

    ReplyDelete
  7. madora...
    Alhamdulillah... spt kata you... kasihsayang sesama kita yg buatkan akak kuat dan tabah......

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata