Sunday, September 19, 2010

764 ~ Akhirnya....


Hari ahad...
pagi-pagi akak dan suami dah pergi ke gerai kak sham untuk makanmenikmati Nasi Lemak kukus.... hmmm.. memanglah lepas rindu sebulan tak makan nasi lemak kukus...
Kemudian kami ke Pasar Bangi untuk menangkap ayam dan sayur-sayuran yang diperlukan... Hajatnya ingin menjamu kakak saudara, adik beradik dan anak saudara yang akan datang beraya kerumah....

Lebih kurang pukul 7mlm dapat sms dari Sya dari Sayang-sayang ibu mengatakan ingin datang beraya. Dapatlah kami bertemu setelah sekian lama berkenalan melalui blog sahaja... Dapatlah akak berkenalan dengan Aisyah, Atiqah, kakak chantek dan ariq... Anak-anak akak juga sedang bergaul dengan mereka semua....


Sempat bergambar bersama-sama...



Sedang berbual-bual, SIL dan BIL akak pun tiba untuk beraya... Maka Sya dan keluarganya pun meminta diri untuk beraya ke tempat lain pula...

SIL dan BIL akak pun duduklah menjamu selera dan menonton Astro ESPN yang sedang menyiarkan perlawanan bola sepak. Tak lama kemudian kakak saudara dan anak-anak saudara akak pun tiba...

SIL dan BIL pula meminta diri...



Inilah cucu-cucu saudara akak yang datang beraya...
Alhamdulilllah.. daripada 3 orang anak saudara yang dah berumahtangga.. dapatlah 8 orang cucu saudara... Sewaktu anak-anak saudara akak masih kecil, akaklah yang paling rapat dengan mereka dan melihat pembesaran mereka... ALLAH kurniakan pula akak berpeluang melihatkan cucu-cucu saudara pula.... Alhamdulillah.....



Awalnya akak tak sangka kakak saudara akan datang bersama-sama dengan anak-anak saudara.. Nasi Ayam yang akak dah masak awalnya hanya cukup2 untuk sebahagian sahaja dari mereka... Sebaik melihatkan keadaan yang genting begitu.. segera akak masakkan ayam dengan menggunakan dapur induction. Memang benar-benar membantu kerana ianya mempercepatkan proses memasak nasi ayam. Alhamdulillah... Suami akak ni memanglah superb... Beliaulah yang menyediakan dapur induction untuk kegunaan akak. Waktu-waktu genting begini memang besar gunanya... Dalam masa yang singkat akak dapat masak sup ayam dan masak nasi tambahan.... Alhamdulillah....



BIL dan SIL akak yang sama-sama sekolah dengan anak-anak saudara akak mengenal antara satu sama lain sewaktu di sekolah dulu... Kecilkan dunia kita ini....



Sewaktu para suami menonton perlawanan bola... para ibu dan isteri menjamu selera... Dengan cara ini memberi masa yang cukup untuk akak memasak nasi tambahan.... Alhamdulillah... mereka makan bertambah-tambah...



Perlawanan MU dan Liverpool memberikan akak banyak masa memasak nasi ayam lagi...



Para suami yang terpaku menonton bola... Mujurlah....
Jika tidak, malulah tuan rumah....



Ini adalah kerja tangan Ain yang menjadi minat cucu-cucu saudara akak...
beratur mereka naik tangga untuk melihat kerjatangan Ain sebaik akak bercerita mengenai hasil kerjatangan Ain....



Sambil menunggu suami masing-masing pula menjamu selera...



Dah mula nak beransur kerana hari makin malam...



Dua beradik yang dahulunya sangat rapat dengan akak..



ALHAMDULILLAH...

8 comments:

  1. akakkkk...ain betul2 kreATIPppp!!!!!

    ReplyDelete
  2. salam fa...
    mmg ain kreATIPppp... dan fa pememang tempat pertama.....

    ReplyDelete
  3. salam kak..terima kasih ye

    ramai betul keluarga akak datang bertandang,

    sya dah tahu nasi ayam tu mesti air tangan akak
    malangnya kami memang kekenyangan sungguh semalam

    sesiapa nak makan nasi ayam hainan silalah berkumjung di sana... ;p


    kak enariq tu singkatan encik ariq .. ;p

    sya singkatan siti hajar (sha) ;p

    mcam macam kan?.

    ReplyDelete
  4. meriah nya kak!!!
    kalau saya... ramai2 macam tu..sura panik dah..
    hehehe..

    ReplyDelete
  5. Kak sya lupa nak bergambar dgn akak semalam ruginya....

    ReplyDelete
  6. eh kalau dekat mau makcik pun join sekaki.Lebih lagi nak jumpa Aisyah...
    Anak semua dah balik.Yang tinggal Mok Jade dan Dell.

    ReplyDelete
  7. Wahhh meriahnya. Penat skit pun takper, janji hati puas.

    Ehhh SYA (SSI) pun ada anak nama AISYAH? Samaler dgn AKAK dan saya.

    ReplyDelete
  8. “sesiapa nak makan nasi ayam hainan silalah berkumjung di sana... ;p”

    bila? bila? hehehehehe...
    (Gurau jer tu...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata