Sunday, September 26, 2010

768 ~ Jalan raya ramai-ramai...



Seawal pukul 900pagi, kami sekeluarga sudah bersiap-siap untuk kerumah BIL di Bukit Rimau. Di sana kami sudah berjanji untuk beraya dan berkumpul adik beradik untuk berjalan raya ke rumah saudara di Batu Laut, Morib, Selangor.

Anak-anak adalah antara yang paling gembira setiapkali kami berkumpul.



Para ibu dan bapa pun tidak kurangnya juga...



Bila dah bertemu, macam-macamlah cerita yang menarik dikongsi bersama-sama...
begitu juga dengan makanan.... untuk sarapan, kami dihidangkan Laksa johor dan nasi lemak...



Selesai menjamu selera, kami pun berangkat beramai-ramai menuju ke Batu Laut, Morib.
Kelihatan kereta BIL yang ber'konvoi'....



Perjalanan ke Batu Laut melalui Ladang Gadong yang menjadi tempat pembunuhan Jutawan Datuk Sosilawati, peguam, pegawai bank dan pemandu.
Kelihatan para wartawan sedang berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam kawasan Ladang Gadong.



Kami tiba di rumah Busu Ibrahim.



Makcik Ainon sempat menggoreng mee goreng hailam buat kami semua. Tertanya-tanya juga apa Mak Dara dua orang ini sedang lakukan membelakangkan jurugambar?...
Bersungguh-sungguh nampak... sedang mencuri-curi makan mee kotnya.....




Oooooooooooooo rupanya mereka berdua sedang membantu membasuh pinggan mangkuk. Makcik Ainon tinggal seorang dengan suaminya... memang tak patulah kalau mak dara ter... ini tidak membantu mengemas dan membasuh pinggan mangkuk...



Kerja-kerja membasuh disambung pula oleh dua orang Mak Dara berdua ini....
Seorang doktor gigi dan seorang doktor yang seperti doktor singa....(GP-General Practioner)
walaupun mereka berkerjaya... bila masuk dapur... mereka tetaplah Mak Dara yang ter.......



Para suami duduk makan dan berbual bersama Busu Ibrahim dan Makcik Ainon..



Para anak-anak pula cukup seronok bermain diluar kawasan rumah walaupun dalam keadaan panas terik....
Ain dan Aisyah sedang mencari belalang....



Suka tengok gambar ni...
Aisyah, Haziq dan Hazim sedang melakukan sesuatu...



Qeeb buat aksi makan belalang...
Ain cukup takut melihatnya....



Sebelum pulang, kami singgah di Tanah Perkuburan Kg. Kelanang..
Menziarahi pusara ayah dan ibukepada arwah emak mertua...



Kawasan tanah perkuburan...



3 mak dara ter....
dari kiri: emak qeeb,emak umar dan emak hamzah....



3 sepupu dari 3 mak dara tadi....
Umar..Qeeb... dan Hamzah...
tiapkali ada perjumpaan keluarga, mereka akan berkumpul bertiga....



Sempat tumpang solat Qasar dan jamak taqdim di Masjid Al-Azim, Kg Kelanang.



Sempat juga singgah makan cendol di warung ini.
Suami dan adik beradiknya memang ada kenangan manis di gerai cendol banting kerana sewaktu mereka kecil-kecil dahulu tiapkali mahu pulang ke kampung di Banting, mesti dibawa oleh arwah mak makan cendol di sini...



Dua beranak ini pula menjamu selera...



Kemudian kami berpecah ke haluan masing-masing.
Akak pula pergi beraya kerumah dear sista di Rawang.
Kami dijamukan dengan masakan hari raya dengan resepi istimewa....
( Thank you sis.... sedap sungguh kari ayam rekaan you.... Insya'Allah... resepi yang diberi akan di cuba)



Para suami pun rancak berbual...



Aisyah dan Zaharah pula cukup seronok menikmati juadah kuih-kuih raya....



Alhamdulillah....
walaupun kepenatan tapi memang berbaloi berjalan raya hari ini.

10 comments:

  1. Seronoknya. Saya pun tumpang seronok tengok kegiatan beraya gini. Berkonvoi memang best, seronok. Masa tu la anak kita pun bukan nak naik keta dgn kita, tapi nak sekali dgn sepupu sebaya dia.

    Program sebegini bukan saja menjadi contoh kpd anak2 kita, tapi semoga menjadi program rutin tiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Syoknya raya jumpa sanak saudara, macam-macam juadah tersedia, jauh pulak perjalanan, luas pengalaman, tengok kampung halaman, saudara, teman-teman seiringan. Hajah dah baca posting saya resepi nasi Bukhari?

    ReplyDelete
  3. seronoknya jenjalan konvoi, salah satu xtvt kesukaan saya sekelurga juga, di bln syawal ni ler amik peluang utk eratkan silaturahim , di lain masa masing2 selalunya sibuk

    ReplyDelete
  4. azie....
    jln konvoi adik beradik mmg best... part itu yg enjoy sekali...
    anak2 bila jumpa sepupu, mcm ikan masuk air...dan betullah, bila kita tunjuk contoh begini mudah2an anak kita akan contohi.....

    ReplyDelete
  5. kak hajah nora...
    kami mmg suka nasi bukhari tp kalau mudah caranya, rajin jugak nak cuba... terima kaseh berkongsi resepi....

    ReplyDelete
  6. mak su..
    akak pun suker xtvt jln raya ramai2... best sgt....

    ReplyDelete
  7. KOG...
    iyer..
    shethahun shekali......

    ReplyDelete
  8. keluarga ipar duai sepupu2 akrab mesra tu lah yg seronok. kalau tidak sunyi kan kita. ni dapat bermesra dgn kawan2 cyber pun dah terasa indah :)

    ReplyDelete
  9. madora....
    betullllllll.........
    akak pun gembira berkenalan dgn you...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata