Tuesday, September 28, 2010

771 ~ Pengaruh yang baik...




Akhir-akhir ini sejak akak telah berkenalan dengan Maher Zain... setiapkali bila akak masuk dalam kereta akak akan membuka CD lagu beliau. Banyak lagu-lagu beliau yang mengingatkan kita pada ALLAH snw.

Anak bongsu akak turut meminati lagu-lagu beliau. Antaranya lagu Insya'Allah dan Alhamdulillah... Barakkallah hu Lakuma juga dia dah turut menyanyikan apabila berkumandang... Alhamdulillah...

Tadi sewaktu akak menyuruh semua anak-anak diam tidak bersuara di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke Hospital menziarahi atuk mereka.. tibalah giliran lagu Alhamdulillah berkumandang dengan sungguh kuatnya. Tiba tiba...
terasa ada tepukan di bahu akak...

Aishah : Ibu, bolehkah saya menyanyi lagu ini?...

Rasa terharu sangat... selalunya Aisyah akan menurut saja titah perintah bondakata ibu tetapi tak tertahan rasanya bila irama Alhamdulillah sudah berkumandang...

Dengan suara anak usia 5 tahun dan pelatnya...

- ALHAMDULILLAH.... ALL PRAISES TO ALLAH.... -

Memang Syahdu...



10 comments:

  1. dulu masa anak2 1st sampai ke3, musim lagu raihan. dalam kereta mesti on dan yg kecik kata bukak radio raihan. nyanyi bersama2. sekarang yg kecik tu dah umur 12tahun. yg saya sedeh mereka sekarang pilih dengar lagu2 dari hollywood dan adek2 yg maseh kcik terikut. bila suruh dengar lagu2 islamik, yg kecik kata tak sedap, dengat lagu yg abg dan kakak punya best. sori panjang pula meluahkan perasaan..

    ReplyDelete
  2. chomeyy dan bijak anak ittewww.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. :)
    dia pun cakap 'saya awak' macam anak saya kah??
    kiut!!

    ReplyDelete
  4. madora....
    anak2 mmg cepat akan terpengaruh dgn muzik... pengalaman dari anak pertama hinggalah yg bongsu..
    tapi aisyah mmg pandai pilih lagu yg dia suka dan yg istimewanya... kami pun enjoy lagu pilihannya...

    ReplyDelete
  5. en me....
    mmg tersangat comel bila dia comei.. dan boleh naikkan darah bila dia noti....

    ReplyDelete
  6. doktor...
    aisyah mmg suka gunakan gantinama diri 'shaya' dan awak... mmg kiut...

    ReplyDelete
  7. I tunggu video clip aisyah menyanyi.. berpadu syuwawa dgn Ibu dia.. mesti besy punyerr..

    ReplyDelete
  8. ja... seumpama juga i menunggu video klip u dan adik... u buat dulu, kalau laku 10000000 keping, i pun akan buwat.... berraaaaannnniiiiii?

    ReplyDelete
  9. Akak, mata I naik juling mengira brp '0' ada dlm komen balas Akak tu.. sampai skg tak pasti brp..

    ReplyDelete
  10. ja...
    masalahnya akak sendiri pun tak pandai nak kira... pandai tekan 00000 jer.....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata