Sunday, September 05, 2010

750 ~ Ziarah dan berbuka di rumah BIL...


Lepas siap-siap.. kami berdua telah pergi ke Taman Tun Dr Ismail untuk menziarahi abang saudara yang telah dirawat di sana. Sebaik menerima berita malam tadi, tanpa berlengah kami terus ke Damansara Specialist Hospital.

Nampaknya jalan Lebuhraya LDP sudah berubah trafiknya di bahagian Taman Tun Dr Ismail... lebih mudah dengan keadaan trafik yang sekarang ini. Kalau dulu, memang akan sesat barat... tapi kini mudah. Mungkin sebab hari ini hari minggu, orang tak ramai yang keluar lagi... Tepat pukul 100 tengahari kami pun tiba di sana.

Pemandangan dari bilik... boleh nampak kereta kami yang sedang parking di bawah...



Bahagian tempat rehat saudara mara yang menanti...



Bahagian resepsi yang lengang tanpa jururawat bertugas...



Alhamdulillah.. nampaknya abang saudara sedang dalam pemulihan.. baru menjalani pembedahan hari khamis lepas. Isterinya yang setia tetap menjaga sepanjang masa.....

Setelah berada di sana selama lebihkurang 2jam, kami pun meminta diri untuk pulang kerana memang begitulah adab melawat pesakit... tak boleh berlama-lama kerana pesakit perlu berehat. Tapi masa akak di rawat dulu... bila nampak saudara mara dan teman -teman datang ziarah, memang tersangat bahagia dan gumbira... akak boleh berbual-bual walupun dalam mulut masih ada tiub ataupun sedang memakai oksigen mask.... Ada sekali tu suara dah jadi macam Darth Vader sebab mask oksigen yang besar menutupi seluruh muka dan dengan deruan oksigennya yang laju....

Petang ini juga kami sekeluarga akan berbuka puasa di rumah BIL di Lion Mountain... Shah Alam. Rooooaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrr...........

8 comments:

  1. Semoga abang saudara AKAK segera sembuh dan dapat beraya bersama keluarga terchenta. Segala dugaan dan ujian ini hanya sementara.

    ReplyDelete
  2. Salam DM

    Taman Tun tu dulu tempak CS & KZ memerah keringat tiap hari. Tapi skrg dh banyak perubahan...mmg boleh sesat.

    Semoga abg saudara cepat sembuh & dpt beraya di rmh.... home sweet home

    ReplyDelete
  3. kita rasa nak pindah Lion Mountain lah...
    macam sesuai je...

    ReplyDelete
  4. Akak
    I diharamkan pergi kat satu spot di TTDI tu, sigh!

    Mahap nak tanya, dimanakan Lion Mountain tu? Gunung Singa? or is it Tiger Hill @ Bukit Rimau? I selalu pergi Dragon Hill @ Bukit Naga.

    ReplyDelete
  5. kak zah...
    kak som pernah cerita dulu beliau kerja di IBM.. dulu mmg mudah lalulintas di TTDI tp sekarang sebab makin pesat.. kita yg pernah tinggal disana pun boleh sesat...
    nampaknya abg saudara mmg kena beraya di wad... belum pulih lg waktu raya tu....

    ReplyDelete
  6. doktor...
    mmg sesuai u tinggal di lion mountain... ekceli i dah silap translate.. tiger hill... hmmmmm... i kena buka semula buku alphabet aisyah....

    ReplyDelete
  7. kak som...
    i mmg kena belajar nama2 binatang dgn Aisyah... ekceli i mmg salah translate... i kan andeh.. mmg tiger... tiger for rimau... bukan lion... aiyooo... i kena masuk tadika sama ngan aisyah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata