Friday, December 31, 2010

894 ~ Suami 'blogger'


Sewaktu dalam perjalanan pulang dari opis, akak dan suami berbual-bual...
Akak ceritalah mengenai blog akak...

Suami : Yang... apa nama blog Yang?.. Akak apa?....

Isteri : Entahlah Yang....(yang iyernya tak mahu suaminya tahu....)

Suami : Cakaplah.. namanya apa... Akak apa?

Isteri : Ala.. Yang jangan bacalah... Orang (gantinama diri akak sejak dari zaman budak pakai seluar katok lagi...) malulah...

Suami : Habis tu.. orang lain boleh baca...

Isteri : Tak pa.. sebab kami tak kenal... kami tak jumpa...(iyerlah tu....)

Suami : Cakaplah... apa nama Blog Yang?..Akak aper??

Isteri : Yang taip ajer 'Kuih akok-akok...' (hahahahahhahahaaaa....)

Suami akak yang awalnya tak tangkap lawak akak pun turut ketawa...


Sorry lah kan... takkanlah kita nak share kisah dalam blog dengan hubby kita, ek???


I love you bebs...

Thursday, December 30, 2010

893 ~ Persiapan masuk sekolah...


Sejak cuti sekolah.. ada sajalah macam-macam yang nak buat... yang ini saja yang lansung tak ingat nak buat... Bila teringat, boleh pulak jawap semula... ala.. cuti panjang lagi.... nanti-nantilah...

Lepas tu, sibuklah kesana kemari... dari Penang.. turun ke Singapura dan singgah pulak di Ipoh...
yang ini tak jugak beli-belinya... Jadinya sebab esok dah diisytihar cuti umum... hari ini ramailah ibu bapa yang sama kelam kalut kabutnya berkejar ke sekolah membeli buku2 rampaian dan segala yang boleh dijual hari ini.

Sekolah pertama.. sekolah anak ketiga..Ain.. tak sempat nak ambil gambar sempat hujan renyai-renyai..
Beri duit pada kakaknya Qeeb, ibunya dan kakak dan adiknya tunggu berehat dalam kereta... Lega....

Sekolah kedua... sekolah anak yang sulong.... sempat ambil gambar sebab hujan yang gerimis dah okay sikit.... sebagai blogger yang tercorot .... harus diambil gambar untuk tatapan peminat sejati....

Tahun ini adalah tahun yang terakhir kakak Zahrah bersekolah di sini... Mungkin Ain akan kemari juga ( kalau tak bawa 5A balik lepas UPSR nanti...) ataupun Ain akan bersekolah bersama dengan Qeeb... ( kalau Ain berjaya membawa balik dengan jayanya 5A ).... Semua Allah dah tentukan... tapi kenalah usaha....




Sekolah ini adalah antara sekolah yang terbaik di BBBangi....



Lepas dah pergi 2 sekolah... beratur berehat dalam kereta yang selebihnya..... akak bawaklah kesemua anak-anak pergi bersarapan di Kedai Kak Maria di Seksyen 4, BBBangi. Lauk sotong dah habis sebab kami tiba dah pun pukul 1130 pagi... Itupun mujur nasinya masih ada lagi...



Selesai makan dan minum dan sendawa... kami pergi pula ke PKNS Bangi. Disini terdapat Pasaraya Billion dan barang2 keperluan yang dikehendaki dijual disitu. Nak mencari parking kereta di situ, punyalah azab... berpusing-pusing mencari tempat parking... tak mudah nak dapat sehinggalah akak ternampak ada sebuah kereta yang keluar dari parking... dan tiada kereta lain yang menanti.... Dapatlah masuk dan parking....

Dah mencari barang-barang seperti baju sekolah, kasut sekolah, kain tudung dan beg sekolah.... kami pun cepat-cepat balik kerana Aisyah dah terasa sangat letih. Dia tiba-tiba jadi demam pulak. Mungkin... ada kaitan dengan tarikh persekolahannya Isnin ini.... (Musykil betul kan...).

Kunjungan yang terakhir adalah ke sekolah Qeeb.... Awalnya tadi kami tak singgah kerana kelihatan banyak kereta yang diletakkan di kawasan letak kereta dalam kawasan sekolah dan bila kami pergi kali ini rupa-rupanya guru2 sekolahnya ada mesyuarat/taklimat. Itu yang penuh parking.. ingatkan ibubapa yang ramai membeli buku2 anak2....




Sampai rumah.... dah selambak barang-barang yang dibeli....



892 ~ Akal budak-budak...

Sesekali Aisyah yang dah pulang dari merantau teringin tidur bersama-sama dengan kakak-kakaknya... Tetapi olehkerana Aisyah suka berdengkor waktu tidur dan melayan berborak dengan kakak-kakaknya hingga lewat malam, kakak-kakaknya tidak begitu selesa bila Aisyah ingin tidur bersama mereka.

Kebetulan pula dua tiga malam sebelum ini Aisyah kena serangan Asma.. Aisyah sering terbatuk-batuk bila waktu malam. Kakak-kakaknya pula suka memasang aircon dengan hawa yang paling sejuk... Aisyah tidak suka berselimut.. jadinya batuk Aisyah makin teruk.

Malam ini Aisyah meminta untuk tidur dengan kakak-kakaknya...

Tiba-tiba tak lama kemudian dia masuk semula kedalam bilik kami..

Abah : Kenapa Aisyah masuk semula sini?

Aisyah : Saya batuk-batuk. Ain cakap kat bilik mereka sejuk sangat. Nanti kalau saya batuk-batuk saja... asyik batuk saja... nanti Jantung saya boleh pecah....

Akak dan abahnya nak ketawa pun iyalah juga.... Kami tahu itulah alasan yang paling berkesan untuk menghalang Aisyah daripada tidur sama-sama dengan mereka... Tapi bayangkanlah... budak umur 11 tahun bagi momok-momokkan/ takutkan adiknya dengan cara begitu.... Batuk banyak-banyak nanti jantung boleh pecah....

Doktor pakar Jantung pun tak terkomen... hanya boleh ketawa...

Wednesday, December 29, 2010

891 ~ Jalan Naik keretapi..


Bangun seawal pukul 530pagi...
kejutkan 'chaperone'.....
siap-siap dan dihantar suami ke Stesen Komuter UKM Bangi...
630pg komuter tiba..
dapat tempat duduk dari UKM hingga KL Sentral... lega... Alhamdulillah...
sebab kalau berdiri selama 50 minit mmglah terasa penatnya....
(almaklumlah dah thuaaaaaaaaaa.....)

Tiba di KL sentral terus tunggu kenkawan di Mc D..
semuanya tiba tepat pukul 730 pg...
sarapan...borak2....
mmg seronok...



Banyak lg cerita yg kami hendak ceritakan..
rasanya mmg menyeronokkan...



Tepat pukul 830pg kami turun menaiki keretapi ETS..
dapat koc yang pertama... Koc A..



Qeeb dapat kenalan baru..
anak kepada Jihan...
Nabila namanya..
kenal terus mesra....


Akak dapat duduk dgn Izan
mmg macam info yg Izan dok berikan..
dari kisah enjin, landasan, bangunan, masakan....
U name it....



Pukul 1048 kami tiba di Stesen Ipoh...
Rasa macam tak laju... tapi 2jam dah tiba....



Bentuk rupa ETS Tren....
cantik dan baru...



Ada ditulis kelajuan 160km/j...
Shila harap laju lagi....
sebab bila tgk kereta bergerak diseberang jalan... tak nampak macam keretapi kami laju....
hheeheheeehehh...


Sebaik tiba, Yani dah sedia menanti...
mmg terharu....


Upacara feluk memeluk pun berlansong....
acara wajib tu...


Sedang rancak berbual2 dgn Yani terpandang satu wajah familiar...
Tak sangka2 boleh jumpa dengan Sister CCU yg menjaga akak waktu koma tahun lepas...
Sister Rozi...



Kami mendapatkan 3 buah teksi untuk pergi ke Restoren Haji Yahaya, Jalan Dato Onn Jaafar...
Memang sedaappppp lauk pauknya....



Akak ambil ketam..


Ikan kembong kuah asam..



Siput sedut...
(dari minggu lepas teringin nak makan.. Allah dah tulis ada di sini.... Alhamdulillah...)



Ulam-ulaman....
kegemaran Izan..
gamaknya sebabpemakanan ulam2 yg menjadikan izan dapat mngingati setiap satu peristiwa yg berlaku sewaktu sekolah dulu... kami semuanya dah lupa... 30tahun dulu punya cerita.. banyak dibongkar kembali olh izan... hebat sungguh daya ingatannya...



Yang sangat terkenal di ipoh...
Mee Kicap...


My feberet...
ABC... nyum..nyum...



Kedatangan Zana yang menyertai kami kemudiannya...
Macam dlm filim yg hebat ada 'Penampilan Istimewa'...



Lepas makan tak tahu nak buat apa...
Zana mencadangkan kami pergi main bowling di Ipoh Parade..
Kali ini kami berpecah 2 sahaja sebab Zana membawa kereta..
tak sangka pula Zana sudi meluangkan masa brsama2 kami...
Alhamdulillah.... ada Pemandu Pelancong yang membawa kami JJHH...
( Thank you Yani dan Zana.....)

Siap main bowling........ Fun....



Shila dan Jehan....
memberi sokongan....



Sifu Bowling....
Strike/Spare... memang mudah ajerlah...
( Zana... fun sungguh main bowling dgn you... lainkali kita jadi satu team kumpul markah...)



Dah 10 tahun tak main bowling.... kira okaylah tu...
jari kelinking sampai lebam...
silap apalah tu...



Zana ni pendiam....
Senyum memang tak lepas....
Anak2 dok berbual sesama mereka...
Auntie tudung pink tu, cantik dan baik...
Auntie tudung cheetah (Izan... funny dan menghiburkan....)
akak nak tambah..
Shila ... mmg generous.... kerjanya belanja jer...
Yani ... terima kaseh kesudian melayan kami 1st class...
Jihan, Izan dan Shila.... terima kaseh kerana turut serta dan memastikan perjumpaan ini berjaya.




Satu lg faberet akak... Ais sagat....
Strawberry....



Kami dihantar ke stesen keretapi oleh Zana..



Yani,..
rasa sama macam kita sekelas dulu..
bezanya aku dah takbuli kau..
dan kau makin halus atau aku makin besar....



Zana...
sepanjang hari you menemani kami dan mendengar celoteh kami...
terima kaseh banyak-banyak...
bawa kami jln2 dan hantar kami pulang ke Stesen...
walhal baru 1st time jumpa...
rata2 ahli rombongan mengatakan seronok dapat mengenali you...
Yani...
terima kaseh kerana sudi mengambil cuti dan melayan geng2 lama...
rasanya aku setuju sangat acara perjumpaan ini kita jadikan acara setahun sekali...
samada kami ke Ipoh atau kau ke KL jumpa kami....
Insya'Allah selagi hayat ada....




Kami tiba di KL Sentral jam 850 malam..
Qeeb solat jamak takhir dan qasar di surau KL Sentral..
Akak menanti dan mengambil tiket pulang...

Kemudian Qeeb mengadu lapar..
cari restoren yg masih buka iaitu Rasamas...
Selepas makan kami turun ke Platform 6
Tren Komuter baru berlepas..
Kena tunggu 1 jam lagi kerana ada kelewatan dari Rawang...
Pukul 1030mlm dapat naik tren..
tiba rumah dah pukul 1130 mlm...
tapi...
berbaloi...
walau fenat macam nak fengsan....
(cukup bila mengingatkan kisahnya sepanjang hari tadi......)
I love you, bebeh.....

Monday, December 27, 2010

890 ~ IPOH...- jumpa kawan


Rasanya dah berbulan jugak kami merancang hendak ke Ipoh mengunjungi sahabat sekolah kami sebagai 'Kunjungan Balas' kekdahnya.... Pertemuan bulan Mac tahun ini dan bulan Ogos, beliau telah sanggup datang ke Kuala Lumpur... Jadinya akak berpakat dengan kenkawan hendak membuat kunjungan balas sewaktu hari raya lepas... tapi.. masing-masing punya agenda masing-masing... sehinggalah satu ketetapan dapat dipersetujui iaitu pada 28hb Disember... iaitu esok.

Tiket telah pun kami tempah dan semuga perjalanan kami di permudahkan....

Puan Aryani..
(kawan kami yang menetap di Ipoh..)



Puan Rasilah dan Puan Aryani...



Puan Nor Rizan, Puan Noor Jihan dan akak...
Kami semua sama kelas sewaktu tingkatan 4 dan 5... 30 tahun dahulu......



Sunday, December 26, 2010

889 ~ Makan Malam dihiburkan oleh Maher Zain.... Auuuuwwww....


Alhamdulillah... malam ini tertunailah sudah rancangan kami adik beradik hendak menonton nyanyian Maher Zain secara 'live'....

Kami ( Akak, SIL dan Biras ) telah terlepas menonton sewaktu kunjungan Maher Zain yang pertama 2 bulan lalu.... jadinya SIL begitu mengambil tahu bilakah kedatangan Maher Zain yang seterusnya. Sebaik SIL mendapat tarikh dan tempat membeli tiket, kami diajak untuk turut serta. Asalnya kami hanya bertiga 'Mak Dara Terdiva' nak menonton Maher Zain tapinya Biras pula menukar rancangan dengan menempah satu meja untuk kami semua... ( Akak, Suami, SIL, Biras, BIL, Anak saudara dan anak saudara Biras )...

Berjanji untuk bertemu di Lobby Hotel tepat pukul 7 malam. Solat Maghrib dahulu dan pukul 800 malam masuk ke dalam Dewan.




Akak sempat pula bertemu dengan junior yang turut menjadi committee member sewaktu Reunion kami Ogos lalu. Lama jugak tak jumpa... Adrena namanya....



Bergambar sewaktu menanti persembahan Maher Zain.
Suami beritahu anak-anak sewaktu kami keluar tadi iaitu akak nak menonton nyanyian dari adik akak... kerana akak Rahmah Zain.. dan Maher Zain...
Tapi.... anak akak pulak katanya akak nak menonton menantu akak menyanyi sebab nama isteri Maher Zain ialah Aisyah... nama anak bongsu akak.... Macam-macam kan...



SIL akak Dr Aida dan anaknya Ayman....



Biras akak Dr Hartati dan anaknya Hamzah dan anak saudaranya..



Adik beradik kami....



Hidangan kami untuk malam ini...



Suami turut terhibur dengan lagu pertama nyanyian Maher Zain iaitu Kiya Karo...
Itulah orang yang pertama sewaktu akak perdengarkan lagu 'For The Rest Of My Life'.. rasa lagu tu biasa jer.. tapi sekarang.... enjoy dia mendengarnya..... turut menyanyi tadi waktu Maher Zain ajak menyanyi sama-sama......

Bersama adiknya, BIL akak.. Dr Asri...



The one and Only.... Maher Zain....
Lagu pertamanya - Kiya Karo..




Hafiz, anak saudara akak yang berusia 2 tahun amat meminati lagu2 Maher Zain...
terpaku sungguh bila dia melihat dan mendengarkan nyanyian Maher Zain...



Kelihatan ramai peminat Maher Zain terdiri dari makcik-makcik....(termasuklah yours truly...)



Persembahan dari Maher Zain memanglah berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.... tapi terus terang cakaplah... jikalah Maher Zain menyanyi hingga subuh pun... pasti kami sanggup menanti...

Masuk jer dalam kereta terus sambung lagu Maher Zain.. Terasa bagai akak dan suami membawa pulang Maher Zain ke Bangi....
( Angau sudah jadinya... sama macam Sabariah menggilai Kassim Selamat...)